~~pEnGikUt sEtiA~~


Thursday, May 30, 2013

20 weeks


Alhamdulillah hari ni genap dah usia kandungan aku 20 minggu. Badan mamanya biasalah semakin mengembang, tapi bila orang tengok perot tak la besar sangat, ada kawan tu tegor perot kecik je, kesimpulannya mama dia je la mengembang lebih lebih ni. Semalam checkup kat klinik desa buat pertama kalinya drive kereta sendiri sesorang pulak, tanpa peneman setia, encik suami kerje pulak, ikotkan hatikan bila kene drive sendiri tak nak dah pergi klinik check, tapi encik suami cakap kalau sayangkan baby kene tau pergi check, tak dapatla nak mengelak. Nak ajak kawan teman masing masing dah bekerjaya sebok tak terlayan aku ni. Kebetulan jiran depan rumah ni, dia dah abis belajar dan ada kat rumah boleh la temankan kan. Untuk hari selasa tu kene pergi amik darah je. Dua hari berturut turut la aku kene pergi klinik desa. Disebabkan hari selasa hanya nak ambil darah jadinya tak sampai 5 minit dah siap. Aku sampai klinik tu pun dah pukul 10 lebih orang pun dah tak ramai kan *memang saja datang lambat, tak payah tunggu lama kan*. Dah alang alang keluar tu macam tak best je kan kalau teros nak balik rumah kan, haruslah nak menyinggah ke tempat lain dulu. Mula mula pergi aeon taman universiti, duduk kat arena sejam lebih jugak la untuk borak borak. Dah bosan duduk kat arena tu, wahida ajak pergi sutera mall jalan jalan dia nak cari casing untuk handphone s4 dia, handphone baru nak la pakai baju baru kan. Nak ke sutera mall aku tak berani nak drive, jadinya wahida la yang drive, rasa lagi selamat kan. Pusing pusing survey beberapa kedai, bukan wahida je terbeli casing dengan aku aku pun terbeli casing untuk baby pink. sekarang ni pulak tengah trend tribal ni tak nak jugak ketinggalan, nak jugak casing tribal, dah tawar menawar kat semue kedai kedai casing satu ni  la dapat paling murah dapat rm10 je untuk satu casing *bab tawar menawar tu memang hobi aku, makcik sangatkan*

Comelkan casing untuk baby pink ♥

Balik tu sebagai tanda penghargaan *ececeh ada tanda penghargaan bagai* untuk wahida yang sudi menemani diriku pergi klinik, makanya aku pun belanja la dia makan mcd. Apa la sangat mcd tu kan berbanding masa yang orang sanggup korbankan untuk temankan kita *ayat macam sedih pulak kan*.
terima kasih wahida temankan

terasa daguku begitu bulat haish

Hari semalam ada appointment dengan doktor dan nak tengok keputusan darah yang diambil hari selasa tu. Disebabkan wahida nak pergi pd, makanya kerana tiada pilihan lain terpaksa drive sendiri tanpa peneman. Aku paling lemah bila lalu jalan besar tau, lagi bila bab nak tukar lorong, orang bawak laju pulak, tu yang takut, was was boleh masuk ke tak. Alhamdulillah dapat bawak dengan selamat pergi dan balik sendiri. Saja datang jumpa doktor pukol 10 lebih, kalau datang awal pukol 8 lebih pun akhirnya jumpa doktor dekat pukul 11, ni datang pukol 10 pun jumpe pukol 11 lebih ok la kan, tak la terasa lama sangat menunggu. Sebelum pergi klinik tak makan dulu tau takot timbangan terlebih berat, sebab rasa timbangan kat klinik desa tu macam berat semacam haha tak boleh terima kenyataan kan. Nasib kali ni Naik dengan kadar yang normal 1.2 kg untuk 3 minggu. Check darah masih rendah jugak tapi kira ok, sepatutnya kene atas 12 kan, ni 11.9 dah dekat2 la kan, bulan lepas 10 lebih je. Terpaksa makan iron hari hari tu yang tak best, encik suami pun dah pesan lepas ni makan hari hari tau. Sebelum ni aku makan bila rasa nak makan je, pastu hari tu encik suami suka suka je ingat aku budak budak kan *walaupun memang tak suke makan ubat* suruh masukkan dalam mulot pastu nak check tangan takot aku buang ke apa -_-

Ha, Ujung minggu lepas masa jalan jalan dengan encik suami nampak bende comel ni teros suruh encik suami belikan♥ rasa berkeyakinan bawak kereta bila tampal bende ni
Nak yang baby in car, encik suami cakap tunggu bila baby dah keluar ya.

