~~pEnGikUt sEtiA~~


Tuesday, February 19, 2013

Cerita Cinta Kami Ke Bali (Part 1)

Hamboi kerlas sangat tajuk kan. Alhamdulillah hari ni baru aku diberi kekuatan untuk mengarang pasal percutian kami ataupun honeymadu eh honeymoon di bali. Amboi nak mengarang perlukan kekuatan bagai kan, mestilah bukan mudah untuk menepis segala sifat kemalasan mengarang tu kan. Seperti yang anda sudah sedia maklum, yang tak maklum ni aku nak habak mai *aikk tetibe tukar loghat kan* kami ke bali 3 hari empat malam aikk? empat hari tiga malam la dari hari jumaat, 1. Feb dan pulang ke Malaysia tanah air ku pada hari isnin 4. Feb. Bukan bedua je ye kami ke bali, mama babah pun kami bawa jugak bersama, eh sebenarnye bukan kami yang bawa mama babah, mama babah yang bawa kami tau, kire macam mengacau pulak kitaorang nak ikot jugak mama babah. Thanks juga kepada my babah yang dah mensponserkan tiket kami berdua, makanya kami tak payah la bayar harga tiket *uolls jangan jeles* cuma bayar airport tax dan dapat la naik MAS untuk kali ini. Kalau nak jimat korang boleh je booking tiket AirAsia dari sekarang. Kira tiket ini sebagai hadiah kahwin la, oh indahnya hidup kan. Kat sana pun kitaorang tak ade amik agent untuk dibawa berjalan jalan, kalau travel yang including tour tu kan jadualnya mungkin lebih padat dan harga lebih mahal kot. Dan di bali biaselah tempatnya akan dipenuhi dengan melawat temple temple, patung patung budha disebabkan kat sana agama budha Hindu diaorang tersangatlah kuat. Jadinya untuk hari hari jalan amik teksi je, pilih je tempat nak pergi mana. Kami menaiki pesawat dari Kuala Lumpur ke Bali pada jam 915 pagi dan tiba dibali jam 12.15 pagi. Perjalanan mengambil masa tiga jam. Tiga jam bagi aku same je perjalanan dari johor ke Kuala Lumpur, ikotkan aku boleh je aku nak bantai tidur je kan. Tapi kononnya tak nak la tidur kan. Jadinya aku pun menonton wayang di dalam pesawat *wayang la sangat*. Pilih pilih cerita, tengok hantu kapcai sebab ketinggalan tak pernah tengok lagi, layan je la. Gambar dalam camera babah, tak sempat nak transfer, tak dapat la nak tengok gambar aku yang sedang menonton tu. Tapi separuh cite je pun aku tengok, lepastu ape lagi zzzzz la aku. Untuk waktu di bali dan Malaysia, waktunya sama sahaja, tiada perbezaan waktu ya.

Entry pembukaan ni aku nak share hotel penginapan kami sepanjang di Bali *highly recommended* *haruslah promoter tak berbayar kan*. Untuk hari pertama tak banyak tempat yang kami jelajahi, sebab dah petang kan. Hotel yang kami diami terletak di bandar denpasar. Mule rasa macam kecewe jugak la, sebab kebiasaannya kan orang akan menginap di Kuta, sebab boleh jalan jalan tepi pantai di petang hari dan juga boleh cuci mata sambil membeli belah di bandar kuta kan. Tapi kami memilih bandar Denpasar. Babah juga yang pilih hotel dan booking hotel. Perjalanan dari lapangan terbang ke bandar denpasar tu sebenarnya tak la jauh sangat, tapi korang yang biasa bercuti ke indonesia ni paham paham je la, aku rase memang semue tempat di Indonesia memang macam tu, perjalanan jadi begitu lama disebabkan jalan jem, had laju yang boleh dibawa 60 km/jam je, bukan boleh tapi tu je yang mampu, sebab kenderaan terlalu banyak dan keadaan jalan raya tu. Aku yang duduk kat belakang ni mampu ape? mampu tido je la. Nak tengok pemandangan pun tak la cantik mana pun, keliling jalan tu memang macam jalan kampung, sempit, penoh dengan rumah dan kedai, hotel pun banyak. Bile lalu kuta tu baru rase owh tak la cantik mane pun hotel kat kuta ni. Bila sampai je kawasan hotel tu rasa teruja habis la, cantik rupanya hotel ni, Hotel yang menjadi pilihan ialah All Seasons. Hotel ni masih baru dan murah okey, untuk korang yang nak berjimat boleh la pilih hotel ni. Untuk satu malam cuma dalam RM 150 sahaja tau. Mungkin sebab bukan di Kuta, tapi masih juga di bandar, bandar Denpasar pun okey, untuk korang jalan dekat dekat tapi tak dapat la nak beromantika di malam hari di tepi pantai.

Argghh peduli ape aku tak dapat jalan tepi pantai, yang penting hotel ni murah dan cantik gile tau. Warna warni gituw. Tapi hotel kat bali ni tak tinggi tinggi pun, hotel ni empat tingkat je. Memang semua bangunan diaorang rendah rendah, kepercayaan dia kot, encik suami yang cakap. Kalau korang nak kepastian google sendiri hokey, aku malas.

terkejut bile sampai hotel cantik bagat sih


Reception / Lobby
ni lobby dia, aku pinjam dr mr google. tengok lobby pun dah jatuh cinta kan

Exterior
ni keadaan di luar hotel. Thanks to Mr Google

Restaurant / Dining
ni kat ruang makan

kemudahan yang disediakan kat bawah, nak guna internet boleh, tapi bila dah ade wifi tak heran pun nak guna komputer ni

Luxury / Deluxe room
ni gambar salah satu bilik di all season, cantikkan warna hijau

