Umur je yang dah masuk 25 tahun tapi masih berjiwa muda ataupun tidak matang. Eh bukan tak matang kot suka sesuatu yang comel tu perasaan kan. Dah cukup matang kot sekarang ni.haha tapi lagi best kan bila kita suke bende yang comel ni dan apa yang kita suka ni disokong oleh orang yang tersayang *ceh*. Encik suami la penyokong tegar, apa yang aku nak buat atau suka mesti dia tak halang siap galakkan lagi tau. Okey dari dulu rasa macam teruja abis tengok handphone yang ade bling bling ni, ntah macam mana boleh terfollow orang yang jual casing bling bling yang tersangat la comel kat instagram, dari ada handphone baru lagi suke berangan je tengok tengok gambar casing bling bling tu. Bila dah dapat handphone baru perasaan lebih lagi teruja nak beli casing yang cantik cantik kan. Handphone yang comel haruslah pakai baju yang comel comel jugak kan. Tapi handphone yang aku beli tu dah siap dapat casing, jadi batalkan niat dulu la nak beli, mungkin lain kali. Disebabkan adik pun beli handphone baru, dan nak cari casing comel comel tapi tak jumpe pulak, dan kebetulan yang best best lagi bila lovelyblingz ada buat promotion including postage untuk flip cover rm50 sahaja kecuali iphone ngan note 2 je rm60 *jadi promoter tak berbayar jap, sekarang tak tau lagi la ada ke tidak offer lagi*. Setelah mempengaruhi adik dengan tunjuk gambar casing tu adik pun excited la nak beli, aku pun tak tunggu tunggu la terus mesej owner lovelyblingz, untuk note 1 ada colour pink tapi note 2 tinggal warna merah. Merah pun cantik jugak, alang alang beli tu aku order sekali plugging "tempat letak kat earphone" eiffel tower. ♥ sekali dengan plugging untuk note 2 rm75. Malam tu teros bayar, 2-3 hari dah sampai.
Tadaa ni la casing bling eiffel tower dengan plugging, comel kan.
yang merah tu untuk note 2 dan yang pink tu untuk note 1.
hoyeah merah mak ngah semuanya warna merah.
Dapat je aku yang memang dah tak sabar ni kan, teros je la pakai casing baru. Ni aku rasa kebudak budakan aku memang kalau dapat sesuatu baru kalau boleh masa tu jugak nak teros pakai. Bila dah dapat baru aku beritau encik suami aku beli casing tu haha
Jumaat lepas selepas aku amik kad nikah tu, disebabkan encik suami cuti, kami mestilah memenuhi aktiviti berdating. Kami jalan jalan kejusco bukit indah masuk la kedai favourite iaitu daiso la kan. Masa pusing pusing kat daiso tu sebelum keluar dari Daiso tu boleh pulak terjumpa sesuatu yang comel kan. Bende yang boleh di lekat lekat kat handphone, eh kalau lekat kat handphone nanti handphone rosak la kan makanya aku lekat kan kat flip cover yang dapat free masa beli handphone. Sebelum nak beli mintak la izin kat encik suami yang aku nak beli bende comel tu, encik suami tanya la nak buat apa kan bende tu, aku cakap nak lekat lekat kat casing la. Encik suami mestila bagi kan, pastu amik kesempatan la tak kan nak beli 1 je kan mintak encik suami belikan dua, barula cantik letak banyak banyak kan, encik suami pun bayarkan la rm10 untuk dua barang comel tu. Bestkan bila ada orang galakkan dan bayarkan ni.
Ha, Masa beli dengan lovely blingz tu dapat beberapa biji batu tau, mungkin kalau batu tertanggal atau hilang ke kita boleh la ganti sendiri kan. Bagus kan macam tu, aku pun gunakan la batu batu tu untuk diletakkan kat atas casing flip sebagai hiasan tambahan.
Ni la barang barang sebelum mencantikkan flip cover.
Tadaa ni la hasilnya
Gambar ni pun encik suami yang semangat amikkan gambar. Konon encik suami yang nak tampalkan batu batu tu, masa bukak gam gajah yang power tu, gam terkena tangan, lama pulak en suami bersihkan tangan, akhirnya aku je la yang tampal sendiri. encik suami beri bantuan dengan tolong amikkan gambar. Dia tau kalau amik amik gambar lepastu mesti nak update kat blog kan. Yeahh sekarang dah ada dua casing boleh la gilir gilir pakai kan.
Arghhh geram kan tengok bende bende yang comel comel ni, macam geram nak beli barang barang baby, tapi belum lagi start beli, tunggu dah scan tau baby girl ke boy baru boleh beli.
Salam sister.. jemputlah berkunjung ke blog Hijab Valley. Byk koleksi shawl dan tudung2 menarik. Promosi dan GA jg sedang diadakn sempena pembukaan blog shop ini. Jangan lupa follow juga ye..
ReplyDeleteTerima kasih =)
http://hijab-valley.blogspot.com
mana nak beli casing blink2 untuk ace plus?
ReplyDeletekatne beli batu blink blink tu ??
ReplyDelete