Google+ Followers

~~pEnGikUt sEtiA~~


Friday, May 27, 2011

~~hotpot potatoes.. yummy2~~

yuhuuu~~
mesti korang excited nak tau beli apa kat juscokan lagi2 yang suke stalk blog aku kan?? hehe..
ade ke orang nak stalk blog aku ye? perasan je kan..hehe
gi jusco tadi sempat gak posing2 tau~~

gambar dengan adik, kat toilet pun jadi~~


sedapnya cokelat ni, kat sini mahal gile, kat langkawi murah la, kat sane tak pulak gi beli banyak2~~
ade sape2 nak belikan tak?~~

shopping2~~

aku beli bahan sebenarnye nak buat hotpot potatoes~~
pe jenis makanan la tu kan, aku try je, sebab semalam angah cari resepi nampak cam sedap je kan~~
asik nak makan makanan western je kan~~
aku dengan adik bertungkus lumus la menyediakan bhan untuk buat hotpot potatoes~~
buat dia tak la susah sangat, bahan-bahan pun senang je, ni pun resepi kitaorang dah olah sendiri mengikut cita rasa kitaorang ye~~

bahan-bahanya:

500 gram daging ayam/ lembu - didadu atau dicincang.
1 labu bawang besar - didadu
3 ulas bawang putih - dicincang
1 sudu besar serbuk kari
1 tin tomato yang dicincang.
1 sudu teh mixed herb
1 sudu besar tepung gandum
3 sudu besar air
Minyak zaitun untuk menumis
1 kiub ayam
1 biji capsicum -didadu
5 sosej
Garam

Topping:




7 biji kentang dihiris nipis. Gaulkan bersama minyak, garam dan pepper. Kalau suka kentang lebih. boleh je ye nak tambah lagi.. mengikut citarasa anda ye~~ 
Keju Mozarella

ni bahan2 yang dah siap sedia untuk digoreng ye~~

first, tumis bawang merah dan bawang putih sampai garing. Masukkan rempah kari. Kacau dengan api perlahan.

2- Masukkan tomato dalam tin. Kacau sampai sebati.

3- Masukkan ayam, sosej, capsicum, mixed herb dan kiub ayam. Masak sampai kering.

4- Campurkan tepung gandum dan air. Tuangkan dalam kuali. Kalau rasa kering boleh tambah sedikit air. Tunggu 10 minit. Sampai semuanya masak dan sebati. Boleh tutup api.

Leserkan loyang dengan minyak. Tuangkan inti dan ratakan.


Kemudian, susun kentang secara bertindan-tindan. lupe pulak nak amik gambar kentang pas dah susun2..hehe

Taburkan dengan cheese Mozarella atau pun dengan cheese biasa pun boleh. disebabkan kitaorang ni suke sangat cheese kan, tak cukup dengan mozarella, cheese biase pun kita orang tabur..hehe


Bakar dengan suhu 180'C selama 50 minit atau 1 jam. tapi kalau korang nak lebih sedap, supaya cheese tu macam tak hangus kan, mula2 tabur cheese dulu, bakar dalam 30 minit, pastu baru korang letak lagi cheese and sambung bakar semule.. baru la cheese dia tak keras sangat ye~~

tengok la hasilnya~~
tadaa~~


rupe memang buruk sikit, tapi sedap tau..hehe..
wahida pun langkah kanan tadi kan dapat la merasa hotpot potatoes dengan tart telur yang angah baru jugak cuba buat amik resepi kat internet, sedap kan, kan? hehe


lupe nak amik gambar tart telor la..hehe
amik pas dah potong separuh..hehe





tart telur yang sedap~~


selamat mencuba ye kawan2~~
daaa~~





TERIMA KASIH SUDI BACA, KALAU SUKE BOLEH TEKAN LIKE DAN TINGGALKAN KOMEN. LOVE -DIJA-

1 comment:

  1. I think I prefer the egg tart although half is already gone.

    ReplyDelete

terima kasih bagi sepatah dua kate