Google+ Followers

~~pEnGikUt sEtiA~~


Friday, April 11, 2014

Kepandaian baru Khalil Zarif 5 bulan

Sebelum ni dah update entry kepandaian baru khalil zarif. Tapi disebabkan dulu kemalasan nak tulis blog. Dah tak berapa ingat bile dia start pandai buat macam tu. Jadinya agak agak je dia reti masa 2 bulan lebih, 4 bulan lebih. Untuk elakkan aku yang pelupa ni lupa tiap ujung bulan atau zarif dah masuk bulan baru nak update entry kepandaian zarif. Untungla zarif esok dah besar boleh bagi isteri baca semue cerita tentang zarif kan. Bukak je tag khalil zarif kan. Nanti anak anak seterusnya harap mamanya rajin la nak update kongsi cerita pasal anak anak beserta gambar. Kenangan tu.
Esok zarif dah genap 6 bulan. Jadi penghujung 5 bulan ni nak cerita kepandaian baru bagi khalil zarif. untuk bulan ke 5 ni banyak jugak perkembangan baru zarif, banyak dah bende yang zatif dah pandai.

Pandai bergolek golek bile nak pakai baju.
Bila dah siap mandi ni la, anak mama jadi macam kambing golek. Sebok nak bergolek. Tapi tak la bergolek sangat pun, cume bile nak pakai baju mesti dia akan meniarap. Ya Allah memang susah la nak pakaikan pampers dia aiii. Tapi mama zarif yang bijak dah dapat satu cara. Zarif penakot tau dia takot bile aku buat bunyi monster bunyi argghhhhhhh. Nanti mesti dia akan cebik cebik. Video tu ade share kat instagram. Jadinya bile dia cebik2 dia diamla kan. Dapatla aku siapkan dia. Kadang kalau dia takot siap menangis nangis la. Kadang cebik cebik, pastu lupe balik nak meniarap balik, mama zarif pun jadi monster balik, cebik balik dan seterus2nye. Tapi comel je tengok dia cebik2, nanti bile kita buat macam tak ada ape teros main suka suka dengan dia hilang cebik teros suke. Comelnya la anak. Nasib la dapat mama kuat menyakat tapi dah kene warning dengan papa jangan buat macam tu lagi haha time pakai baju wajib buat kalau tak tak telanjang bulat la anak aku kan. Tapi sekejap je la zarif takot sekarang mama aaaaaaaaa macam monster dia tak takot pun. Tapi ade masa zarif sensitif jugak tengah pakai baju dia nak berpusing cakap haip haip dia nangis siap berair mata. Sensitif betol zarif ni kan.

Pandai main cak cak
Awal awal dulu tak sabar bile la zarif boleh main cak cak. Pagi pagi buta papa dia balik keje zarif terjaga boleh pulak dia suke suke tengok papa dia ada. Pukul 4 pagi kot masa tu. Lepastu gelak gelak main. Main cak cak dia suke, tapi dia akan lagi suke kalau cak tu kuat sikit bagi dia terkejut. Zarif ni ade 2 versi ketawa, satu ketawa tanpa suara satu lagi kekeh2 ketawa. Kekeh kekeh tu selalu didapati di malam hari je, kadang tengah malam baru nak kekeh2 suke. Time ni main cak cak memang dia suke gile la. Time siang main dia ketawe biasa biase je, tanpa suara. Encik suami pesan dah main cak cak dengan zarif tak payah jadi monster. hoho tapi zarif dah tak takot monter pun kan.

Zarif pandai mengesot mengundur ke belakang
Zarif tak pandai merangkak lagi. Dia baru pandai mengundur je. Encik suami cakap biasanya budak pandai mengundur dulu mungkin lagi senang nak tolak ke belakang. Tak pe zarif perlahan lahan ye sayang. Lepas ni boleh la merangkak pulak ♡

Esok zarif dah boleh makan. Tak sabar nak bagi makan tengok first reaksi zarif bila suapkan makanan kan. Video comel zarif yang takot monster ade aku upload kat instagram. Malas nak update kat blog. Gambar hiasan nak letak jugak la. Sebab bosan entry tanpa gambar kan.

TERIMA KASIH SUDI BACA, KALAU SUKE BOLEH TEKAN LIKE DAN TINGGALKAN KOMEN. LOVE -DIJA-

3 comments:

  1. waaahhhh....zarif dah nak makan!hana bulan depan baru leh makan.aunty xsabar dah ni.nanti mama zarif kongsi la preparation sebelum zarif makan ya :)

    ReplyDelete
  2. Apa instagram dija..meh follow fiqa...id:sfeeona

    ReplyDelete
  3. Ala2 comeynyer...takut ngan ngan monster mama..hehe...azwa pun pandai cebik2...comey sngt ngan suara2 bila lambat bg susu..ehhehe...geram kan bby ni...

    ReplyDelete

terima kasih bagi sepatah dua kate