~~pEnGikUt sEtiA~~


Tuesday, April 16, 2013

JJCM: KFC Spicy Korean Crunch

Hari ni macam hari malas sedunia tau,eh,sampai nak makan pun rasa malas tau. Buat kerje rumah lagi la  rasa malas, sepatutnya nak gosok baju kerje encik suami tapi kemalasan menguasai diri ni, tengok baju yang bergosok ada lagi, esok atau esok esok je la baru gosok baju kan.Tapi kan ada satu aktiviti yang aku tetap rajin nak buat untuk hari ni, online tengok gambar makanan sedap sedap, pastu terliur, nasi goreng aku masak pagi tadi tak nak pulak makan kan, tekak ni demand pulak kan. Bagus jugak sebenarnya bila tengok makanan yang menarik tu, lagi la bila oh tempat ni tak pernah try lagi ni, boleh la ajak encik suami cuba kan, encik suami pun biasanya layan je kan Semalam tengok ada tempat best yang aku rasa mesti kene try ni, aku memang mudah terpengaruh tengok gambar pun aku dah cakap sedap, padahal tak pernah cuba mana nak tau sedap ke tak kan, dekat mana dan makanan apa kene tunggu aku dah try baru la aku cerita okey, semalam dah tunjuk dah tempat best tu kat encik suami, esok malam kot encik suami bawak waaa excited okey. 

Dan sekarang ni kan aku pantang betol tengok iklan makanan kat tv la, mesti terliur dan perasaan nak cuba berkobar kobar lagi lagi tengok pizza baru dengan ayam kfc spicy korea crunch tu. Disebabkan encik suami kerje pada hari sabtu yang lalukan *cerita basi*, aku dengan angah menjalankan la misi jalan jalan cari makan ya, konon nak try pizza baru kat pizza hut tu, masa tu dah pukul 11 pun, tapi pekerja pizza hut tak bagi masok lagi, memang bukan rezeki pizza hut la kan nak terima duit kitaorang ataupun ni rezeki nak makan piza dengan encik suami kot encik suami belanja nanti hoho. Disebabkan kami ni tak sanggup nak tunggu, tak sabar punya orang, maka kami pun terosla beralih arah ke vivo, makan spaghetti baked meatball, sedap tau, sebab cheese dia garing dan tak rasa tebal + tak banyak sangat, bila makan tak la rasa muak tau.

Dari beberapa hari lepas aku tengok iklan kfc memang rasa berkobar kobar la nak try walau pun aku tau yang kadang iklan kfc ni indah khabar dari rupa je pun *mengamuk semua peminat kfc kan*. Tapi ni komen jujur tau, bila iklan tengok burger bukan main besar lagi kan dalam tv tapi hakikatnya bila makan tak besar mana pun kan. Eleh cakap macam tu pun aku jugak yang beriya nak try ayam korea tu kan. Sambil nak try makan ayam KFC ahad malam tu adalah sebab kan aku nak ponteng masak, ni la saat bila datangnya malas melanda diri, makan luar la jawabnyakan.
Ni iklan yang aku amik dari Mr Google. Tengok bila dalam iklan kan ayam macam disalut elok dengan sos tukan tapi hakikatnya bila belikan...

opsss sori nak jugak masuk gambar aku yang bulat, dah jadi kewajipan sebelum makan amik gambar, ni la dikatakan oleh Harith Iskandar dalam lawak ke der 2, Loser kan, tapi aku memang banyak masa pun sebelum makan nak amik gambar tapi aku tak post kat facebook okey, post kat blog je pun, tak masuk dalam kategori tu kan hoho

