Google+ Followers

~~pEnGikUt sEtiA~~


Tuesday, February 26, 2013

Cerita Cinta Kami Ke Bali (Part 3)

haish semakin malas kan aku ni nak menghupdate blog, ni disebabkan kata kata kurang semangat yang nak update esok ataupun esoknya atau esok esoknyakan, memang teros esok esok esoknya la jawabnya. Nak kene habiskan cite bali ni. nanti kalau tak abiskan orang muak nak bace asik nak sambung sambung tapi entry muncul seminggu sekali je kan. jom sambung cerite hari kedua bersamaan 2.feb pada hari sabtu. Pagi tu breakfast kat hotel je, untuk makanan tengah hari mama dah siap masak nasi jadi bawak bekal masing masing letak dalam beg. dalam pukol 9 teksi yang kami sewe tiba. sebelum berjalan rancang dulu tempat yang akan kami lawati.

tempat yang pertama kami tuju ialah Taman Ayun Temple, Mengwi. Tempat ni pun kene bayar tau, tak ingat berapa 15000 kot tapi sejujurnya pada aku masuk tak berbaloi pun, kita sekadar amik gambar dengan temple je. argghh bosan. aku memang tak berseni bab bab ni. kejap je kitaorang amik gambar pastu menuju ke destinasi seterusnya. ha, sebelum pergi bali, masa jalan jalan kat mid valley kan disebabkan aku ni mengada jugak nak encik suami pakai baju warna sama dengan aku tiap tiap hari kan, hari kedua ni nak pakai warna pink jadinya aku pun belikan eh pilihkan je pun yang warna pink baju untuk encik suami, encik suami bayar sendiri. encik suami pun layan kan je aku ni, sanggup jalan dengan aku pakai baju pink tapi tidaklah pakai ke hospital. jambu sangat kan :)


we in pink :)

my lovely mama and babah



saya yang gile gambar

ramai ramai orang amik gambar siap dengan banner kat belakang tu, kami amik dari jauh je la



ni kat pintu depan, thanks pak supir tolong amikkan gambar

Destinasi ke dua sebenarnya tak la jauh dengan tempat pertama yang kami pergi tu, tapi mak aii jalan kat indonesia paham paham je la, sepanjang perjalanan aku tidur je pun, tak kisah ape pun haha bangun bile lapar makan biskot bekalan, burok perangai. Destinasi ke dua ke Bedugul. Pura Ulun Danau Bratan. Temple dia kat tasik. Sebelum masuk tu kan ada kedai jual jual barang yang best best jugak la. Untuk kali ni dapatlah aku beli selipar i love bali 10000 je pun, rm3++ je, rugi tau kalau tak beli, buat selipar pakai kat dapur dah pun :) dan dapat la beli baju i love bali tapi ala ala tshirt pagoda kainnya. murah je pun bawah rm10 gak :)

selipr yang dah pakai kat dapur

Untuk masuk ni pun kene bayar jugak tapi tak ingat pulak harga tiket berapa. ramai jugak la orang, *semue tempat kat bali ni memang ramai orang*. Disebabkan dah tengah hari perot masing masing pun dah lapar kan, mestilah nak duduk makan, ada pulak pondok kosong, terus je duduk situ. sebelum masuk babah dah beli ayam goreng kat kedai depan tu, buat tambah lauk. Kebetulan masa duduk makan tu hujan lebat pulak kan. ramai la menyewekan payung, satu payung 5000 je sewe. kitaorang duduk2 je tunggu hujan rede sikit baru jalan jalan kat situ amik gambar. kebetulan hari tu ada majlis keagamaan diaorang tau, berarak la diaorang sebelum hujan tu, kitaorang duk kat pondok, makan jela.

mule mule sampai panas, nak amik gambar tak boleh bukak mata

kita makan dulu

duduk duduk kene la amik gambar kan



temple kat belakang ni la gambar temple kat duit Indonesia

ni la gambar temple yang ade kat duit 50 000 rupiah. pic credit to Dr Singa



semue orang berpayung, kitaorang je sanggup berbasahan, romatika gituw

aku rasa sampan ni comel tu aku nak amik gambar


view ni cantikkan :)


kat depan tu ade kedai makan islam dan ade surau teros kami tumpang solat dan minum minum kat situ.

