~~pEnGikUt sEtiA~~


Wednesday, April 30, 2014

Happy birthday to me and hadiah birthday

7Seronok sangat berjalan ke langkawi bile balik mood menghupdate ke laut eh tertinggal kat pantai kat langkawi agaknye. Nak cerite pasal langkawi kene betol betol rajin nanti ye. Dari hari isnin patut nak update pasal birthday tapi dah penat jalan jadi malas pulak. Semalam pun malas. Jadinye ari ni merajinkan diri la nampaknya. Rajin pun malam baru nak update kan.

28. April, genap umur aku 26 tahun. Alhamdulillah diberi kesempatan menjadi isteri dan mama adalah hadiah terbesar yang tak boleh dibeli di mana mana. Encik suami tak pernah buat surprise pun untuk birthday aku, dia bukan jenis yang reti nak surprise2 ni. Tahun ni encik suami buat surprise, bukan makan malam romantik tutup2 mata tu ye. Encik suami amik cuti masa birthday aku. Tu je la surprisenye. Tapi surprise tu kire buat aku terharu jugak la. Best la. Sebab encik suami cuti hari tu rasalah macam hari tu specialkan. Kalau encik suami kerje mesti rasa hari tu macam tak ade ape ape yang special berlalu macam hari hari biase tu kan, berkain batik duduk rumah jaga anak *tipu sangat*

Dah puas jalan kat langkawi. Sabtu baru balik rumah, kitaorang macam tak reti penat. Isnin nak sambut birthday macam tak ade apela kalo sambut kat mersing je kan, sambut la kat jb. 2 jam perjalanan macam 20 minit je kan. Sebab hari yang special kononnya. Tak ade pun makan tempat surprise2 ni. Pilih la sendiri. Jadi aku pilih la makan kat tgi friday. Bagi orang yabg selalu makan kat situ nampak biasa je kan, tapi pada aku yang baru pernah makan dua kali je kat situ ianya tersangatla special. Special ni pada aku bende yang jarang didapatikan. First time makan tgi friday birthday aku dua tahun lepas dengan encik suami yang belum jadi suami masa tu. Tu lagi kenangan tak boleh lupe. Siap kene berdiri atas kusi tiup lilin bagai fuhhh berpeloh mak tau. Kali ni tak nak la kek kek bawak kat tgi, malu la i dah jadi mak mak ni *kononnya*

Dah siap makan makan. Jalan jalan kat cs cuci mata. Mungkin pada orang lain tu nampak macam biasa je.Tapi pada aku hari yang istimewe disambut dengan orang orang yang istimewe akan jadi lebih lagi istimewe kan. Aku rasa tu tahap encik suami dah cukup sweet dah untuk aku♡

Hadiah pun dengan tak malunya aku mintak sendiri. Wooiii tak mintak tak dapat la kan. Sebulan lebih awal dah survey aku nak hadiah ape. Hasilnye yeahhh time birthday tepat pada masanya bende yang aku nak dapat. Aku nak instax share. Sebelum ini pakai camera instax tu kan, selalu kadang lupe nak amik gambar la, senget la. *tapi aku sayang gile camera tu encik suami gak bagi, dah nak masuk 3 tahun dah*. Guna instax share dapat la aku print gambar zarif yang beribu kat hp boleh simpan dalam album. Excitednye nak guna. Film dah beli 15 kotak dah tapi tak sampai lagi tetap tak boleh guna kan -_-


TERIMA KASIH SUDI BACA, KALAU SUKE BOLEH TEKAN LIKE DAN TINGGALKAN KOMEN. LOVE -DIJA-

No comments:

Post a Comment

terima kasih bagi sepatah dua kate