~~pEnGikUt sEtiA~~


Friday, April 26, 2013

Sambutan Hari lahir Lebih Bermakna

hamboi sekarang ni lagi malas rasanya nak hupdate blog, layan drama online rajin je tau, nak menaip malas pulak. Tahun ni sambutan birthday lebih bermakna, sebab sambut dengan orang yang tersayang iaitu suami kan *excited excited*. Ahad bersamaan 28 April ni genap la usia ku 25 tahun, dah suku abad dah ni. Biasanya untuk sambutan birthday, kami makan makan je *kitaorang dua dua sama je, tak denya reti nak surprise2 pun*. Tapi makan makan tu pun dah kira best dan dengan tak malunya aku mintak kek *buat apa nak malu dengan suami seciri..weekk*. Dah lama tak makan kek secret resipi kan, alang alang birthday ni mintak la, choclate indulgence yummy. Malam ni kami akan bertolak ke bandar sri putra, jadinya sambut birthday kali ni kat kl la. Eh tapi last year pun sambut kat kl jugak, kebetulan aku terlibat kononnya dengan pesta buku kat pwtc *tapi aku tak buat apa pun, jalan tengok je lebih*. Tahun lepas sambut kat mid, sanggup encik suami eh masa tu belum suami la tunang pun belum, sanggup datang dari johor, padahal hari sebelum tu dia memang ada janji nak jumpa kawan kawan sekolah, reunion macam tu la kot. Tapi dia lebih sanggup datang untuk aku *ayat sedapkan hati* Sambut kat mid, makan kat TGI Friday, beli ice cream kek kat Baskin Robins. Tak suruh pun surprise2 sebab memang beli sama sama kan, tapi orang kat TGI tu beriya nyanyi kan lagu happy birthday tuk aku, suruh diri atas kerusi pulak tu, serius malu gila, nasib time tu tak ramai orang. Pastu nak paksa aku nyanyi pulakkan, memang tak la. Orang TGI yang surprisekan aku bukan encik suami haha
Untuk hari ahad ni tak tau la nak pergi mana, tapi yang penting mestila makan yang best best. Nak pergi Kl ni banyak la tempat makan best best yang aku nak makan ni. Ahad lepas pulak tengok jalan jalan cari makan, pehhh serius terliur. paling best yang kat the grato tu sebab nampak sedap dan harga pun berpatutan, agak murah la untuk makanan westernkan. Kebetulan memang minggu ni aku nak pergi bandar sri putra memang dah dekat pun dengan bangi ingat nak la terjah the grato hari esokkan, tapi terbaca pulak kat FB the grato sekarang tengah hangat baru masuk jalan jalan cari makan, tempat selalu penoh dan kene tunggu 1 jam untuk makanan sampai. oh tak sanggup nak tunggu ok, meleleh lelehla air liur aku dengan baby 1 jam nak tunggu, banyak lagi tempat best yang boleh dituju. Nak pergi the grato kene tunggu the grato macam dah reda sikit la baru kita terjah, hujung tahun la jawabnyakan. Mana lagi tempat makan yang best yang patut try kat area bangi atau kawasan terdekat la, kl pun boleh kot, sape tau boleh la share. Sekarang asik fikir nak makan je, tu berat badan naik dengan jaya, haritu masa pemertiksaan kat klinik, timbang berat badankan, satu bulan dah naik empat kilo okey, lagi 6 bulan jadi apa? hoho risau tapi makan jugak kan, cuma sekarang baru start, *baru dua hari ni pun*, buat aktiviti sihat yang boleh mengeluarkan peloh iaitu menari sesuka hati meniru di youtube, rasa macam buruk gila, tapi sendiri tengok kan, lantak la. 

Nanti hari sabtu bende wajib cari adalah kasut yang selesa, sekarang bila jalan cepat sakit kaki la, kene pakai kasut selesa ala ala mak cik mak cik style la kan. Sesuka hati aku jekan. Biarla mahal sikit, asal selesa dan tak sakit kakikan *nampak selama ni tak suka beli yang mahal mahal*. Tapi dengan tak malunya aku mintak adik bayar separuh ke, sebagai hadiah birthday kononnya, tak malu hadiah birthday mintak okey. Tapi dengan adik beradik aku memang semua wajib bagi bila birthday dan pilih hadiah sendiri hoho hoyeahh ahad ni encik suami bagi hadiah birthday kan *tak malu nak mintak jugak*

eh sorilah entry ni pun macam malas kan, tepek gambar pun malas. Sapa sapa yang tau tempat makan yang best boleh la share ya.

TERIMA KASIH SUDI BACA, KALAU SUKE BOLEH TEKAN LIKE DAN TINGGALKAN KOMEN. LOVE -DIJA-

4 comments:

  1. hehehehhe..semua pun malas yerr..hehehehe..bestnya boleh request hadiah..hikhik..saila pun xbeli2 lagi hadiah bestday utk suami..pening la nk pk hadiah utk org lelaki ni..huhu

    ReplyDelete
  2. alaa mane gambar. haha ni confirm baby girl ni sebab sume malas. happy belated birthday u semoga murah rezeki dan dipanjangkan umur

    ReplyDelete
  3. heppi bday yang.

    Sya kan kLw Sya xbg adiah time bday Aiman, time bday Sya nnti pon die xbg. Kejam kan? hoho

    ReplyDelete
  4. hepi bday dijah...moga pjg umur dan murah rezeki. Rezeki baby la katakan... Tak de gambar ke...time preggy le cute hehe

    ReplyDelete

terima kasih bagi sepatah dua kate