~~pEnGikUt sEtiA~~


Thursday, May 2, 2013

Oh Samsung Galaxy Note 2 Pink Milikku

Bercuti panjang ni memang tak pandang la blog kan, hari ni encik suami dah start keje, boleh la layan blog jap ya. Alhamdulillah hari ni pun usia kandungan dah genap 16 minggu bersamaan 4 bulan, doakan semuanya baik baik ya. Badan biasalah semakin mengembang. Nona komen aritu mintak tepek gambar masa pregnant ni ya, bulat menjadi jadi, segan nak tepek, seganla sangat, akhir entry nanti dija tepek ya. Dan ari selasa 30.4 genapla usia perkahwinan kami 5 bulan. Selamat ulang bulan encik suami, semoga kasih sayang antara kami semakin mekar *ayat jiwang*.
Hoyeah nak cite birthday celebration tak ada apa sangat, dapat kek choclate indulgance, makan makan, ari isnin adik belanja makan kat ikea, makan meatball 20 biji, isnin malam along pulak belanja dominos. Ohoi semakin membulat la macam ni kan. Encik suami dah menjadikan impian menjadi kenyataan, dah boleh tick kat wishlist, note 2 pink menjadi milikku. Beli kat bukit bintang, ada waranty dari samsung, harga murah lagi dari kita beli kat samsung centre, harga rm1850 termasuk screen protector dan casing flip dia bagi yang quality baik, aku memang suka barang free. Hari tu pergi bukit bintang nak belikan handphone untuk adik, dia nak note 1, tawar tawar dapat la harga rm1300, aku bab tawar memang suka sampai kering air liur la. Lepastu baru gi kedai lain beli handphone untuk aku. Kedai sebelum tu jual rm2020 untuk colour pink, gila mahal kan, lagi mahal dari kedai samsung sebenar kan. Kene pandai survey la, yang kedai tu kira terbaik la, lagipun ada warranty dari samsung kan, kira boleh dipercayai la kan. Bila pakai handphone note 2 ni terasa yang handphone samsung w aku tu begitu kecil, tengok handphone lain semua nampak kecik je tau. Sekarang ni apa lagi main game je la kan, jaga pou. Gigih je takot nak jaga haiwan peliharaan, pelihara la pou dalam handphone. Berlawan lawan dengan encik suami nak naik level, encik suami pun gigih bela pou.

Sebabkan update pakai handphone je ni, maka semua gambar dibawah la ya. Nak gak tunjuk pou aku yang colour pink tu :) tu buat note sendiri nak jugak conteng2


TERIMA KASIH SUDI BACA, KALAU SUKE BOLEH TEKAN LIKE DAN TINGGALKAN KOMEN. LOVE -DIJA-

8 comments:

  1. dija,,dah nampak bby bump la ;D

    ReplyDelete
  2. weewit pink tu wajib ye bg u haha sukala tu dpt hadiah handphone :p

    wah kejap je dh 4 bulan kan? take care dijah :)

    ReplyDelete
  3. pheewwiiitttt.. akhirnya dapat jugak.. sukanya.. eh sara lak yg sexcited... bhuahhahahahaa...

    ReplyDelete
  4. wewitttt mummy to be ni cute la... handphone pink tu super cute! uwwaaa meleleh air mata tauuu tengok adiah besday Dija... T_T

    ReplyDelete
  5. dija comey...nak pinjam note 2.hikss.beshnye dapat note 2.pink lagi.jeles sha.take good care of baby and dija sendiri k. :)

    ReplyDelete
  6. happy besdayy kak dijaa :)
    moga sentiasa dimurahkan rezeki, aminnn

    ReplyDelete
  7. haiiiiii.. follower ke 297

    done follow/singgah sini.. jom follow/singgah blog teman.. heee.. http://tengkubutang.blogspot.com/

    klu minat kucen leh follow blog ni jugak.. =)
    http://kucenkucenbelog.blogspot.com/

    ReplyDelete

terima kasih bagi sepatah dua kate