Balik dari klinik haruslah perot dah berkeroncongkan, bila dah bawak kerete sendiri pandai pulak menyinggah pergi beli makanan. Beli nasi lemak ayam lagi balik rumah tu makan nasi lemak ayam, minum air milo sejuk sambil tengok cerita korea my sassy girl *zaman diploma tengok cerita ni* sangat menyenangkan. Dah kenyang perot lepaatu sambung tido la kan.

Next appointment hujung bulan 6, dah check jadual encik suami dia keje malam, adalah peneman tak payah bawak kete sendiri kan. Kali ni tak payah jumpe doktor dia nak check darah tengok macam mana, harapnya jumpa nanti darah dah normal la. Lepastu sebelum bulan 7 jumpe doktor nak kene scan baby sekali lagi. Nak scan yang 4d tu boleh tengok sebiji sebiji muka baby tu, tengah survey kat area johor ni kat mana ada scan 4d. Sape tau kat mana area johor ni ada scan 4d dan harganya berapa ye? Johor tu biarlah area jb pun paling jauh, kalau ada skudai ni lagi ok. :)

Haritu scan 17minggu tu baby aktif gerak, tapi aku tak boleh rasa lagi baby gerak2. Selalu rasa lemak perot ni tebal sangat kot sampai tak boleh rasa lagi ni, padahal baby yang kecik lagi memang la tak rase lagi kan. Ok dah tak sabar nak rasa baby gerak gerak macam mana ni :)

Konon nak update kenduri kahwin minggu lepas, dah ada tajuk dah masukkan dalam draft, tapi kosong la tak ada cerita, sebab gambar pun tak dapat lagi dari kawanku, update sekali dengan minggu ni je la, ujung minggu ni pun banyak kenduri kahwin. Kenyang makan lauk kenduri la kita kan baby ♥



TERIMA KASIH SUDI BACA, KALAU SUKE BOLEH TEKAN LIKE DAN TINGGALKAN KOMEN. LOVE -DIJA-

Tuesday, May 21, 2013

Perjalanan singkat ke Singapura

Bila encik suami cuti sudah menjadi satu kemestian untuk kami ke luar dari rumah walaupun hanya balik ke rumah mak mertua. Rumah mak mertua pun bukan jauh sangat kan, tak sempat nak duduk sedap sedap sambil  menikmati aircond dalam kereta dah sampai pun. Bila dah setiap minggu nak keluar kan mula la dah tak ada idea dah nak pergi mana. Sepanjang perkahwinan kami yang dah nak masuk 6 bulan hujung bulan ni, rasanya dah 5-6 kali jugak la ke singapore. Bukan shopping pun, sekadar jalan jalan mengisi masa terluang je. 

Photo
dalam perjalan nak ke singapore

Hujung minggu lepas sekali lagi singapura menjadi destinasi pilihan, sebab dah bosan dengan semua shopping mall kat jb ni marila kita cuci mata di shopping mall kat orchard road pulak. Kat area orchard road ni memamg melambak shopping mall, senang nak jalan kan, tapi bosan jugak bila tiap shopping mall tu pun jual barangan dari brand yang sama, banyak shopping mall pun kalau barang yang sama je dari brand yang sama tetap bosan jugak kan, dan sudah semestinya brand yang mahal maha;, setakat lalu je la, malas nak masuk kedai macam tu. Cari jugak kat situ kot kot ada barangan baby yang best best comel comel, bolehla cuci mata kan, tak jumpa pun barangan baby. Biasanya orang Singapore shopping barangan baby kat area mana yek? Disebabkan kami nak tengok barangan yang murah mrah sikit, kami jalan la kat lucky plaza, tapi  bila berada di lucky plaza memang rasa berada dioversea la sebab kat situ penoh orang filipina. bila ramai sangat dan sesak pun rasa tak best jugak, sambil sambil tu terfikir nak survey camera yang aku idamkan tu, nx1000. Nak beli camera untuk dihadiahkan pada encik suami untuk birthday dia bulan julai nanti, tak surprise langsung kan. Sebab hadiah pun dah beritau, lagipun bila beli camera ni boleh la kongsi guna dan yang penting memang encik suami jugak yang kene amikkan gambar aku. Masa jalan kat tingkat atas ternampak camera nx1000 colour pink *nak hadiahkan untuk en suami tapi nak beli ikot warna yang aku suka*, pink tu comel, geram tengok. Bila tanya owner kedai tu berapa, dia tekan kalkulator 399 dolar, aku ni macam tak percaya je, tanya la encik suami lagi sekali harga berapa untuk kepastian kot kot aku tak nampak seribu kat depan, memang 399 je tau, bila kitaorang nak keluar, dia siap tanya kitaorang nak harga berapa, bukan kami yang tawar tawar dia yang cakap dia boleh bagi 350 dan international warranty. Gila kan camera tu tak sampai seribu pun, kat sini pun paling murah pun rm1799 rasanya. 