Aku amik set yang dua ketul ayam je cukup la kan, ada wedges kira boleh kenyang la kan, ada potato corn salad menggantikan coleslaw dan minuman wajib ditukar bila makan mcd atau kfc air milo *minum milo anda jadi sihat dan kuat*. Tapi aku tak boleh jugak minum milo berlebihan sembelit nanti *stop tak payah cite kat sini kan*. Untuk potato corn salad bagi aku yang memang tak gemar bila ada Jagung dalam hidangan makanan tu, tak ada masalah je pun jagung tu boleh je bagi kat encik suami kan, tapi bila jagung manis boleh pulak aku makan kan, mengada lebih, tapi potato salad tu bila aku dah keluarkan jagung tu tetap aku rasa tak sedap pun, aku makan sikit je, encik suami pun tak abis jugak, tu menunjukkan tak sedap kan *tapi lain orang lain cita rasa, kami tak suka mungkin orang lain suka kan*, coleslaw kfc jugak tetap the best kan. kalau tengok gambar ayam dalam iklan kat atas tu celupan dia macam kene semua ayam kan, rata je dalam iklan kat tv pun dia ada cakap Ayam goreng disaluti sos istimewa Korea bersama adunan tujuh jenis cili berbeza dari seluruh dunia  tapi hakikatnya dalam gambar aku tu, dia hanya tuang sikit je pun kat bahagian atas ayam tu, kat bawah bawah tak ada pun maknanya tak salut la kan tuang sikit je kan, ke sama je salut dengan tuang tu? Tapi sebanarnya okey je kalau dia salut semua mesti lagi tak sedap, sebab sos dia rasa manis tau, bila sikit je kat kulit kita makan dengan isi dia tak la rasa manis dan boleh diterima tekak aku. Cuma ayam dia rasa lagi pedas gila dari spicy yang biasa tu.

Secara jujurnya kebanyakan ayam yang KFC keluarkan untuk mempromosikan KFC tu semuanya tak sedap pun, tomyam la, bbq la. Satu je yang aku rasa ok ayam crunchy. Sepatutnya diaorang dah keluarkan ayam yang pelbagai rasa tu adalah salah satu cara diaorang gunakan nak menarik perhatian orang kan, dah buat macam tu kaji la yang mana orang suka dan tak suka kan, kalau orang suke ape salahnya diaorang keluarkan lagi lepas tu kan. Ni yang nak kene ajar bab marketing pulak ni kan *over*

Okla Bila dah menaip ni rasa lapar pulak, nak sambung makan nasi goreng la. Korang kalau tau ada tempat makan yang best kat area johor ni beritau la, jangan la cite yang jauh susah pulak nak pergi, ada yang meleleh je air liur nanti kan.

TERIMA KASIH SUDI BACA, KALAU SUKE BOLEH TEKAN LIKE DAN TINGGALKAN KOMEN. LOVE -DIJA-

7 comments:

  1. loserrrr sangatttt kan kak amek gambar teh ais dan post di facebook. muahahaha

    ReplyDelete
  2. a'ah. xsedap. yg sebelum nih yg pedas+ad cm cornflakes ke ape ntah tu nme nye ap ek??
    yang tu sedaapppp!! terbaek!

    yg baru nih ntahpape

    ReplyDelete
  3. haha i tengok pun tau tak sedap. pastu iklan kemain cantik bila tengok betul2 hampeh. tu betul nama dia indah khabar dr rupa haha. sebab tu kdg i malas nak try nanti kecewa huhu

    ReplyDelete
  4. Rasanya tadi nampak dija kat jusco taman u. kan? kan? selisih kat escalator tp dija x pandang. hehe kenal pun sebab spek pink dija tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah la zura dija la tu, wah mana tau pasni tersermpak lagi tegor ok, dija kadang tak pasan :)

      Delete
  5. hihi
    saya memg xbrape gemar kfc...xtau nape..i love pizza hut more....
    **peace to kfc lovers**

    ReplyDelete
  6. betul laaa..ayam cruchy die jek besh..yang dulu2 tu tomyam sume tu tak besh pun...ehehe

    ReplyDelete

terima kasih bagi sepatah dua kate