Google+ Followers

~~pEnGikUt sEtiA~~


Wednesday, April 9, 2014

Musim bunga

Tak payah pergi jepun la kan kalau malaysia pun ada musim bunga kan. Pakat ramai ramai post kat instagram dengan caption seronoknya musim bunga di jepun. Siapa taukan tipu ke betul. Tapi gunakan khidmat photographer yang profesional lagi la orang terkagum sekejap sebab percaya kat jepun kan. Caption berangan sangat kan. Tak payah pergi jauh naik kapal terbang nak amik gambar musim bunga kat jepun kan. Dekat dengan kawasan rumah aku pun ade pokok yang berbunga tu. Serius sebelum duduk mersing aku tak pernah tengok pun pokok ni. Memang jakun kan. Ade tak yang jakun macam aku jugak? Pindah sini baru aku dapat tengok depan mata pokok ni. Cantik rupanya, ada warna putih dengan purple pink. Rasa macam baru 3 hari aku perasan berbunga lebat tapi semalam tengok bunga bunga banyak yang berguguran. Musim bunga dah nak habis dah. Jadinya tak nak la ketinggalan nak jugak amik gambar syok sendiri dengan pokok tu. Tanya encik suami berapa kali dalam setahun berbunga macam ni. Encik suami cakap setahun sekali. Ye ke? Kene tunggu tahun depan la zarif dah boleh berjalan baring baring atas bunga kita photoshoot lagi ye.



aktiviti sihat di petang hari kat mersing ni kan berjalan di tepi pantai je la. Amik angin laut sampai zarif tertido tido la sambil berjalan tu. Bosan jugak tak ade shopping mall ni. Nasib la dekat dengan jb. Hujung minggu ni nak balik jb ♡

TERIMA KASIH SUDI BACA, KALAU SUKE BOLEH TEKAN LIKE DAN TINGGALKAN KOMEN. LOVE -DIJA-

No comments:

Post a Comment

terima kasih bagi sepatah dua kate