comel kan camera nx1000 pink ni

Camera ada ke yang ciplak ya? Dan perfurme kat sini pun murah2 jugak, ori ke tak aku pun tak tau, kat sini memang orang kedai yang tawar harga kat kita. Simpan dulu niat nak beli camera balik nanti nak search pasal lucky plaza ni. Sebelum ni aku memang ada twngok jugak kat mustaffa harga kat sana pun memang lagi murah dari kat sini 600+ dollar je tau. Bila dengar harga 350 rasa macam nak beli sekarang je aku memang cepat terpedaya dengan barangan murah ni. Balik tu aku pun search la pasal barangan kat lucky plaza, banyak jugak komen negatif pasal barangan kat situ tau. Dan terbaca satu komen ni kalau nak beli gadget beli di Sim Lim square dia ala ala lowyat tapi kene berhati hati jugak sebab kat situ pun boleh ditipu. Dan diaorang sarankan beli dikedai yang betul2 tulis nicon, canon, samsung baru yakin sikit la. Dan barangan disana pun harga lagi murah dari di malaysia tau. Teros tunjuk encik suami nak ajak pergi sini pulak, nak survey2, encik suami cuti ari khamis ni, kalau sempat boleh la pergi Sim Lim square ni, pergi hari biasa kurang sikit orang kan, tak la sesak sangat, excited ni nak survey2 camera ni. Kalau tak next month la baru dapat pergi situ.


pic dari Mr Google

Lupe nak cite pergi sana tak beli apa apa pun encik suami mengidam popcorn dia cakap Garret popcorn ni best, amik perisa caramel crispy, memang yummy la, mempersembahkan duta popstar eh popcorn


tengah hari makan mcd 



Tengok pic kat instagram irine, irine buat maternity photoshoot,  comel comel je semua gambar tu, nak jugak gambar macam tu ♥ kalau ada camera sendiri boleh la photoshoot sendiri kan. Excited tau raya nanti cari dress atau jubah cantik2 boleh la berphotoshoot. Auwww ♡

TERIMA KASIH SUDI BACA, KALAU SUKE BOLEH TEKAN LIKE DAN TINGGALKAN KOMEN. LOVE -DIJA-

Monday, May 20, 2013

I love bling bling dan barangan yang comel

Umur je yang dah masuk 25 tahun tapi masih berjiwa muda ataupun tidak matang. Eh bukan tak matang kot suka sesuatu yang comel tu perasaan kan. Dah cukup matang kot sekarang ni.haha tapi lagi best kan bila kita suke bende yang comel ni dan apa yang kita suka ni disokong oleh orang yang tersayang *ceh*. Encik suami la penyokong tegar, apa yang aku nak buat atau suka mesti dia tak halang siap galakkan lagi tau. Okey dari dulu rasa macam teruja abis tengok handphone yang ade bling bling ni, ntah macam mana  boleh terfollow orang yang jual casing bling bling yang tersangat la comel kat instagram, dari ada handphone baru lagi suke berangan je tengok tengok gambar casing bling bling tu. Bila dah dapat handphone baru perasaan lebih lagi  teruja nak beli casing yang cantik cantik kan. Handphone yang comel haruslah pakai baju yang comel comel jugak kan. Tapi handphone yang aku beli tu dah siap dapat casing, jadi batalkan niat dulu la nak beli, mungkin lain kali. Disebabkan adik pun beli handphone baru, dan nak cari casing comel comel tapi tak jumpe pulak, dan kebetulan yang best best lagi bila lovelyblingz ada buat promotion including postage untuk flip cover rm50 sahaja kecuali iphone ngan note 2 je rm60 *jadi promoter tak berbayar jap, sekarang tak tau lagi la ada ke tidak offer lagi*. Setelah mempengaruhi adik dengan tunjuk gambar casing tu adik pun excited la nak beli, aku pun tak tunggu tunggu la terus mesej owner lovelyblingz, untuk note 1 ada colour pink tapi note 2 tinggal warna merah. Merah pun cantik jugak, alang alang beli tu aku order sekali plugging "tempat letak kat earphone" eiffel tower. ♥ sekali dengan plugging untuk note 2 rm75. Malam tu teros bayar, 2-3 hari dah sampai.

