Walaupun kebiasaannnya di hari rabu aku akan mengambil kesempatan dengan tajuk entry wordless wednesday, tapi buat entry panjang berjela tak macam wordless pun, disebabkan semalam dah kene sound dengan encik suami kan, dia cakap tak payahla lepas ni nak buat wordless wednesday tu, lepastu entry panjang jugak *lebih kurang macam ni la ayat en suami selepas aku olah sikit kasi nampak lebih dramatik, haha*, kita ni bila orang dah tegur mestilah tak boleh diterima kan, jawapan senang je, ala kan senang buat tajuk wordless wednesday, tak payah fikir tajuk entry kan. Part paling susah nak buat tajuk kan bile dah mengarang panjang berjela kan. Makanya sebelum ni aku mengambil kesempatan pada wordless wednesday. Tapi dah kene sound macam tu tak nak la aku gunakan wordless wednesday, kecuali betul betul nak tepek gambar je kan tulis sebaris ayat *korang jangan sentap sekali pulak, ni untuk aku sebenarnya*
Dah dah aku nak sambung entry semalam. Siapa yang belum baca dan nak tau hotel mana yang best di bali, boleh la klik [sini]. Untuk entry ni masih lagi mengisahkan hari pertama ketibaan kami di bali iaitu pada hari jumaat bersamaan 1 Feb. Sampai kat hotel yang colourfull tu, rehat rehat dulu sambil menonton TV, hah lupe nak cakap semalam, yang lagi best ni kan, hotel ni semue siaran ade, dah macam astro la, semue yang movie ade *HBO antaranya*, untuk kanak kanak ade *disney*, rancangan diorang sendiri, tv Bali, korea, macam macam la, ade 50++ channel kot. Hotel lain aku tak pasti la kalau macam ni jugak.
Untuk petang tu kami memilih untuk berjalan di bandar kuta sahaja. Perjalanan dari hotel kami menginap ke kuta pun mengambil masa lebih kurang sejam, kami menaiki teksi. Disebabkan hotel tersebut ade wifi, jadinya sebelum keluar tu google dulu tempat shopping mana yang best dan murah murah. Ramai yang tulis mengenai Pasar Seni, Kuta dan pasar seni berdekatan dengan Matahari( antara shopping mall yang ada di bali). Tapi seriusly aku bosan gile jalan kat pasar seni, sebab banyak sangat kedai dan semue kedai tu jual barang yang sama je, nak masuk pun macam tak ade hati tau bile macam tu. Jadinya aku dengan en suami sekadar melalui je pasar seni tanpa singgah pun mana mana kedai, kagum agaknya encik suami dengan kecekalan aku yang tibe tibe tak ade nafsu shopping *Tahniah untuk diri sendiri*. Relax la kan baru hari pertama. Tapi kalau korang nak pergi pasar seni tu jalan la semue kedai, rajin rajin tawar, mungkin boleh dapat lagi murah dari tempat lain. Kalau korang tak suke tempat sesak duit pulak berkepuk kan shopping je la kat Matahari, situ pun banyak jugak barang tapi harga standard shopping mall. Untuk hari pertama aku berjaya tak beli ape ape pun.
gambar dari Mr Google, jalan jalan kat pasar seni ni lupe nak snap picture. Tapi nampak kan semue barangan yang dijual sama je kan.
Disebabkan tak ade perasaan nak membeli jadinya kami teroskan perjalanan menuju ke pantai. Pantai kuta ni berdekatan dengan pasar seni. Senang je nak jumpe pantai ni, tak sempat penat la, tapi ramai gila la orang, bukan orang je ramai, anjing pun ramai jugak yang berenang renang di tepi pantai. Makanya kami amik gambar dari jauh je la.
Kami teroskan perjalanan ke Matahari pulak.
gambar dari Mr Google
Sepanjang perjalanan ke Matahari melalui kedai kedai seperti Giordano, Etude, Billabong, Rip Curl, McDonalds dan macam macam lagi la. Balik tu sempat beli aiskrim McFlurry kat McD harga cuma RM3++ sahaja tau. Beli aiskrim McFlurry banyak banyak bawak balik Malaysia ar haha.
Daripada jauhkan nampak kedai strawberry tu comel kan warna pink lagi nak jugak suruh encik suami snap picture :)
wah sempat lagi kan posing depan fitting room kat Matahari sementara mama nak tengok tengok baju.
Balik tu teros je pergi makan dan balik rehat rehat di hotel. hari seterusnya kita sambung esok ataupun esoknya atau esok esoknya la ya. Tengok tahap kerajinan. Lagipun sekarang tak berapa larat nak hadap laptop lame lame haish
jelesnya tgk org honeymoon smpi oversea ;)
ReplyDeletedear pun boleh jugak gi nanti :)
Deletebestnyer jalan2 kat tempat orang...ala...xbestlah pntai ade anjing..takutlah mcm tu..huhuhu
ReplyDeletehaah puan mah tu tak best bile ade anjing, dah la takot tak selera pulak nak lelame..hee puan mah gi la honeymoon pilih tempat len la..hee
Deletejalan je keje. eh, camwhore je keje.
ReplyDeleteyg xtahan hubby rajin melayan (tolong amikkan). hehehe. comeL gile! =)
haah sya hubby sekarang memang suke amikkan gambar je kejenye, dia tau isterinye gile gambar hee
DeleteWahh...kagum sebab dija dapat menahan nafsu shopping.Hehe.Banyaknye esok. ;)
ReplyDeletehaha sha kagum kan? tapi untuk hari tu je la.. hari seterusnya shopping gak hee banyak esok tu update entry seterusnya pun lambat je, malas malas je hee
Deletei nak pg bali bukan apa nk shopping surf brand je mcm roxy ripcurl volcom sume tu muahah. kwn2 plak mmg ramai kaki surf yg selalu surf kt bali tu yg i meroyan nk pg tu :p
ReplyDeletehehe haah kat situ ramai gak dija tengok orang surf, dija boleh tengok je la, nak surf idok la reti..hee mungkin sane murah la kot barang surf. cha reti surf ya? :)
Delete