Sekarang rasa macam jarang jarang je nak update, ketandusan idea mungkin dan tak ada cerita menarik yang nak dikongsi mungkin. Hidung masih lagi tersumbat, batuk dah hilang semalam encik suami tepuk2 dada jadi tak ada la tengah malam terjaga sebabkan batuk. Semalam nak mengelat tak nak makan ubat selseme pun encik suami tanya pulak dah makan ubat selseme tak, dan siap amikkan ubat dan air makanya terpaksa la telan kan. Hidung tersumbat ni buat tak selesa tido encik suami kata kalau nak hilangkan jangan pasang kipas, memang tak la sekarang dah la panas gila okey sampai tahap berpeluh, tak sanggup nak tutup kipas. Tapi siang ni sejuk sikit la sebab dari petang semalam sampai pagi tadi hujan. Hari ni tak payah nak bekejar kejar nak masak tu banyak masa terasa nak update blog. Hari ni amik kesempatan ajak encik suami makan kat luar, nasib la peti ais dah kosong, boleh ajak makan kat luar kan. Sekarang ni kan aku suka masak awal, pukol 5 dah masak bukan sebab aku ni terlampau rajin nak masak awal sebenarnya aku masak awal sebab nak tengok sinetron kat tv9 binar, bening, berlian pukol 5.30, kalau dah siap masak boleh la tengok tv dengan tenang kan. Zaman tengok sinetron lama dah aku tinggalkan kot, masa diploma last tengok. Ni boleh pulak tertengok ditambah pulak heroin dia cantik cantik, aku tengok heroin bukan hero ya. Mana tau tengok yang cantik2 muka mix mix tu ada terkenan sikit kat baby dalam perot ni ke kan. Wah demand nak yang mix mix aje kan, kang lahir yang macam tu orang tak percaya tu anak aku pulak ingat aku amik anak angkat pulak kan *sadis*.
Sampai ke sinetron pulak kan, sebenarnya kan nak update aktiviti yang aku sebokkan sekarang ni. Ececeh macam aktiviti apa je kan, sebenarnya sekarang ni aku dah addicted main game kat handphone okey. Zaman main games pun dah lame aku tinggalkan tau. Main masa diploma dulu start baru baru ada laptop semua game aku nak main, aku main game yang ala keperempuanan je tau tak minat main perang2 ke apa. Dulu gila main dinner dash la, sally saloon, semua game yang ala ala macam tu la. Tapi sekarang dah tak heran dengan game macam tu dah puas main kot. Tapi satu game yang aku suke jojo fashion style, aku install kat handphone encik suami, tapi tak main main last2 sekarang encik suami dah uninstall game tu. Sekarang game yang menjadi minat aku adalah my home story. Game ni best sebab boleh deco rumah sendiri nak macam mana, ni la orang tak ada rumah lagi cara ni je la beri kepuasan. Sapa2 yang ada main bagi la id boleh la kita berjiran hoho tapi nak beli saru perabot tu makan masa berjam sangat la terpaksa aku tunggu dengan sabar nak pulak aku nak yang cantik dan mahal je kene la kumpul duitkan, rasa macam betol betol di alam realiti kumpul duit bagai. dan dia ada jugak task yang kita kene selesaikan, kalau kita dah selesaikan dapat la duit.
Game kedua ni campus life best jugak, sama jugak macam my home story ada task yang kita kene complete kan, boleh beli jugak peralatan untuk rumah. tapi campus life ni kene ada internet baru boleh main tu yang tak best. My home story kalau tak ada internet pun kita boleh je nak main tapi kita tak boleh nak melawat rumah jiran la.
Ada jugak game yang mula mula aku main bukan main teruja tapi lepastu aku cepat bosan dah tak nak main dah. Game hotel story ni sebenarnya menarik juga tapi aku kan bab bab susun bilik kat hotel macam burok gila rasanya, last last encik suami yang susun kan bagi cantik, encik suami pun dah level jauh tinggalkan aku yang macam dah malas nak main ni.
Sebelum tu bukan main excited aku main game jaga pou tu, siap lawan2 dengan encik suami tak puas hati kalau dia nak potong aku, sekarang nak bagi makan pun dah malas. Kesian pou dah tak terjaga.
ha, ada satu lagi game yang best jugak tapi susah gila, hardest game 2, nama pun memang dah susah kan. nak bukak level yang lepas tu kene dapatkan markah tinggi iaitu s, s tu lagi tinggi dari A, memang gigih la nak kene tekan laju laju. aku baru dapat 9s kene dapat lagi 1 s untuk nak buka lock game yang lain. aku dapatkan 8 je, 1 tu encik suami tolong. Nak dapatkan lagi 1 ni punyalah payah, hari ni malas dah nak try, tunggu rajin esok esok la.
Esok anak mama lahir nanti berebut rebut nak main games dengan mama papa kan, asik main games je sekarang ni. Tapi sudoku pun kene rajin buat jugak ni, dah abiskan dua volume dah. Baru start semalam buku yang ke tiga. Buku buku yang dah beli beberapa bulan lepas dengan encik suami baru nak baca hari ni, tadi dah abiskan tiga bab, sambung malam malam nanti la kalau rajin hoho
eh sinetron dah nak start la. daaa
hehe kita pun suka game girlish camni... dulu install the sim3 dekat laptop pastu main cheat, dapat duit banyak. dekat hubby punya fon, PSP, PS2 sume kita install sims skali. haha.
ReplyDelete