Tadaa ni la casing bling eiffel tower dengan plugging, comel kan.

yang merah  tu untuk note 2 dan yang pink tu untuk note 1.


hoyeah merah mak ngah semuanya warna merah.

Dapat je aku yang memang dah tak sabar ni kan, teros je la pakai casing baru. Ni aku rasa kebudak budakan aku memang kalau dapat sesuatu baru kalau boleh masa tu jugak nak teros pakai. Bila dah dapat baru aku beritau encik suami aku beli casing tu haha

Jumaat lepas selepas aku amik kad nikah tu, disebabkan encik suami cuti, kami mestilah memenuhi aktiviti berdating. Kami jalan jalan kejusco bukit indah masuk la kedai favourite iaitu daiso la kan. Masa pusing pusing kat daiso tu sebelum keluar dari Daiso tu boleh pulak terjumpa sesuatu yang comel kan. Bende yang boleh di lekat lekat kat handphone, eh kalau  lekat kat handphone nanti handphone rosak la kan makanya aku lekat kan kat flip cover yang dapat free masa beli handphone. Sebelum nak beli mintak la izin kat encik suami yang aku nak beli bende comel tu, encik suami tanya la nak buat apa kan bende tu, aku cakap nak lekat lekat kat casing la. Encik suami mestila bagi kan, pastu amik kesempatan la tak kan nak beli 1 je kan mintak encik suami belikan dua, barula cantik letak banyak banyak kan, encik suami pun bayarkan la rm10 untuk dua barang comel tu. Bestkan bila ada orang galakkan dan bayarkan ni.

Ha, Masa beli dengan lovely blingz tu dapat beberapa biji batu tau, mungkin kalau batu tertanggal atau hilang  ke kita boleh la ganti sendiri kan. Bagus kan macam tu, aku pun gunakan la batu batu tu untuk diletakkan kat atas casing flip sebagai hiasan tambahan.

Ni la barang barang sebelum mencantikkan flip cover.



Tadaa ni la hasilnya



Gambar ni pun encik suami yang semangat amikkan gambar. Konon encik suami yang nak tampalkan batu batu tu, masa bukak gam gajah yang power tu, gam terkena tangan, lama pulak en suami bersihkan tangan, akhirnya aku je la yang tampal sendiri. encik suami beri bantuan dengan tolong amikkan gambar. Dia tau kalau amik amik gambar lepastu mesti nak update kat blog kan. Yeahh sekarang dah ada dua casing boleh la gilir gilir pakai kan.

Arghhh geram kan tengok bende bende yang comel comel ni, macam geram nak beli barang barang baby, tapi belum lagi start beli, tunggu dah scan tau baby girl ke boy baru boleh beli.

TERIMA KASIH SUDI BACA, KALAU SUKE BOLEH TEKAN LIKE DAN TINGGALKAN KOMEN. LOVE -DIJA-

Saturday, May 18, 2013

Pengantin basi baru dapat Kad Nikah

Selamat berhujung minggu semua, hari ni encik suami kerje makanya dapat la aku meluangkan masa  yang sebenarnya banyak ni dengan mengupdate blog, esok encik suami cuti dah nak jalan jalan pergi oversea pulak, oversea la sangat, jalan jalan pergi singapore je pun.
Okey ni bukan entry nak cerita jalan jalan pergi oversea, nak cerita keterujaan aku yang baru dapat kad nikah pintar. Semalam aku baru je mengambil kad nikah pintar kami yang telah siap di pejabat agama johor bahru, setelah nak masuk 6 bulan berkahwin *tu yang basi tu* baru nak dapat kad nikah kan. Tak larat dah jalan jalan bawak sijil nikah yang besar gila dan banyak muka surat tu *ayat tipu gila*. Sepanjang aku dengan encik suami berkahwin ni, jalan jalan selamba je tak pernah pun bawak sijil nikah tu, masa berbulan madu ke bali tu pun kitaorang bawak yang sementara tu je, bawak kertas pink satu muka surat sebelum dapat sijil nikah. Masa nak daftar kat klinik nak buat buku pink untuk checkup sepanjang mengandung pun selamba datang tak bawak apa2, nasib la nurse kenal encik suami tak adalah dia suruh kitaorang balik bawak sijil nikah, masa angah aku terlupa nak bawak kene balik ambil kat rumah tau. Nurse yang baik hati tu tinggal je kan tempat kosong suruh isi sendiri no pendaftran nikah bila balik rumah nanti.
Lecehkan sebenarnya nak bawak sijil ke mana mana kan, kalau kat selangor rasanya boleh dapat awal kan kad nikah tu. Untuk negeri lain aku tak berapa pastila. Disebabkan aku tinggal dan berkahwin di johor jadi boleh la share pengalaman bagi pasangan yang nak memohon kad nikah pintar di johor. Untuk pendaftaran kahwin di johor tak termaksuk dengan kad nikah pintar, nanti bila dah siap nikah kita hanya dapat sijil yang besar tu je. Maknanya adalah pilihan untuk pasangan sama ada nak buat kad nikah atau tidak, tiada paksaan, siapa nak buat boleh je siapa yang rajin gila bawak sijil besar ke mana mana tahniah teroskan usaha anda. Aku ni malas gila jadi semangat la nak buat kad nikah pintar kan. Sebelum pergi pejabat agama tu encik suami dah google siap siap, apa yang nak kene bawak untuk buat kad nikah tersebut.
Untuk memohon kad tersebut anda perlulah bawak:
1. 2 keping gambar tiap pasangan *sebab kad ada dua ye, satu sorang, bukan pejabat agama nak simpan gambar korang*
2. salinan ic pasangan 
3. sijil nikah kot *ni aku lupa*
4. Nanti diaorang akan bagi borang, isi je dah boleh hantar semua.
5. Bayaran sebanyak rm50

