Google+ Followers

~~pEnGikUt sEtiA~~


Saturday, March 30, 2013

4 Months

Alhamdulillah cepat je masa berlalu kan, dah genap 4 bulan kami berkahwin, rase macam baru je sebok sebok buat persiapan, hari majlis sekarang dah 4 bulan dan sekarang tengah melalu fasa baru. Fasa apa? wink wink tak nak cerita dulu. Melalui semue saat dari persiapan, sampai ke majlis dan sampai sekarang adalah detik terindah buat diri ini. Semoga kami teros berkasih sayang dan perasaan ni terus mekar dalam hati kami *wah, ayat tak boleh menahan*.

Bulan lepas tak dapat nak wish ulang bulan ke tiga sebab bulan februari ade 28 hari je kan. Jadinya bulan ni nak wish kat blog je la sebab tau encik suami akan baca blog ni jugak. Tapi kan rasa rasanya encik suami ingat tak hari ni, hari ni ecik suami kerje, mesti tengah busy kerje tu. Harapnya dia sempat la makan tengah hari, dah dua hari encik suami sebok kerje sampai tak sempat makan. Yang penting esok encik suami cuti, dapat la pergi dua kenduri kahwin esok, sebulan dah rasanya tak makan kat kenduri kahwin hoho


Mari buat ucapan khas untuk encik suami:
Selamat ulang bulan yang ke 4, terima kasih sebab menjadi suami yang terbaik untuk diriku dan menerima diriku seadanya terima tiap kekurangan diri ini. "Mengenali kamu adalah perkara yang paling terindah dalam hidup, dan memilih kamu adalah pilihan yang terbaik yang tiada gantinya" Terima kasih sudi terima saya sebagai isteri dan bimbinglah saya ke syurga :)

gambar kenangan 4 bulan lepas 30.11.12


ha, nak share ilmu sikit, semalam tengok al kulliyyah. Permepuan untung tau, perempuan paling senang nak masuk syurga kalau 1.solat 2.puasa 3.menutup aurat dan 4.taat suami. Semoga kita sama sama teros perbaiki diri untuk menjadi penghuni syurga kan. Kene taat suami ni walaupun kadang kadang degil tak nak dengar cakap punya orang *cakap kat diri sendiri ni* kan sebab redha suami tu penting kan. Dan perempuan jugak la yang banyak masuk ke dalam neraka kan, semoge kita dijauhkan dari golongan tersebut kan.

Menaip sambil duduk depan kipas ni sebab berpeloh dan menggosok baju. susah jugak tempat menggosok tak ade kipas ni, dah macam bersenam, tapi baru lepas mandi dah busuk semule kan. Sekarang masa beristirehat, sambil layan cerita hindustan ni. Petang ni tak payah masak, nak ajak suami makan mcd baru bukak kat mutiara rini. Tapi tengah tamak ni rasa nak makan ayam goreng mcd yang memang favourite dan nak makan burger baru haritu rasa sedap la yang beef and egg tapi nak double beef dengan egg *wah, tamak gila*. Encik suami suruh beli je dua dua, sebab malam ni aku yang nak belanja kan. waaa tak sabar dah nak makan mcd ni :)

saja letak gambar, nak bagi diri sendiri terliur, thanks MR Google

huarghhh nak meleleh air liur tengok gambar mcd ni, cari nahas kan seksa diri, aku nak yang double tu, sodap sodap. cepat la malam tak sabar nak makan dua dua dah ni haha


TERIMA KASIH SUDI BACA, KALAU SUKE BOLEH TEKAN LIKE DAN TINGGALKAN KOMEN. LOVE -DIJA-

8 comments:

  1. happy 4 months u. long way to go kan. harap-harap kita ni dapatla banyak pahala kan sejak kawen ni. hidangkan air pun dh dpt pahala hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan cha.. tu la harap hati kita pun ikhlas melayan suami dan kasih sayang berpanjangan kan :)

      Delete
  2. alhamdulillah.. skjp je dh 4 bulan ya.. hehe :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan rasa cepat je masa berlalu tau

      Delete
  3. bile dh kawen, mmg cepat je rasa.. org lak diam x diam, nk masuk 10bln dah.. insyaallah, try 2 b a good wofe 4 him.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeahh same2 kita cuba jadi isteri yang baik kan :)

      Delete
  4. happy 4 months dija !! :D namee pun dah 3 bulan! hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks namee.. cepat je masa berlalu kan.. happy 3 months namee :)

      Delete

terima kasih bagi sepatah dua kate