Selesai aktiviti mengemas rumah sampai mengeluarkan peloh bolehla berehat sambil tonton tv sambil hupdate blog ni. Nak update habis cerita bali ni, hari ni teros cerita hari ketiga di bali iaitu hari ahad dan last day di bali, senang entry 2 in 1. Untuk hari ni seperti hari sebelumnya kami menyewe teksi. Pemandu teksi nak bawak pergi tengok temple lagi, tapi kitaorang tak nak la, semalam dah satu hari tengok temple kan, kitaorang nak habiskan aktiviti hari ni bershopping je la.
Mula mula pak supir bawa kami ke tempat lukis batik dan jualan batik ala ala Noor Arfa batik kat Terengganu *sori terlupe sangat nama butik batik tu apa hoho, nak bagi info tapi tak jelas kan hoho* Batik ni mereka lukis sendiri. Dan untuk harga pada aku tak la mahal sangat sebab ianya batik lukis kan, harga untuk baju batik lingkungan 80 ke atas la. Rasanya kat arfa batik pun aku tak jumpe harga yang macam ni. Tapi aku sekadar tengok je la, tolong mama pilih tshirt batik yang cantik harga tak sampai rm100 pun tau. Aku memang terer bab menyuruh orang beli la, yela rugi la tak beli batik bali dengan harga murah kan.
Selesai cuci mata tengok batik batik, kami ke krisna. Tapi kat krisna ni harga dah memang fixed jadi tak boleh la nak tawar menawar ya. Tshirt pun tak best sangat. Harga lebih kurang ole ole je. Kat sini aku beli keychain banyak banyak je.
\
gambar dari mr google sebab sebok shopping sampai tak ade masa amik gambar
Kami teruskan destinasi menuju ke dreamland beach. Kat sini pun orang tengok sunset jugak. Tapi disebabkan semalamnya dah tengok sunset kat tanah lot, makanya hari ni sekadar tengok pantai dan orang yang ramai. Yang tak bestnye jugak kat pantai ni pun ade anjing. Sama jugak kat pantai kuta haritu. Rasa tak bestkan.
nampak betapa ramainya orang kan
sambil sambil tengok orang kitaorang order la jus alpokat, kat sini satu jus alpokat 20000 Rupiah, kat dengan hotel kitaorang tu barula 9000 Rupiah, dua kali ganda harganya.
yummy
Balik hotel malam tu kitaorang makan pizza hut je sebab dekat dengan hotel. Nak makan kat situ ramai pulak orang jadi terpaksa la take away makan kat bilik. Aku order lasagna dan encik suami order pasta. Yummy sedap jugak la :)
Last day flight pukol 4.15 petang tapi bertolak awal dari hotel, pukol 11.00 dah ke airport. Sebab jalan kat indonesia kan selalunya macit je, jadinya biarlah menunggu di airport lama sikit pun kan.
sebelum keluar hotel sempat posing dulu pakai baju baru beli tau. i love bali gituw.
posing dulu kat airport sebelum check in
posing dalam flight
First time pergi bali, rasenye eh bukan rasa memang lepas ni tak nak la pergi bali dah nak pergi tempat lain pulak sebab sini banyak temple je pun tak sesuai dengan jiwa la. nampak sangat jiwa nak pergi shopping je kan haha Bali ni pun tempat shopping yang menarik kurang, banyak bende yang sama je jualnya.
psss tibe tibe kan semalam cakap dekat encik suami rasa nak pergi pulau pulak la. bila dan pulau ape yang menjadi pilihan? tunggguuuuuu..
jemput baca:
ala keychain untuk i takde? huhu. bali is always my dream place to go. one day insyaallah u :)
ReplyDeletecha gi pujok hubby celebrate annivssary maybe..:) nak keychain meh bagi alamat dija post :)
Deletebyk temple ker?? aLa..xbest r cm2.. Sya kLw nk honeymoon nk carik tmpt yg bLeh shopping skali. Bali xbyk tmpt shopping best kan..hoho
ReplyDeletehaah kalau nak honeymoon sya pilih tempat lain la, bandung or jakarta best gak.. memang shopping sakan la..hehe
Deletewaaa... best2! lepas ni, g mana pulak? seronok kan jalan2 ngan hubby. hehe
ReplyDeletedija, mintak tlg follow blog baru kita herbalife2gether.blogspot.com
tula lepas ni macam planning nak gi pulau la dear, teringin pulak.. ok zura i will follow ur new blog.. gud luck dear :)
Deletehehe thanx dija! pulau?? leh snorkling la...
ReplyDelete