Ada blog mana ntah yang tulis gamar lelaki siap kene bersongkok bagai, tapi rasanya perempuan memang kene bertudung la dalam gambar tu. Makanya encik suami yang lurus mengikot peraturan amik la gambar baru siap bersongkok, comel je okey, sebenarnya tak pakai songkok pun tak ape tau, tapi aku rasa ok je sebab rasa suami sendiri comel *tolongla puji suami sendiri hoho*.

Sebulan lepas diakad nikahkan baru boleh amik sijil nikah tersebut. Alang alang encik suami nak ambil sijil nikah dia teros la amik borang untuk buat kad nikah pintar, tapi tak lengkap sebab encik suami tak bawak salinan ic aku. Jadinya borang bawak je balik rumah, beberapa hari kemudia barula hantar borang, 1.3 baru hantar borang dan kene bayar rm50 ya untuk kad pintar tu dan yang tak bestnya kad tu boleh ambil 2 bulan lagi. Bukan main lama lagi dia nak siapkan kad aku, buat kad je pun kan hoho


Tapi kitaorang ni bukan jenis sabar punya orang , bulan lepas 20 lebih April kitaorang dah pergi pejabat agama, dengan harapan kad tersiap awal la, tak adanya la, dia cakap belum siap lagi, nasib la tak tunggu turn lama, kalau tak keciwa je tunggu lama lama pastu tak siap lagi pun. Awal bulan surat sampai menyatakan kad nikag kami telah pun siap, ada beberapa bende yang perlu dibawa untuk mengambil kad tersebut iaitu :
1.surat menyatakan kad tersebut dah siap
2. resit 
3. sijil nikah. Sijil nikah dia nak cop nanti.

Disebabkan Semalam encik suami cuti dapat la pergi pejabat agama ambil kad kami. Hoyeah inilah kadnya:
Comelkan encik suami pakai songkok, muka aku masa amik gambar ni macam muka terkejut dah la muka boolat hoo simpan dalam purse boleh la bawak kad kemana mana *dah macam promoter nikah kad pintar* haha
Encik suami suka dah dapat kad ni, dia cakap boleh la update blog lepas ni, dia tau sekarang aku malas malas je nak update blog. Terima kasih encik suami kerana teros menjadi peminat ku dan menanti tiap tulisan ku *poyo gile*

Pagi tadi dapat mesej dari mama, dah sampai phuket, mama cakap phuket lagi cantik dari bali, jelesnya la aiii, mama babah bila anak anak dan besar besar ni diaorang berhoneymoon je la berdua. Jeles nak jugak pergi Phuket tahun depan. 

Surat buat papa:
Kehadaan papaku yang sedang bekerja. Tahun depan boleh la bawak mama dan anakmu ni berjalan jalan ke phuket mungkin, takpun beijing ke. Anakmu dan mamaku begitu teringin nak berjalan jauh jauh naik kapal terbang. Nanti kalau tak tertunai ditakuti anakmu akan meleleh leleh air liur je disebabkan impiannya tak terlaksa. Mama dan baby sayang papa banyak banyak :)
ikhlas dari,
anakmu

