Google+ Followers

~~pEnGikUt sEtiA~~


Tuesday, April 8, 2014

Khalil zarif suka swimming

Dah dua kali bawak zarif swimming bila balik jb. Sekali tak bawak pelampung jadinya kene pegang je la kan bagi dia main air. Petang tu air pun tak sejuk sangat jadi dia seronok la swimming. Sekali lagi bawak pagi. Mule mule masuk tu bunyi eak eak jugak la. Lepastu bila dah masuk semue dengan pelampung dia dia okey. Suke la dia dapat berkayuh. Nak swimming tempat yang dalam tau. Tempat kanak kanak susah nak kayuh sebab kaki cecah lantai. Tapi tempat dalam sentiasa diawasi la. Lepas ni nak selalu bawak zarif swimming la ala ala anak syeikh muzaffar gitu kan. Disebabkan excited nak amik gambar zarif berenang segala, mama zarif tak de la nak berenang kan.
 
Sebelum tu pernah berangan jugak nak bawak zarif pergi baby spa. ketahuilah mama zarif memang senang terpengaruh, lagi bile tengok kat instagram irine dia bawak medina pergi berenang kat spa, tambah lagi jakun dan teruja nak bagi zarif try. kebetulan jalan kat sutera mall, kat situ baru bukak baby spa, alang alang saje je la lalu kan nak tengok, tengok dulu la konon, baru bukak jadi ade lah offer massage dan swimming rm70++. tu offer tu kalau tak offer berapa entah kan, Terasa sangat membazir kan. Pergi swimming kat kolam besar zarif free je tak payah nak bayar bayar pun, massage mama zarif je la buat haha tak buat pun. orang dewasa pun bayar rm5 sorang je kat kolam yang kitaorang pergi tu. Dapat swimming lama2 kan. puas hati. Tapi baby tak boleh swimming lama pun setengah jam cukup la. Selamba zarif dalam kolam tak pakai pampers pun. Kencing sudah semestinya kot dalam kolam tu, yang penting jangan yak yak je dah la.
  
 
ni masa zarif pertama kali pergi swimming. dengan pakai spender je, selamba je kan zarif. dia excited. sebab air tak berape sejuk. 
 
ni kali kedua pergi swimming. zarif dah ade baju renang dengan pakai pelampung
 
Baju swimming tu mama tok hadiahkan. Beli kat hong kong haritu. Pelampung beli kat mersing. Rasa nak buat business jual pelampung la. Ade sape2 berminat? Meh beli hoho macam jual betol betol je kan.
 
Psss ujung bulan nak pergi bercuti. yeaahhh Zarif boleh la berenang lagi ♡

TERIMA KASIH SUDI BACA, KALAU SUKE BOLEH TEKAN LIKE DAN TINGGALKAN KOMEN. LOVE -DIJA-

11 comments:

  1. ala....comeynya zariff swimming!!!aunty baru dok planning nak bawa hana pergi swimming taw!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aunty eika bawak la hana swimming. Mesti hana excited dengan mama dia sekali excited ♡

      Delete
  2. baby dija dah besar dahhhhh,,,hehe,,,lamenya tak bw..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah yana. Dah nak masuk 6 bulan dah ♡

      Delete
  3. Anak ana bila mandi je..suka sangat kalau badan dia terlentang macam swimming...baru 28 hari..cadang nak bawa dia pergi belajar berenang juga la

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ana biasakan dari awal mesti dia tak takot air nanti ♡

      Delete
  4. salam dija!!
    wah bestnya teringgin ni nak bawak anak berenang2 gak..tp umur berapa boleh start ajar ank berenang eh??? Dija dah lama ni ayeen cari pelampung tu.. kat kl ni puas cari tak jumpa pun.. nak kirim leh?? hehehehe

    Jemput singgah blog ayeen ye..
    http://ayeenmuhammad.blogspot.com/2014/04/ayeen-kembali-support-me-please-rakan.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam ayeen. Dija ade baca yang baby seawal usia 6 bulan diaorang dah boleh menyelam tanpe air termasuk dalam hidung atau mulut. Pandai tahan nafas sendiri. Jadinye baby ayeen dah boleh dah kalau nak bawak berenang. Pelampung tu cube ayeen cari dekat jusco pun ade. Kalau tak jumpe add dija kat wechat id dijahz. Boleh kirim kat dija :)

      Delete
  5. Ammar berenang kat rumah jer..Saya takut nak bawa dia berenang kat swimming pool awam..takut tak bersih

    ReplyDelete
  6. bru saila perasan, zarif dah besar..nmpk dah besar dah dia..hehehe :)

    ReplyDelete

terima kasih bagi sepatah dua kate