Selamat tahun baru cina bagi yang menyambut tahun baru cina. Gong Xi Fa Chai. Orang melayu tak sambut pun tapi seronok sekali tumpang cuti kan, penohkan kesesakan jalan raya kan :) Disebabkan hari cuti seperti biase la aku pun akan kemalasan mengupdate blog, tapikan disebabkan tak nak menghampakan peminat blog aku iaitu encik suami yang dah bertanya bila nak update blog pasal hello kitty, bila nak update cerita bali, makannya aku pun mengiggihkan diri la mengupdate blog *tapi korang pun mesti rindu jugak tunggu aku updatekan? wekkk muntah pink. cuti ni pun aku tengok dashboard aku slow je, korang pun berjangkin penyakit malas aku jugak ya?*. Ketahuilah korang di saat korang semua bercuti, tapi encik suamiku bekerja seperti biasa. pagi tadi encik suami whatsapp gambar hospital hello kitty, sekarang encik suami di bahagian kanak kanak, tu encik suami amik gambar dari wad kanak kanak. aku pun balas sepatutnya doktor kene pakai baju hello kitty la kan. Nanti mesti kanak kanak lagi teruja, cepat sikit sihat kan? ke diaorang semua tak nak balik? nak duduk hospital lame lame, sebab comel sangat :)
gambar hopital hello kitty encik suami whatsapp
Oh aku memang sangat teruja dengan bende bende comel ni tau. Hari sabtu lepas, disebabkan encik suami kerje malama, adik pulak ikot balik johor, jadinya kami pun plan nak pergi hello kitty town. Yela, kalau aku pergi berdua je mestila tak bestkan sebab tak ade orang nak amikkan gambar berdua aku dan encik suami kan. confirm penoh muke aku sorang jekan, seperti biasa posing syok sendiri kan. kami pun ajak anak mak ngah aku, izzah. budak budak mestilaj teruje nak pergi tempat macam ni kan. tapi rasanya aku lebih lagi teruja dah macam kanak kanak jugak. Nak share keterujaan aku ni, hari sebelumnya aku dan adik berjalan jalan terjumpa la pulak baju i love hello kitty, auwww teros beli okey, ade tiga warna pink, hitam dan putih. haruslah aku pilih colour pink, memang boria la dengan adik kan. tapi ade kami kisah? bangga je pakai baju sama kan.haha mestilah aku nak beli baju untuk encik suami jugak, tapi kalau beli colour pink macam boria bertiga pulakkan, aku pun beli colour hitam, disebabkan aku yakin encik suami kurus aku pun beli la size m. Malangnya bila cube kat rumah m tu macam muat2 pulak kat badan, memang nampak fit sangat, tau yang encik suami akan jage hati aku dia akan pakai je nanti. tapi bila encik suami cakap, dahlah pakai baju hello kitty kan ketat pulak nanti orang pandang encik suami macam euwww..haha teros tak jadi kan.
Hello kitty town ni sesuai untuk pengemar colour pink dan juga kanak kanak dan yang rasa diri masih kanak kanak. Nak jugak beli baju hello kitty untuk izzah kat shop sebelum masuk hello kitty town, tengok harga sampai RM89.90 teros tak jadi la. Tapi sebelum pergi dah pesan kat mak ngah pakai kan izzah baju warna pink tau haha tolonglah perangai tu.
untuk tiket, kami masuk hello kitty town + the little big club, harga rm85 seorang, kanak kanak pun sama je, sebab kanak kanak yang lebih mainkan. tiga tahun kebawah je free. mula la terasa nak pergi lagi bawak dua orang anak sedara aku tu :) Lagi berbaloi kalau masuk dua dua tau.
Sanrio Hello Kitty Town | Adults / Children | RM 65.00 | RM 50.00 | |
The Little Big Club | Adults / Children | RM 65.00 | RM 50.00 | |
2 Park Pass | Adults / Children | RM 110.00 | RM 85.00 |
ni harga tiket aku amik dekat website Puteri Harbour Family Theme Park.
nanti masa sebelum masuk dia akan pakaikan gelang dan bagi passport. bila kita masuk setiap tempat passport kita akan dicop, maknanya setiap tempat boleh masuk sekali je la kan. masuk sekali pun dah puas sebab aku memang duduk lame tiap satu tempat tu.
*ni contoh passport kami*
sempat snap picture izzah dan adik je main
kebetulan siap je main ade hello kitty, ape lagi tak nak la lepaskan peluang, teros beratur nak amik gambar. mintak tolong pekerje kat situ amikkan gambar. dapat la gambar beramai ramai.
next, kami masuk hello kitty house, sebelum masuk cop dulu. sekarang mase untuk bergambar. kat hello kitty ni la banyak tempat bergambar. memang teruje abis, tiap sudut aku nak amik gambar.
kerusi hello kitty yang comel
pura pura main piano
meja makan hello kitty, kalau warna pink mesti lagi comel kan
pintu hello kitty
dapur hello kitty, kalau dapat dapur macam ni memang rajin masak la aku
peti ais hello kitty yang comel
dapat bilik air macam ni pun comel jugak kan, nak bathtub hello kitty
shower pun cantikkan
bilik tido pulak
pakaian hello kitty demok demok
wajib amik gambar kat cermin
bilik tido yang comel, nanti nak buat bilik tido anak perempuan macam ni
almari pun comel
letak cermin macam ni dalam bilik :)
sebelum keluar sempat main game. padahal jawab satu soalan je. hoyeahh excited.
kebetulan masa keluar tu ade show tau, riuh rendah kat liar hello kitty house, teros kitaorang tengok show baru start.