okey tahun depan boleh la kita pergi jalan jalan kan hehe

TERIMA KASIH SUDI BACA, KALAU SUKE BOLEH TEKAN LIKE DAN TINGGALKAN KOMEN. LOVE -DIJA-

Thursday, May 16, 2013

Games oh games

Sekarang rasa macam jarang jarang je nak update, ketandusan idea mungkin dan tak ada cerita menarik yang nak dikongsi mungkin. Hidung masih lagi tersumbat, batuk dah hilang semalam encik suami tepuk2 dada jadi tak ada la tengah malam terjaga sebabkan batuk. Semalam nak mengelat tak nak makan ubat selseme pun encik suami tanya pulak dah makan ubat selseme tak, dan siap amikkan ubat dan air makanya terpaksa la telan kan. Hidung tersumbat ni buat tak selesa tido encik suami kata kalau nak hilangkan jangan pasang kipas, memang tak la sekarang dah la panas gila okey sampai tahap berpeluh, tak sanggup nak tutup kipas. Tapi siang ni sejuk sikit la sebab dari petang semalam sampai pagi tadi hujan. Hari ni tak payah nak bekejar kejar nak masak tu banyak masa terasa nak update blog. Hari ni amik kesempatan ajak encik suami makan kat luar, nasib la peti ais dah kosong, boleh ajak makan kat luar kan. Sekarang ni kan aku suka masak awal, pukol 5 dah masak bukan sebab aku ni terlampau rajin nak masak awal sebenarnya aku masak awal sebab nak tengok sinetron kat tv9 binar, bening, berlian pukol 5.30, kalau dah siap masak boleh la tengok tv dengan tenang kan. Zaman tengok sinetron lama dah aku tinggalkan kot, masa diploma last tengok. Ni boleh pulak tertengok ditambah pulak heroin dia cantik cantik, aku tengok heroin bukan hero ya. Mana tau tengok yang cantik2 muka mix mix tu ada terkenan sikit kat baby dalam perot ni ke kan. Wah demand nak yang mix mix aje kan, kang lahir yang macam tu orang tak percaya tu anak aku pulak ingat aku amik anak angkat pulak kan *sadis*.

Sampai ke sinetron pulak kan, sebenarnya kan nak update aktiviti yang aku sebokkan sekarang ni. Ececeh macam aktiviti apa je kan, sebenarnya sekarang ni aku dah addicted main game kat handphone okey. Zaman main games pun dah lame aku tinggalkan tau. Main masa diploma dulu start baru baru ada laptop semua game aku nak main, aku main game yang ala keperempuanan je tau tak minat main perang2 ke apa. Dulu gila main dinner dash la, sally saloon, semua game yang ala ala macam tu la. Tapi sekarang dah tak heran dengan game macam tu dah puas main kot. Tapi satu game yang aku suke jojo fashion style, aku install kat handphone encik suami, tapi tak main main last2 sekarang encik suami dah uninstall game tu. Sekarang game yang menjadi minat aku adalah my home story. Game ni best sebab boleh deco rumah sendiri nak macam mana, ni la orang tak ada rumah lagi cara ni je la beri kepuasan. Sapa2 yang ada main bagi la id boleh la kita berjiran hoho tapi nak beli saru perabot tu makan masa berjam sangat la terpaksa aku tunggu dengan sabar nak pulak aku nak yang cantik dan mahal je kene la kumpul duitkan, rasa macam betol betol di alam realiti kumpul duit bagai. dan dia ada jugak task yang kita kene selesaikan, kalau kita dah selesaikan dapat la duit.


Game kedua ni campus life best jugak, sama jugak macam my home story ada task yang kita kene complete kan, boleh beli jugak peralatan untuk rumah. tapi campus life ni kene ada internet baru boleh main tu yang tak best. My home story kalau tak ada internet pun kita boleh je nak main tapi kita tak boleh nak melawat rumah jiran la.


Ada jugak game yang mula mula aku main bukan main teruja tapi lepastu aku cepat bosan dah tak nak main dah. Game hotel story ni sebenarnya menarik juga tapi aku kan bab bab susun bilik kat hotel macam burok gila rasanya, last last encik suami yang susun kan bagi cantik, encik suami pun dah level jauh tinggalkan aku yang macam dah malas nak main ni.


Sebelum tu bukan main excited aku main game jaga pou tu, siap lawan2 dengan encik suami tak puas hati kalau dia nak potong aku, sekarang nak bagi makan pun dah malas. Kesian pou dah tak terjaga.



ha, ada satu lagi game yang best jugak tapi susah gila, hardest game 2, nama pun memang dah susah kan.  nak bukak level yang lepas tu kene dapatkan markah tinggi iaitu s, s tu lagi tinggi dari A, memang gigih la nak kene tekan laju laju. aku baru dapat 9s kene dapat lagi 1 s untuk nak buka lock game yang lain. aku dapatkan 8 je, 1 tu encik suami tolong. Nak dapatkan lagi 1 ni punyalah payah, hari ni malas dah nak try, tunggu rajin esok esok la.



