~~pEnGikUt sEtiA~~


Friday, April 18, 2014

Khalil Zarif cucuk 6 bulan

Rabu lepas dah bawak zarif cucuk 6 bulan. Untuk kawasan taman perumahan aku memang appointment setiap ari rabu. Biasanya encik suami akan amik cuti untuk temankan zarif pergi klinik kesihatan. Boleh pulak encik suami lupe nak amik cuti sebab nak jalan minggu depan.  Dah amik cuti nak jalan minggu depan.  Bercuti dari ari selasa sampai ari sabtu. Yeaa zarif nak jalan jalan, zarif tak pandai excited lagi mama dia yang excited. First time nak bawak zarif naik kapal terbang ni. Zarif tak pergi oversea pun cuti cuti malaysia je.

Hari rabu tu lame pulak menunggu datang kk pukul 9 lebih pukul 11 lebih baru dapat jumpe misi, dua jam jugak la menunggu. Aku dah beranikan diri bawak kerete sendiri pergi kk, kk dekat je, jadinye berani la. Zarif nasib la jenis nak duduk dalam car seat jadinye mudah keje mama dia. Kalau jalan jauh pun duduk dalam carseat, bile dia dah bosan baru dia nangis nak berdukung. Sementara tunggu tu boleh pulak berborak borak, bile tanye duduk mane, la rupenye jiran je. Bykan setakat satu taman. Memang satu lorong pun. Nampak sangat aku tak kenal jiran kan. Dia pun bawak anak dia 10 bulan nak jumpe doktor. Dah adr kawan dah kat mersing ni dah berkenalan dengan jiran. Nama dia fyza, cikgu sekolah mrsm, zarif pun ade kawan, sebaya la, nama kawan zarif kayla. Nanti boleh main kat luar sesama kan.
Dah penat duduk kat depan dan macam panas. Zarif pun dah bosan duduk, bawak la kat bilik susu. Bilik susu sejuk sikit kan. Borak2 kat dalam tu jumpe kembar tarikh lahir zarif. Dua orang pulak tu, lagir 12.10 tapi dua2 tu lahir maghrib. Dua2 gugurl. Sebelum ni tak perasan pulak. Tula bile encik suami tak ikot banyak la aku berbual dengan orang kan. Sepanjang dua jam kat kk zarif baik je, tak meragam. Sampai orang tegur baiknye dia. Padahal kat rumah kuat jugak merengek ni. Menangis paling kuat masa kene cucuk. Bukan setakat menangis menjerit sekali. Alhamdullilah sepanjang 6 bulan lepas cucuk zarif tak pernah demam lagi. Semoga zarif membesar dengan sihat ye nak.

Berat zarif dah naik 7.2 kg. Cepat je membesar kan. Tinggi 65cm. Yang lahir lagi besar dari zarif pun sekarang zarif lagi semangat. Ni lagi la semangat bile dah dapat makan. Zarif suke makan. Bagi bubur je mesti abis. Memang hari2 buat sayur je. Malas pulak nak buat puri buah. Rasa buat bubur sayur lagi senang. Mule mule dulu buat bubur carrot lepastu buat bubur carrot campur cauliflower. Hari ni campur lagi macam macam bubur carrot cauliflower denga  kurma. Harapnye zarif suke la kan. Sejak makan ni pun dia yak yak ok. Zarif ni dulu payah berak sikit tapi tak sampai sakit perot. Selang 2 3 hari baru berak. Misi kate tak ape. Kalau dia punye najis normal dan perot tak keras tak ape. Bile dah makan ni hari hari pulak dia yak yak. Lege mama. Tu suke bagi makan sayur. Makanan untuk zarif dah siap. Ni nak masak tengah hari jap lagi encik suami nak balik makan. Masak simple jela. Masak tomyam, senang dan yang penting encik suami suke tomyam aku ♡
Nak tepek gambar selfie aku dengan zarif sebelum gi kk hari rabu. Mak beranak suke selfie ♡


TERIMA KASIH SUDI BACA, KALAU SUKE BOLEH TEKAN LIKE DAN TINGGALKAN KOMEN. LOVE -DIJA-

3 comments:

  1. Assalamualaikum. sekejap je dah 6 bulan kan.. bestnya ~~~

    ReplyDelete
  2. Yeaaahhh zarif dah 6 bulan :) dah start makan dah...sedapkan makanan 2 zarif :D hana bulan depan nak bg makan juga ni.

    ReplyDelete
  3. Pandainy zarif selfie..pndg keats skli..

    ReplyDelete

terima kasih bagi sepatah dua kate