Google+ Followers

~~pEnGikUt sEtiA~~


Monday, April 14, 2014

Happy 6th months old and happy eating khalil zarif

Sabtu lepas 12.4, zarif dah genap 6 bulan. Happy 6th monts old sayang comel mama.  Yeaahhh saat saat dinantikan telah tiba. Mama excited nak bagi zarif makan, bukan mama je yang excited papa pun excited jugak. untuk pertama kali zarif makan ni. Zarif makan masakan air tangan mama tok la. Sebab kebetulan kitaorang memang ade kat jb. Mama tok la tolobg masakkan bubur dan carrot blend untuk zarif.dapat la mama relaxkan. Mama zarif suapkan zarif makan jela. Zarif baru 6 bulan jadinya makan Bubur kosongje tanpa letak gula atau garam. Nak biasakan zarif makan sayur, jadinye untuk permulaan masak bubur dengan sayyr dulu. nanti bile rajin buat puri buah pulakkan.

Search2 resipi tadi macam best jugak buat bubur carrot campur dengan kurma. Ni dah mintak mama bawakkan kurma sebab mama nak datang sini ari rabu ni, mama zarif malas nak beli sendiri. reaksi zarif pertama kali dapat makan? Dia memang diam je, makan dengan khusyuk, sampai habis, diam dan berhemah, tak menjerit2 bila nak nganga je mulut. Sebab masa anak buah aku dulu 1st time makan siap gigit2 sudu ingat sudu tu pun makanan, lepastu makan dengan mulut bising. Zarif pandai makan, tak gigit2 sudu. Memang licin la satu bekas tu setiap kali makan tu. bafi zarif makan dua kali sehari. Ada kawan tu cakap anak dia 2 3 suap lepastu dah tak nak makan tutup mulut je. Alhamdulillah zarif tak macam tu, dia berselera makan.

Sebelum ni kan mama tok zarif yang buatkan bubur. Mama zarif relax2 tak tengok pun macam mana nak buat bubur. bile dah balik mersing kene buat sendiri hah baru padan muke terkial kial kan. 1st time buat pagi tadi mungkin sebab air kurang lepastu bila blend macam tak hancur sangat jadinya tak berani nak bagi zarif makan banyak. Bagi 3 4 suap pastu buang je. Petang tadi masak lagi sekali baru la hancur sebab letak air lebih. Tapi lepas ni nak kene letak carrot banyak banyak la. Carrot macam kurang tadi warna pudar, bagi lebih rasa manis carrot tu kan. Biar makan sayur banyak kan. Senang zarif nak yak yak nanti. Esok dah plan nak beli sayur dekat pasar lambak. Nak tukar bagi sayur brokoli atau cauli flower pulak dengan letak kentang. Untuk surirumah macam aku seronok kot masak hari hari, lagipun tak susah pun nak masak bubur. Terus masak untuk dua kali dia makan sehari tu. Kalau yang keje nak jimat masa buat la banyak banyak terus kan simpan dalam peti ais. semoga mama zarif terus rajin masakkan makanan best best untuk zarif. Makin sihat la zarif lepas ni kan makan banyak. Rabu ni nak timbang dan cucuk 6 bulan ♡ tak sabar nak tau zarif dah bape kg.
Tapi nanti bile nak pergi cuti cuti malaysia minggu depan nak beli makanan segere je la untuk zarif, senang sikit nak jalan. Harapnya zarif sukela ♡

TERIMA KASIH SUDI BACA, KALAU SUKE BOLEH TEKAN LIKE DAN TINGGALKAN KOMEN. LOVE -DIJA-

2 comments:

terima kasih bagi sepatah dua kate