Esok anak mama lahir nanti berebut rebut nak main games dengan mama papa kan, asik main games je sekarang ni. Tapi sudoku pun kene rajin buat jugak ni, dah abiskan dua volume dah. Baru start semalam buku yang ke tiga. Buku buku yang dah beli beberapa bulan lepas dengan encik suami baru nak baca hari ni, tadi dah abiskan tiga bab, sambung malam malam nanti la kalau rajin hoho


eh sinetron dah nak start la. daaa

TERIMA KASIH SUDI BACA, KALAU SUKE BOLEH TEKAN LIKE DAN TINGGALKAN KOMEN. LOVE -DIJA-

Monday, May 13, 2013

17 weeks

Lama dah rasanya menyepikan diri, hati ni memang nak mengupdate entry baru, tapi jari ni malas pulak nak  menaip. hari ni hati dan jari dah sepakat nak update entry makanya aku mengaggahkan diri la menaip entry yang tak seberapa ni. Sekarang ni cuaca panas terik kan buat badan rasa tak berdaya, lemah je tau. Ditambah pulak beberapa hari ni aku diserang selseme dengan batuk, paling rasa terseksa bila nak tido, tinggikan sikit bantal pun susah rasanya nak tidur sebab hidung tersumbat terpaksala bernafas guna mulut, ternganga la mulot ni, bila dah nganga tu kering tekak pulak, bangun minum air masak berapa kali dan berapa kali la pulak pergi toilet membuang bila dah minum kan. Selseme dan batuk tolong la pergi jauh jauh shuhhh. Dan bila dah macam ni barula terasa nak cari ubat sebab dah tak tahan, kalau sikit2 je memang liat la nak makan ubat -_- 

Dari hari ke hari aku nak update kehamilan di minggu ke 17 ni sebenarnya, dari hari khamis hari tu, nasib tak masuk lagi hari khamis akan datang kalau tak dah jadi minggu ke 18 dah. Hari rabu lepas dah scan buat kali kedua, lepas jumpa doktor kat klinik desa, doktor suruh scan lagi sekali sebab last scan haritu minggu ke 6, kecik sangat. Disebabkan klinik desa tak ada menyediakan kemudahan untuk scan makanya pergi klinik luar je la untuk scan. Sekali scan bayar rm30 je pun tak payah nak berkira sangat yek. Rasa macam nak scan tiap bulan excited wo nak tengok baby gerak gerak. Tunggu doktor scan berpeloh jugak la mama ni kan tengok baby mama gerak gerak. Aktif bukan main babynya bergerak tau, nanti dah lahir ni kalau aktif je nak bergerak boleh kurus mamanya kan. Alhamdulillah perasaan lege bila kita tau baby berada dalam keadaan sihatkan. Walaupun baby bergerak aktif tapi belum dapat rasa lagi pergerakan baby tu, tak sabar nak dapat rasa baby gerak gerak :) Ha Buku buku yang beli dengan encik suami banyak banyak tu tak baca baca lagi, gatal nak beli banyak banyak buku, tapi pemalas nak bacakan.

walaupun malas membaca buku, merajinkan diri jugak la baca perkembangan baby di minggu ke 17 ni

credit to babycenter

macam ni la baby dalam perot mama. Dalam gambar tu kalau terbayang nampak la besarkan, tapi baby baru la berapa gram je, yang lebih lebih kilo tu berat mama je lebih. Tapi yang bestnya encik suami selalu sedapkan hati, bila aku tanya aku dah gemokkan, nanti mesti encik suami jawab kan ada baby. Bila dah scan doktor beritau la berat baby berapa gram kan *aku tak ingat dah berapa beratnya, hilang fokus tunggu doktor scan punya lama dengan baby yang aktif nak bergerak gerak je*. Balik tu cakap dengan encik suami berat baby baru berapa gram selebihnya berat aku yang lebihkan, dia cakap kan berat rahim lagi. Ok sayang encik suami lebih. Tapi serius memang sekarang berat dah naik banyak sangat, memang berusaha keras la nak turunkan berat badan lepas bersalin.

ni sedikit info dari baby center untuk perkembangan di minggu ke 17


Panjang bayi anda sekarang hampir 5.5 inci / 13 sentimeter dari mercu kepala ke punggung dan berat sekitar 5 auns / 140 gram. Hampir semua rangka tulangnya berunsurkan rawan liat, yang akan mengeras kemudian. Satu bahan pelindung bergelar myelin mula membalut korda spina dengan perlahan-lahan. 