seterusnya kami ke tanah lot. kat sini la orang cakap best nak shopping barang murah dan boleh tengok sunset kat sini jugak ada temple *bali memang temple je tempat yang akan dilawati*. tu la yang paling best aku rasa, sebab dapat tengok sunset, lagi aku yang tak pernah tengok sebelum ni, seronok jugak la. Nak beli barang kat tanah lot ni korang kene pandai la tawar, barang akhirnye boleh dapat separuh harga la kalau pandai tawar la. i memang serupe itu mak cik makcik suke tau tawar tawar ni :)

hasil shopping dapatla aku beli gelang, untuk adik beradik aku, mama, untuk mak mertua dan ipar ipar belikan kotak tisu, tapi tak amik gambar pulak.

dah siap shopping tu masuk la kawasan untuk tengok sunset. kat situ ade ular suci la, dan ade satu gua, kalau kita pergi situ nanti dia letak "nanded" *sesuke hati aku je eja, tapi korang paham kan?haha* kat dahi macam india kat Malaysia jugak, tapi diaorang guna beras, aku tengok dari jauh la, tak nak la yang camtukan.

sementara tunggu sunset tu,aku cuci mata tengok orang surfing dulu, seronok jugak la kan. Walaupu sebelum tu hujan tapi kami bertuah la jugak sebab dapat tengok sunset jugak :)



ni antara gambar sempat dirakam, sempat banyak jugak la amik gambar :)







gambar ni lengan besar


cantikkan kan

Kat tanah lot tu ada tarian tau, tarian Barong aku tak tengok pun sebab dia bukan tarian kebudayaan tapi lebih kepada tarian keagamaan. Tarian tu masa matahari terbenam. Rasa tak sedap pulak tengok bende macam tu, siapa yang kuat semangat sanggup tengok pergi la, yang tak sanggup baik tengok keindahan alam matahari terbenam lagi best. dan pesanan untuk yang beragama islam tak payah la bawak.anak anak kecil ke tempat macam tu, tak sesuai rasanya lagi budak budak boleh nampak bende yang tak baikkan. silalah elakkan bende yang buruk kan, banyak lagi tempat yang best boleh bawak anak anak. Kalau korang nak tengok tarian Barong tu blog ni ade tunjuk gambar tarian tarian tu. [Tarian Barong]

Ha tapi aku rasa yang bagusnya diaorang ni kan. walaupun tak ramai yang beragama islam tapi lebih menjaga kebersihan, kalau tepi laut kat malaysia ni kan confirm toilet mak aii kotor gile walaupun berbayar tapi kat sana toilet memang bersih tau, tu yang paling puas hati puas tau nak membuang.


malam dah malas keluar makan meggie jela, yummy

*sori tertepek gambar banyak pulak*

Jemput baca:
Cerita Cinta Kami Ke Bali (Part 1)
Cerita Cinta Kami Ke Bali (Part 2)

TERIMA KASIH SUDI BACA, KALAU SUKE BOLEH TEKAN LIKE DAN TINGGALKAN KOMEN. LOVE -DIJA-

11 comments:

  1. best3... tp pandai ea dija.. byk pic yg nyorok kat asben coz lindung dr panas.. konon2 lentok manjew le tew.. hahahah..
    *puase ke arini.. sori2.. xpe, buke nnt bli nasi kerabu yer :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan taktik gituw.. nampak sweet konon kan, boleh bukak mata sikit kalau tak panas woo..hee haritu dija buka nasi lemak, sedap wo..

      Delete
  2. wink wink wink

    bestnya jalan2 dija!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. best dear gi la ajak hubby we jejalan gak :)

      Delete
  3. bestnyaaa kak dija pegi jalan2 ke baliiii :)))

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi bali tak syok sangat la dear.. gi la krabi nadia, kawan2 semue cakap krabi ireland cantik, teringin nak gi :)

      Delete
  4. cantik giler pemandangan. sunset pun lawa. kalau i pg i taknak la tgk tarian tu mcm takut je huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan, dija paling suke kat tanah lot ni serius cantik, first time tengok sunset rase teruje sangat.. tapi tarian2 tu dija tak minat nak tengok, sebab rase takot la nak tengok :)

      Delete
  5. wuuuhuuuuu....

    ada gambar tangan kita lah kat sini!!

    hai awak!
    :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh hai awak.. kita pinjam dari blog awak tau.. thanks awak singgah sini :)

      Delete
  6. jammnashuki.blogspot.comMay 7, 2013 at 10:03 PM

    Nice sunset suke

    ReplyDelete

terima kasih bagi sepatah dua kate