~~pEnGikUt sEtiA~~


Tuesday, September 23, 2014

Suka menghadiri majlis perkahwinan

masa zaman remaja dulu bile babah ajak pergi kenduri kawin mesti malas malas je nak ikot. malas nak bersiap, malas nak pilih baju. semua la malas kan. lagipun datang pulak time 12 tengah ari memang datang makan la, bukan niat untuk tengok pengantin kan. tapi bile dah start kawan kawan kahwin, kita pulak dah kawin kan, lagi semangat membara nak menghadirkan diri ke majlis perkahwinan, nak meraikan pengantin. suke pulak datang timing pengantin ade, nak tengok kawan kita cantik cantik dan paling best aktiviti bergambar la kan.

kebetulan pulak sabtu lepas encik suami kursus kat kuantan kan, check ade pulak dua jemputan satu majlis di kuantan dan satu lagi di pekan, dua dua kawan masa belajar kat uitm segamat. dah ade kat sane haruslah hadirkan diri nak meraikan pengantin kan. majlis kat kuantan pergi dengan sarah dan suami sarah, sebab encik suami belum habis berkursus. majlis kat pekan baru la pergi bersama dengan encik suami. memang trend sekarang kan dah macam wajib pulak kat kenduri ade aiskrim, walaupun dah bergelar mak mak haruslah nak jugak join makan aikrim, beratur sekali. zarif tak pandai lagi beratur, mama dia je la beraturkan.

selamat pengantin baru untuk amalina & pasangan, dan juma & anuar (diaorang ni kenal masa sama sama belajar kat uitm segamat, alhamdulillah akhirnye jodoh mereka bersama). semoga bahagia sampai syurga.







dah mak mak pun perangai macam kanak kanak riang. sebok nak pakai spek besar tu. nasib encik suami kami sporting2


zarif suke makan aiskrem

akibat rampasan eskem oleh papa. menangis la dia

hoyeahhh hari ni beronok ronok. barang dah kemas. malam ni tido kat bandar sri putra. esok terbang ke langkawi. hoyeaahhh. masa bercuti bersama family, ceh zarif ni asik bercuti je kan. tahun ni macam keliling malayia dah. tahun depan la mama dia berangan nak pi obersea. berangan itu indah kan. cite terengganu tak update lagi. dah nak cerita langkawi pulak kan. mood cuti is on, #kzcuticutimalaysia.

TERIMA KASIH SUDI BACA, KALAU SUKE BOLEH TEKAN LIKE DAN TINGGALKAN KOMEN. LOVE -DIJA-

4 comments:

  1. amboi..seronoknya dia beronok2..hhee

    ReplyDelete
  2. Best betul Zarif dapat ikut mama dia jalan-jalan..jeles aunty..

    ReplyDelete
  3. Beshnye zharif...Berjalan je kejenya.Bila nak dtng umah aunty sha lg.Hehe.Rajin dija pg kenduri kaweng. :)

    ReplyDelete

terima kasih bagi sepatah dua kate