Hari ni pertama kali selepas dua bulan kahwin bersahur bersama sama dengan en suami, masa sebelum kahwin pun kami tak pernah bersahur bersama. Tahun ni dah tahun ke 9 bersama tapi bila dah kawin ni baru la dapat bersahur bersama. Tengok muke en suami makan masa sahur dengan muke toye lagi tak bermaya tapi comel okey *dah puji laki sendiri*. Terima kasih encik suami yang sanggup menemani aku berpuasa hari ni. Dah kene start mengganti puasa ni, sekarang ni kita tak sedar je, cepat je masa berlalu. Tak nak la buat last minit sangat kan, kalau buat awal awal ni boleh la puasa seminggu sekali kan. Bile ade orang teman lagi la semangat nak puasa kan. Disebabkan malas nak bangun terlalu awal untuk masak sahur, malam tadi siap siap aku dah masak untuk sahur. First time buat mee hoon goreng, selak buku resepi, mee hoon goreng singapore jadi pilihan. Rase cam terlebih black papper pulak, rase tak patut makan black papper pagi2, buat sakit perot pulak kan. haish kesian en suami. Aku rasa mee hoon goreng tu pun kurang rasa. Aku sebenarnya jenis yang tak berapa suke sahur, malas nak bangun, malas nak bangun pagi, tapi disebabkan aku sekarang cepat rase lapar, rasa lapar yang tahap kalau tak makan pun perot berkeroncong dan terus masuk angin. Makanya sahur adela jalan terbaikkan, dapat pahala sahurkan :) jadinya bangun pukol 5 pagi aku cume panaskan mee hoon je. Ni dah start nak kene fikir nak masak ape untuk berbuke nanti, en suami dah la balil pukol 7 lebih, mesti azan masa en suami dalam perjalanan balik rumah. Suri rumah macam ni la hari2 kene fikir nak masak ape woo.
psss Minggu ni best sebab en suami tak ade shift malam *gedik*
saila pun ada gtau suami nak ganti puasa,tp xbuat2 lagi..huhu..saila dh la mls bgn sahur..huhu
ReplyDeleteselamat mengganti puasa.
ReplyDeleteselamat bersahur.
hehehe..