Dengan bantuan stetoskop khas, anda sekarang sudah boleh mendengar denyutan jantung bayi anda. Tiada yang lebih menyenangkan atau menguja daripada bunyi denyutan jantung bayi yang sedang menderap-derap. Pada hari-hari anda terasa bimbang tentang apakah kemajuan kehamilan anda, mendengar denyutan jantung bayi memberitahu anda yang dia sedang berkembang dan membesar. Pada masa-masa anda bosan dan terasa seolah-olah kehamilan anda tiada kesudahannya, ia memberi peringatan manis tentang apa yang akan disambut kelak setelah menunggu selama 40 minggu. 

Uterus anda yang kian membesar telah mengalihkan pusat graviti anda dan anda mungkin merasa agak kurang seimbang. Berhati-hatilah dan pakailah kasut tumit rendah. 




Minggu ke 17 dah boleh dengar denyutan jantung baby dengan bantuan stetoskop khas, nak dengar, tunggu appointment dengan doktor lambat lagi, lagi 3 minggu, masa tu dah nak masuk 20 minggu dah. dekat hadphone siap download application i'm expecting, kat situ ada calender boleh tulis bila appointment dengan doktor ada jugak info mengenai perkembangan baby tiap minggu kehamilan tu. Rasa lagi comel sebab macam macam buah dan sayur dia ibaratkan baby tu. Kalau dah minggu baru selalu cakap dengan encik suami abang baby dah besar bawang (contoh untuk minggu ni)

comelkan?:)

baby mama masa scan 

ni mamanya di minggu ke 17



TERIMA KASIH SUDI BACA, KALAU SUKE BOLEH TEKAN LIKE DAN TINGGALKAN KOMEN. LOVE -DIJA-

Thursday, May 2, 2013

Oh Samsung Galaxy Note 2 Pink Milikku

Bercuti panjang ni memang tak pandang la blog kan, hari ni encik suami dah start keje, boleh la layan blog jap ya. Alhamdulillah hari ni pun usia kandungan dah genap 16 minggu bersamaan 4 bulan, doakan semuanya baik baik ya. Badan biasalah semakin mengembang. Nona komen aritu mintak tepek gambar masa pregnant ni ya, bulat menjadi jadi, segan nak tepek, seganla sangat, akhir entry nanti dija tepek ya. Dan ari selasa 30.4 genapla usia perkahwinan kami 5 bulan. Selamat ulang bulan encik suami, semoga kasih sayang antara kami semakin mekar *ayat jiwang*.
Hoyeah nak cite birthday celebration tak ada apa sangat, dapat kek choclate indulgance, makan makan, ari isnin adik belanja makan kat ikea, makan meatball 20 biji, isnin malam along pulak belanja dominos. Ohoi semakin membulat la macam ni kan. Encik suami dah menjadikan impian menjadi kenyataan, dah boleh tick kat wishlist, note 2 pink menjadi milikku. Beli kat bukit bintang, ada waranty dari samsung, harga murah lagi dari kita beli kat samsung centre, harga rm1850 termasuk screen protector dan casing flip dia bagi yang quality baik, aku memang suka barang free. Hari tu pergi bukit bintang nak belikan handphone untuk adik, dia nak note 1, tawar tawar dapat la harga rm1300, aku bab tawar memang suka sampai kering air liur la. Lepastu baru gi kedai lain beli handphone untuk aku. Kedai sebelum tu jual rm2020 untuk colour pink, gila mahal kan, lagi mahal dari kedai samsung sebenar kan. Kene pandai survey la, yang kedai tu kira terbaik la, lagipun ada warranty dari samsung kan, kira boleh dipercayai la kan. Bila pakai handphone note 2 ni terasa yang handphone samsung w aku tu begitu kecil, tengok handphone lain semua nampak kecik je tau. Sekarang ni apa lagi main game je la kan, jaga pou. Gigih je takot nak jaga haiwan peliharaan, pelihara la pou dalam handphone. Berlawan lawan dengan encik suami nak naik level, encik suami pun gigih bela pou.

Sebabkan update pakai handphone je ni, maka semua gambar dibawah la ya. Nak gak tunjuk pou aku yang colour pink tu :) tu buat note sendiri nak jugak conteng2


TERIMA KASIH SUDI BACA, KALAU SUKE BOLEH TEKAN LIKE DAN TINGGALKAN KOMEN. LOVE -DIJA-