~~pEnGikUt sEtiA~~


Saturday, May 18, 2013

Pengantin basi baru dapat Kad Nikah

Selamat berhujung minggu semua, hari ni encik suami kerje makanya dapat la aku meluangkan masa  yang sebenarnya banyak ni dengan mengupdate blog, esok encik suami cuti dah nak jalan jalan pergi oversea pulak, oversea la sangat, jalan jalan pergi singapore je pun.
Okey ni bukan entry nak cerita jalan jalan pergi oversea, nak cerita keterujaan aku yang baru dapat kad nikah pintar. Semalam aku baru je mengambil kad nikah pintar kami yang telah siap di pejabat agama johor bahru, setelah nak masuk 6 bulan berkahwin *tu yang basi tu* baru nak dapat kad nikah kan. Tak larat dah jalan jalan bawak sijil nikah yang besar gila dan banyak muka surat tu *ayat tipu gila*. Sepanjang aku dengan encik suami berkahwin ni, jalan jalan selamba je tak pernah pun bawak sijil nikah tu, masa berbulan madu ke bali tu pun kitaorang bawak yang sementara tu je, bawak kertas pink satu muka surat sebelum dapat sijil nikah. Masa nak daftar kat klinik nak buat buku pink untuk checkup sepanjang mengandung pun selamba datang tak bawak apa2, nasib la nurse kenal encik suami tak adalah dia suruh kitaorang balik bawak sijil nikah, masa angah aku terlupa nak bawak kene balik ambil kat rumah tau. Nurse yang baik hati tu tinggal je kan tempat kosong suruh isi sendiri no pendaftran nikah bila balik rumah nanti.
Lecehkan sebenarnya nak bawak sijil ke mana mana kan, kalau kat selangor rasanya boleh dapat awal kan kad nikah tu. Untuk negeri lain aku tak berapa pastila. Disebabkan aku tinggal dan berkahwin di johor jadi boleh la share pengalaman bagi pasangan yang nak memohon kad nikah pintar di johor. Untuk pendaftaran kahwin di johor tak termaksuk dengan kad nikah pintar, nanti bila dah siap nikah kita hanya dapat sijil yang besar tu je. Maknanya adalah pilihan untuk pasangan sama ada nak buat kad nikah atau tidak, tiada paksaan, siapa nak buat boleh je siapa yang rajin gila bawak sijil besar ke mana mana tahniah teroskan usaha anda. Aku ni malas gila jadi semangat la nak buat kad nikah pintar kan. Sebelum pergi pejabat agama tu encik suami dah google siap siap, apa yang nak kene bawak untuk buat kad nikah tersebut.
Untuk memohon kad tersebut anda perlulah bawak:
1. 2 keping gambar tiap pasangan *sebab kad ada dua ye, satu sorang, bukan pejabat agama nak simpan gambar korang*
2. salinan ic pasangan 
3. sijil nikah kot *ni aku lupa*
4. Nanti diaorang akan bagi borang, isi je dah boleh hantar semua.
5. Bayaran sebanyak rm50

Ada blog mana ntah yang tulis gamar lelaki siap kene bersongkok bagai, tapi rasanya perempuan memang kene bertudung la dalam gambar tu. Makanya encik suami yang lurus mengikot peraturan amik la gambar baru siap bersongkok, comel je okey, sebenarnya tak pakai songkok pun tak ape tau, tapi aku rasa ok je sebab rasa suami sendiri comel *tolongla puji suami sendiri hoho*.

Sebulan lepas diakad nikahkan baru boleh amik sijil nikah tersebut. Alang alang encik suami nak ambil sijil nikah dia teros la amik borang untuk buat kad nikah pintar, tapi tak lengkap sebab encik suami tak bawak salinan ic aku. Jadinya borang bawak je balik rumah, beberapa hari kemudia barula hantar borang, 1.3 baru hantar borang dan kene bayar rm50 ya untuk kad pintar tu dan yang tak bestnya kad tu boleh ambil 2 bulan lagi. Bukan main lama lagi dia nak siapkan kad aku, buat kad je pun kan hoho


Tapi kitaorang ni bukan jenis sabar punya orang , bulan lepas 20 lebih April kitaorang dah pergi pejabat agama, dengan harapan kad tersiap awal la, tak adanya la, dia cakap belum siap lagi, nasib la tak tunggu turn lama, kalau tak keciwa je tunggu lama lama pastu tak siap lagi pun. Awal bulan surat sampai menyatakan kad nikag kami telah pun siap, ada beberapa bende yang perlu dibawa untuk mengambil kad tersebut iaitu :
1.surat menyatakan kad tersebut dah siap
2. resit 
3. sijil nikah. Sijil nikah dia nak cop nanti.

Disebabkan Semalam encik suami cuti dapat la pergi pejabat agama ambil kad kami. Hoyeah inilah kadnya:
Comelkan encik suami pakai songkok, muka aku masa amik gambar ni macam muka terkejut dah la muka boolat hoo simpan dalam purse boleh la bawak kad kemana mana *dah macam promoter nikah kad pintar* haha
Encik suami suka dah dapat kad ni, dia cakap boleh la update blog lepas ni, dia tau sekarang aku malas malas je nak update blog. Terima kasih encik suami kerana teros menjadi peminat ku dan menanti tiap tulisan ku *poyo gile*

Pagi tadi dapat mesej dari mama, dah sampai phuket, mama cakap phuket lagi cantik dari bali, jelesnya la aiii, mama babah bila anak anak dan besar besar ni diaorang berhoneymoon je la berdua. Jeles nak jugak pergi Phuket tahun depan. 

Surat buat papa:
Kehadaan papaku yang sedang bekerja. Tahun depan boleh la bawak mama dan anakmu ni berjalan jalan ke phuket mungkin, takpun beijing ke. Anakmu dan mamaku begitu teringin nak berjalan jauh jauh naik kapal terbang. Nanti kalau tak tertunai ditakuti anakmu akan meleleh leleh air liur je disebabkan impiannya tak terlaksa. Mama dan baby sayang papa banyak banyak :)
ikhlas dari,
anakmu

okey tahun depan boleh la kita pergi jalan jalan kan hehe

TERIMA KASIH SUDI BACA, KALAU SUKE BOLEH TEKAN LIKE DAN TINGGALKAN KOMEN. LOVE -DIJA-

4 comments:

  1. i pun lambat jugak dulu ambik kad ni haha. best je ada kad ni perasaan bangga je haha masa i pg honeymoon dulu langsung tak bawak pape tak ingat langsung u haha

    ReplyDelete
  2. ika pon xdpt lagi kad ni...dah berkurun tah bila la nak siap...huhuhuhuhu

    ReplyDelete
  3. Memang lambat eh dapat kad nikah. Tengok dalam website pejabat agama biasa seminggu dah dapat. lain negeri lain prosedur kot?

    ReplyDelete
  4. Agak lambat gak ek siap....

    So xjadi la nak pergi buat hari nie... Adeh...!! dah la susah nak balik Johor nie. Anak makin lama makin besar.

    Thank untuk info nie

    ReplyDelete

terima kasih bagi sepatah dua kate