Google+ Followers

~~pEnGikUt sEtiA~~


Saturday, April 5, 2014

Kepandaian Baru khalil zarif

Seronok kan tengok anak membesar di depan mata. Bersyukur diberi kesempatan menjadi seorang mama dan membesarkan anak sendiri. Jadi seorang mama buat pertama kali bukannya mudah untuk aku yang tak berape nak reti handle baby ni tau. Tapi lama lama semakin hari dah menjadi satu keseronokan tengok anak membesar dengan sihat.

Khalil zarif pandai senyum
Masa aku dalam pantang zarif pun baru beberapa hari tak pandai lagi nak main nak di agah agah. Senyum pun senyum dalam tidur je mimpi tuan puteri agaknya. Kadang sampai ketawa berbunyi dalam tidur betapa comelnye geram je dengar tau. Bile dah pandai senyum, di agah agah, masa tu dah nak masuk 3 bulan. Dah bertambah seronok sebab ade kawan nak berbual kan. Dia bercakap bahasa dia sorang2, seronok je dengar. Masa ni la seronok buat video dekat instagram kan. Ni semue kenangan yang patut
disimpankan ♡

ni gambar awal awal zarif pandai senyum. pandai senyum bile di agah agah

dah 5 bulan zarif tak tumbuh rambut lagi

Khalil zarif pandai meniarap
Zarif pandai meniarap masa 3 bulan lebih dah nak masuk 4 bulan pun masa tu. Lagi 4 ari macam tu. Kali pertama dia nak meniarap bukan main teruja mama papa dia, lepastu dia pun macam usaha keras macam susah gila la nak meniarap tu, pastu tangan tertindih tak reti nak betolkan. Tapi ari ke dua, banyak kali dah dia meniarap dengan senang gila je dia buat. Tangan pun dah reti betolkan sendiri. Pastu ape lagi asik nak meniarap je la kan, pastu bosan penat menangis. Tapi bila dah pandai meniarap mencabar la kan, lagi bila zarif susu badan, tengah malam terutamanya cari nenen kan sampai termeniarap. Akhirnye tertido sambil meniarap. Siang pun macam tu jugak. Sekarang dia memang suke tido termeniarap sendiri, sambil mamai2 tak boleh bukak mata, mama dia tepuk bontot tertido balik. Memang nak ketawa tengok gelagat zarif ni. Masa pandai meniarap ni la mungkin sebab aku pun tak berapa perasan dia pandai tido mengiring. Masa mula panfai mengiring dia suke mengiring sebelah kiri je. Sekarang sebelah kanan boleh sikit2 la tapi dia lagi suke sebelah kiri la. Menelentang semule baru baru ni reti. pandai main golek golek. tapi belum selalu tunjuk bakat lagi.
ni first time meniarap sendiri. tengah berusaha gigih

hari kedua dah pandai meniarap. angkat kepala pun dah tinggi sikit

Khalil zarif pandai makan tangan dan jelir2 lidah
Masa sebulan lebih tu zarif dah tak pakai sarung tangan. Tapi papa dia la tolong potongkan kuku, aku memang tak reti bab bab ni. Memang takot. Dan aku rasa papa dia memang terer lagi jaga baby dari aku. Bagus juga tau bile ade orang lagi terer dari kita kan. Tak la kekok sangat nanti. Bila dah bukak sarung tangan. Mula la zarif isap isap jari siap bunyi pecak pecak macam lapar gila. Tapi bagi susu bukan nak pun. Mama dia siap la beli puting nak sumbat konon siap beli anti jongang la yang tak rosakkan lelangit la, zarif tak suke dia tolak tolak puting tu. Simpan je la puting tu. Masa 4 bulan lebih dia dapat kepandaian menjelir lidah.  Masa tu fikir nak tumbuh gigi kot,  gatal gusi kot, tapi sampai sekarang tak tumbuh pun lagi. Pastu dah tak jelir lidah pun. Mungkin masa tu dia baru tau eh panjang jugak lidah dia, tu dia nak try keluar keluarkan kot :p tapi tibe tibe dalam dia 5 bulam ni dapat satu kepandaian comel, kembung2 kan pipi mulut buat bunyi2 macam menyembor. Video tu ade letak kat instagram. Sekarang lagi kerap dia buat macam tu ♡
suke jelir lidah

suke makan tangan

Khalil zarif pandai pegang botol
Zarif tak nak pegang botol sendiri. Kiranya dalam 5 bulan la baru dia nak pegang botol sendiri, tu pun sekejap sekejap je. Zarif kalau dengan mama dia memang dia tak nak pegang botol sendiri. Pegang kejap lepastu dia lepas balik tapo aritu balik kampung macam nak tunjuk konon terer pegang sendiri boleh pulak nak pegang. Tapi bila kat rumah nak jugak mama pegang kan. Hai la anak -_-

boleh je nak pegang sendiri

bile manja jadi macam ni la. mama dia kene pegangkan

Khalil zarif pandai usik barang
Ni kepandaian baru zarif dapat ahad minggu lepas. Sebelum ni mama papa makan dengan senang hatikan. Hari ahad tu letak zarif atas meje abis tangan dia tolak tolak semue barang atas meje. Semue dia nak usik. Letak atas walker sebelum ni dia duduk diam. Ni semue permainan atas walker dia nak usik. Barang atas meje dah pandai usik2. Rajin la anak mama mengemas lepas ni -_-



*12.4 zarif genap 6 bulan. Lagi berapa hari je. Mama dah tak sabar nak bagi zarif makan ni. Dah beli sudu comel yang aku nak sangat tu. Beli kat marrissa shop rm49, tu paling murah la aku jumpe. 
Sekarang pun zarif macam terliur tengok mama dia makan. Mulut dia pun mengunyah ngunyah bile tengok kitaorang makan tau ♡ perkembangan tiap anak berbeze beze, ada yang cepat dan lambat sikit. Jangan marah atau pakse anak pulak sebab jiran sebelah punye anak dah pandai merangkak. Dua pupu zarif yang beze 8 hari je dengan zarif bukan main laju lagi merangkak. Zarif bontot berat kot, ni baru nak je nak pndai angkat angkat bontot. Lepas ni penat la mama nak mengejar zarif merangkak kan♡

TERIMA KASIH SUDI BACA, KALAU SUKE BOLEH TEKAN LIKE DAN TINGGALKAN KOMEN. LOVE -DIJA-

3 comments:

  1. ok xpuas baca pasal Zariff aaaaaaa..nak suruh update manyak2 nanti kesian mak nye haa..jehehe..

    ReplyDelete
  2. homeynye pic die jelir lidah tu..geram nk gomol2..

    ReplyDelete
  3. xsabar aunty nak jumpa zariff raya ni taw!!comey la.......

    ReplyDelete

terima kasih bagi sepatah dua kate