~~pEnGikUt sEtiA~~


Wednesday, April 10, 2013

Resipi: Puding Caramel

Lama dah puan suri rumah tak update entry resipi kan, sepatutnya duduk rumah ni mesti dah try bermacam macam resipi kan, tapi bukan aku la kan, aku duk ulang ulang masak hidangan yang sama je pun. Hari ni pun encik suami ajak lunch kat luar, aku muka bahagia je, masukkan ayam dalam peti ais semula kan, tak ada masalah la. Beberapa hari ni kan memang terasa nak sangat makan puding caramel, zaman aku kecik kecik dulu mama rajin buat puding caramel, bila aku dah habis sekolah kan tiba tiba mama dah tak buat pun. Tapi semenjak dua menjak nafsu makan naik ni kan, mula la teringat nak makan macam macam, tu aku mintak mama buatkan puding caramel sambil mama buat sambil tu boleh la ajar aku cara cara nak buat puding caramel ni, kot la aku nak buat sendiri kan. Macam tidak je kan. *Sori la aku lupe nak amik gambar sepanjang proses pembuatan puding caramel ni, bila nak makan baru la teringat nak amik gambar, seperti biasa la, paksa encik suami yang amikkan gambar*

Bahan bahan:
Gula
Susu segar 1 kotak besar- *Tak kisah nak pakai brand apa pun*
Telor (bergantung pada berapa banyak susu yang kita guna) 1 mug susu bersamaan 2 biji telor ya.

Cara cara:
1. kene buat gula hangus *nama je gula hangus jangan sampai gula rentung nanti tak sedap pulak caramel tu*
*gunala periuk ke, letak atas dapur, masukkan 3 senduk gula (kalau korang suke lagi manis, letak la banyak lagi, atau kurangkan lagi, terpulang pada tekak masing masing nak macam mana), kacau sehingga warna keperangan dan masukkan 1/2 cawan air dan kacau sehingga nampak pekat.
2. Kacau susu dan telor dan dua sudu gula sehingga sebati ya. Sekotak susu yang digunakan bersamaan 7 biji telor.
3. Masukkan gula hangus kedalam semua bekas dan tuangkan susu dan telor yang telah dah sebati tu ke dalam bekas yang sama.*kat rumah aku memang ada bekas kecik khas untuk buat caramel, ingat mula2 tuang gula hangus then baru tuang susu dan telor yang siap dikacau tadi ya*
4. Bakar kedalam oven dengan suhu 170° dalam 45 minit guna api atas dan bawah ya. Dalam dulang pembakar tu kan letak la air, dia kira macam kukus dan bakar la.
5. setelah siap sejukkan dulu diluar kemudian masukkan di dalam peti sejuk dan terpulang bila anda ingin makan. Makan sejuk sejuk memang sedap la.

mempersembahkan puding caramel yang dah terhasil
dapat 12 biji size macam ni 


Senang je kan, leceh sikit nak buat gula hangus je la sebab kene kacau je, tu aku malas. Tunggu mama balik sini la kalau nak buat lagi. Macam macam cara nak buat puding caramel ni, ada je yang tak masukkan dalam oven dia kukus je, terpulang mana yang mudah bagi korang nak ikot. Aku ikot resipi tok guru aku iaitu mama aku. Dan ada juga yang aku tengok resipi puding caramel tak menggunakan telor. Korang nak tau google sendiri okey haha sebab aku tak pernah try. Teringat cerita my boss my hero, jepun series, yang kat sekolah dia ada jual puding caramel masa waktu rehat tapi limited dan sedap sangat, berebut rebut orang nak beli. Macam macam la cara hero ni fikir strategi nak pastikan dia laju dan dapat makan puding caramel tu, siap guna teori fizik la, nak terbang bagai, power betol penangan puding caramel tu kan. Okey saja bagi korang terliur post resipi dan gambar makan makan malam malam ni hoho busuk hati

Psss sambil type entry ni terperasan dah ada iklan master chef selebriti dua la, yang bestnya ada che ta la, sori tak suka hoho macam dia suke aku. Ada jugak hiburan bila ada selebriti yang kita tak suka dalam masterchef tu kan.

TERIMA KASIH SUDI BACA, KALAU SUKE BOLEH TEKAN LIKE DAN TINGGALKAN KOMEN. LOVE -DIJA-

5 comments:

  1. kak dijaa, kenapa cantik sangattt kak dija buatttt! nadia buat memang hangus betull :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha betol ikot resipi la tu, gula hangus..hee akak punya cantik sebab mama yang buat..hee kalau kak dija yang buat tak tau la rupa ape..hee

      Delete
  2. yummy! suka puding caramel..tp bab gula hangus tu fail gila..mcm mana eh..huhuhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. heee dija pun belum practise, tak tau kalau buat sendiri macam mana jadinya..hee sedap makan bile sejuk, yummy

      Delete
  3. cam comey je tgk puding tue...heee....blog walking here..singgah r blog sy gak tgk bunga2 cantik mekar dlm cara berbeza ssuai utk deko umah anda atau wat yg tersyg..

    ReplyDelete

terima kasih bagi sepatah dua kate