Google+ Followers

~~pEnGikUt sEtiA~~


Sunday, April 20, 2014

Khalil zarif jumpa baby jepun

Cite minggu lepas tapi biasalah aku slow sikit bab bab mengupdate. Konon nak kene pilih banyak dangat dalam draftkan. Rajin menaip sekarang ni. Draft dulu takot lupe nak cite pasal apekan. Sebab rasenye sekarang aku makin pelupe. Faktor usia barangkali. Ceh padahal end of this month baru nak masuk 26 je pun, macam dah tua sangat bunyinya kan.

Minggu lepas aku balik jb. Kebetulan kakak jepun yang suami dia keje kat utm sama dengan babah dah bersalin anak ke dua. Dia bersalin kat hospital sultanah aminah. Masa lepas aku bersalin dulu dia tanye la pasal hospital tu senang nanti bile dah sakit tak la terpinga pinga. Yang bestnye senang cakap dengan kak motoyo ni sebab dia pandai cakap dan paham cakap kita. Kalo suami dia, dr akira memang payah la nak paham ape dia cakap, bahasa melayu pun tak paham, english pun susah nak paham. Dah jalan jalan pagi tu pergi aeon bukit indah la sebab dah lame tak pergi, pastu pergi obw nak cari baju cuci cuci mata. Balik petang tu rehat2 jap, lepas asar baru la pergi melawat baby. Dia bersalin 5 april. Masa pergi tu baby dah hampir seminggu kot. Aku pun tak kire.

Nama baby: chihiro
Berat:3.02kg
Gender:boy

Kawan zarif la ni. Tapi sebab lain tahun jadi adik la kan. Comel je baby jepun tu. Bile tengok baby baru lahir ni kan, rindu masa zarif baru baru lahir.  Serius tak tipu. Rasa cepatnye zarif dah membesar. pejam celik dah setahun pun kan. Tapi nak ke setahun dari masa pantang sape cakap tak mencabar. Mencabar gile. Tapi bile dah lepas serius rindu. Takpe ade rezeki nanti tunggu adik adik zarif pulakkan. Tapi bukan dalam masa terdekat. Tunggu zarif pandai jaga adik dulu haha takpun pandai mintak adik nanti baru mama papa usahakan kan haha

Post gambar kat facebook adik dengan sepupu aku komen cakap zarif lagi nampak jepun. Mungkin sebab zarif lagi putih kot. Tapi ikot jepun chihiro la lagi jepun. Jepun mata sepet.  Zarif korea ok. Korea mata bulat. *tolong mama zarif perasan* haha

Minggu depan mesti slow update sebab #kzcuticutimalaysia okey. Siap nak hashtag bagai. Nanti cari kat instagram hashtag tu tau haha tapi aku private instagram. Harap maklum haha blog je yang tak private. Sebab tulis untuk suke suke. Instagram dengan facebook rasa dah ramai yang mengarot. Tapi kalau kawan blog nak add boleh je.
Menu masakan untul zarif hari ni bubur + kentang + kurma. Zarif suke je makan ape ape yang aku bagi. Happy sebab sejak makan ni zarif memang hari hari yak. Serasi kot dengan makanan2 tu. Mama zarif memang bagi sayur sayur je. Cume tukar tukar sikit je. Pasni nak cari labu la pulak. Buat entry tak letak gambar macam tak lengkap kan. Nak letak gambar zarif dengan baby chihiro ♡




TERIMA KASIH SUDI BACA, KALAU SUKE BOLEH TEKAN LIKE DAN TINGGALKAN KOMEN. LOVE -DIJA-

2 comments:

  1. aiyoo grm nya tgk mata zarifff.
    bulat gitttttu

    ReplyDelete
  2. zariff dh beso... comel je.. kck2 lagi dh ada kawan jepun :)

    ReplyDelete

terima kasih bagi sepatah dua kate