Double Room
tapi bilik aku bukan berupa macam ni

ni la rupa bilik aku

twin room, pic from mr google. mane boleh tidur jauh jauhkan, rapat kan jugak tilam, tapi sakit jugak la bile malam tido terselit kat celah celah tempat yang renggang tu haha


ni selepas katil tilam dirapatkan. Tilam je yang boleh gerak.

mug pun cantik. colourful.

kerusi purple di bilik yang cantik

sempat posing sebelum turun bawah. sebab kat sini pun cantik

depan lif yang colourful


sempat we all posing kat lobby tau

tapi ade jugak yang tak bestnya. Bilik air tak ada bath tub okey. mengada nak bath tub bagai, kat rumah tak ade, mestilah nak kan hehe. ikotkan masa babah booking dia cakap rm150 exclude breakfast. Tapi bila tanya lagi dia kate termasuk breakfast. Jadinya makan free je la kan. Tapi rasa ni hotel kepunyaan china bukan islam ya, jadinya kami tak makan la mee hoon ke nasi goreng ke, tengok orang kat hotel tu yang bertudung tu selamba je makan. Kitaorang cuma makan coco crunch ngan susu, roti, telor boleh order dia teros buat. Tapi nak berkomunikasi nak mintak telor mata kerbau eh ke telor mata lembu ya? *confius* tu pun satu hal jugak, misscommunication, last last diorang bagi telur rebus pulak, bantai la kan, Asal telor. Hotel ni terletak di bandar denpasar, jadinye berdekatan hotel tu ade je kedai makan halal dan juga boleh makan pizza ht. Pizza kat sini halal ya. Korang boleh check kat website untuk memastikan kesahihannya. Untuk tengah hari kami mama yang masak. kitaorang kalau pergi mana mana memang bawak bekalan makanan dalam tin, beras, periuk nasi, serunding, bawang goreng. Campurkan je makanan dalam tin dengan nasi, makan sekali. Sedap woo lagi puas hati, jimat pun jimat, yang penting halal dan korang pasti puas hati. Ni antara tips korang nak jimat kalau nak pergi negara orang lagi yang susah nak cari makanan halal kan,

ni la makanan kami berhari hari. tiap tengah ari makan yang sama, selera je aku.

Untuk malam tu kami makan di kedai berdekatan hotel. Aku makan bakso dan minom jus alpokat. Rugi woo kalau pergi indonesia tak minum air alpokat kan, korang mesti try hokey. Air alpokat tu air avocado ya kawan kawan. Kat sini mana nak dapatkan? memang la ade je kat wong solo tu. Tapi segelas sampai rm6. Kat sane separuh harga je pun. Minum la puas puas kalau pergi Indonesia ya. Antara tempat yang aku dah pergi Jakarta, Bandung, Padang, Surabaya dan Bali. Tapi Bali tu kali pertama kali la. Ada rezeki lebih boleh ajak encik suami pergi lagi, tapi bukan bali la. 

Okey untuk yang masih lagi confuse nak booking hotel mana kan, Boleh la Booking All seasons  Denpasar. Pati anda berpuas hati. 
Nanti aku sambung cerita tempat yang dah kami lawati hokey. Entry panjang sangat nanti orang pun muak dan mual baca. Aku pun dah mual type entry ni.

TERIMA KASIH SUDI BACA, KALAU SUKE BOLEH TEKAN LIKE DAN TINGGALKAN KOMEN. LOVE -DIJA-

13 comments:

  1. salam kenal

    seronok yer honeymadu eh honeymoon ke bali...

    ReplyDelete
  2. thanks kak follow dija, dija dah foloow akak balik.. salam kenal :) akak bawak la anak anak jalan2 tapi bali tak sesuai untuk budak budak :)

    ReplyDelete
  3. bestnyer....seronok juga kan g ngan mak n ayah....mmg colourfull lah hotel tu..ceria sngt kan...dijah pun comel je ngan bj tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. puan mah ape lagi pergi la berhoneymadu pulak..auww seronok kalau pergi dengan family, lagi meriah. thanks puan mah malu i kene puji, tau baju tu yang cantik..hehe

      Delete
  4. bestnya hornymoon.. nak jugeekkkkkkk.. jeles mak... haha. happy nye dia.. :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. haip tak mo jeles, pas ni sarah nak honeymoon berpuluh kali pun boleh :) jalan dengan suami haruslah happy :)

      Delete
  5. cantik giler hotel tu u. murah pun murah. hotel kat bali mmg murah2 banding kt krabi kawan i ckp

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah cha, dija rase tempat lain pun ade seasons jugak tau, cha tengok la mane tau tempat cha nak pergi ade all seasons gak boleh pilih hotel ni :) tapi kalau kat kuta mahal sikit mungkin sebab dekat ngan airport dan tepi pantai :) bestnye teringin gak gi krabi

      Delete
  6. wah, bestnyeee... tiket sponsor.. kelasss kau jah.. hahaha...
    anyway, p tempat org mmg sronok.. nak2 bile g ramai2.. hadoiiii.. teringinnn.. teringinnn.. camne nih?? hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ape lagi malam ni aizu kene pujuk en suami ajak berjalan la, honeymoon lagi :) haruslah best bile ade orang bayarkan..hehe

      Delete
  7. Dija...comelnye hotel tu.Beshnye dapat sponsor tiket.Beshnye honeymoon.Hehe.Sume beshla. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe kan besh kan, pas ni sha pulak honeymoon. dija memang suke gile hotel ni, sebab tu dija recommend kat korang :)

      Delete
  8. menarik.... nak kena ajak orang rumah repeat Bali ni....

    ReplyDelete

terima kasih bagi sepatah dua kate