sempat jugak posing
hello kitty kawai :) sape la ade dalam hello kitty ni kene puji dengan aku haha
lepastu dia panggil budak budak untuk menari sekali. izzah pun nak join sekali. barulah aku nampak keterujaan izzah, selalu muke tak ade perasaan je. hehe nasib dia tak ajak orang tua, kalau tak aku tak malu sekali menari, dija sila kawal diri okey haha
Mari ke nail salon.
nampak tak encik suami begitu berbakat tolong kilatkan dan warnakan kuku puan isteri. ni la kalau dapat suami yang suke melayan bende macam ni. dah siap colour ade tempat keringkan kuku lepastu tampal sticker kat kuku. *nail remover tak disediakan, korang bawak la bekal, nanti boleh bersihkan sebelum nak solat*
kuku dah siap warna
mari tunjuk kuku yang dah siap ditampal sticker
ni la hasilnya yang encik suami buat
Destinasi seterusnya hello kitty cookie studio. dia dah sediakan biskot, colour je sendiri biskot dengan chocolate dan strawberry mengikot kreativiti. lepas 10 minit boleh makan.
posing dulu sebelum colour2 biskot
ni la hasilnya. penoh chocolate sebab aku suke chocolate kan. yang comel je tu encik suami punya.haha
keluar dari situ ade show lagi. hello kitty menari nari, tukar tukar baju. tapi bertri handphone pulak kong. kecewe je. pengajarannya sebelum pergi pastikan anda charge handphone or camera okey :)
seterusnya kitaorang pergi costume dress up and photo studio hello kitty.
aku mengada nak jugak baju kotak kotak, melody nama binatang ni. adik dengan izzah jadi hello kitty. encik suami tak tau la binatang apa ni. binatang apa yek? :p
Next, jewellery making. ni senang je dia bagi rantai masukkan je loket yang mana mane korang suke. aku pilih bunga pink, dengan aiskrim sebab mestilah encik suami punya aku yang dapat kan. bile keluar izzah nak bunga pink aku, dia nak tukar, terpkasalah aku mengalah dengan budak budak, dapatlah aku bunga biru. terserlah kematangan aku disitu haha
izzah nampak taman nak main dulu kat situ. sementara encik suami layan izzah main. aku dengan adik pergi toilet.
sempat snap picture sebab toilet pun comel.haha
last sekali kitaorang masuk black.wonder hello kitty. sebelum masuk dia tanya nak main ke nak jalan jalan je. kitaorang pun pilih nak main.
main macam mana, korang kene la try pergi dan main okey. disebabkan jawapan kami betol, dapatlah kami certificied. hoyeah :)
lepas main baru kami bergambar dalam tu.
dah complete, passport kami dah bercop semue hoyeah
next kami ke tingkat seterusnya, the little big club. kat tingkat dua ni banyak taman je. jadinya kami ke tingkat atas sekali, kat situ banyak permainan yang mencabar sikit la untuk kanak kanak haha tapi aku yang penakot ni gayat jugak la.
peace konon, padahal kat atas aku menjerit ni
Dah main main mestilah lapar kan, beli fries dan wedges. wedges dia sedap la, harga pun tak mahal sangat tau. tak mahal aku memang okey tau sebab aku tak suke bende mahal okey
turun balik tingkat bawah sebab 3.30 ade show lagi. posing dulu kat sini. budak2 kene ikot tikus ni menari. comel je kan. siap tu diaorang boleh amik gambar dengan tikus. aku nak amik gambar jugak, tapi macam budak2 je amik gambar haha tau malu kan
sebelum balik ternampak barney kami pun amikla gambar
ni depan rumah barney, tapi tulisan tak nampak pulak
aku bawak palaroid, ade beberape gambar amik guna palaroid. aku nak beli satu buku comel comel, nak tampal gambar gambar buat macam travel log la :)
konon nak pergi sampai tengah hari. sampai dekat pukul 4 jugak la baru kitaorang keluar. memang puas hati sangat la.
posing depan cafe kat tingkat bawah sekali
balik tu dengan pakai baju hello kitty teros pergi dewan dekat rumah, kawan sekolah rendah aku kahwin. masa ru dah dekat pukol 5, dapat la makan jugak, ayam dia sedap, siap dapat bawak balik nasi ayam tau. tu la rezeki orang lambatkan. sempat salam dengan kawan aku, tapi tak sempat amik gambar. aku siap makan diaorang dah tak ade, outdoor photoshoot agaknya.
tapi aku sempat suruh encik suami amikkan gambar pelamin, sebab aku suke sangat pelamin tu. cantik sangat kan, siap ada piano tau. sukenya dengan pelamin ni.
psss sori la entry panjang berjela dan gambar banyak gila tak hingat. aku pun dah penat type ni. hoho
bestnya dija!!!
ReplyDeletesemua pink okey...gerammm nengok
we kan suke pink jugak.. :) pergila we ajak ur hubby, pasti berbaloi tau :)
Deletecomel giler. tak sabar nak pg hello kitty town ni hehe
ReplyDeletecha pergila dear.. memang tak rugi tau sebab comel la boleh amik pic banyak2 :)
Deletehahaha. pjg entry tp penoh pics. best2!
ReplyDeletemcm berbaloi giLe nih! rs nk g gk.iskk2
kan sya panjang gambar pulak tak hingat, muntah pink orang tengok.. nanti kalau pergi johor gi tau hello kitty :) datang umah dija jugak..hehe
Deletepengsann... johorr??? jauh nye...!
DeleteasaL xwat kt KL nih (tetibe.haha)
wahhh...bestnyer..semua hello kitty..cute sgt..
ReplyDeletebest dear.. thanks follow me, dija tak boleh nak follow aqila, tak ade link dear :)
Deletemcm2 ade ek...dari dapur..blik..smpai bilik air..teruja sngtlah tgok..mcm tu xnk dah kuar rumah..hahahhaa
ReplyDelete