~~pEnGikUt sEtiA~~


Wednesday, February 13, 2013

Wordless Wednesday 6


picture pinjam dari mr google

Siapa dah tengok cerita Hantu Kak Limah 2: Husin, Mon & Jin Pakai Toncit? Gimmie 5 yang dah tengok tu, yang belum tengok sila la serbu panggung wayang berdekatan *promoter tak berbayar, harap maklum*. Tajuk wordless tolong jangan buat entry panjang berjela. Aku tengok hari jumaat lepas, keluar kat pawagam hari khamis, jumaat malam teros pergi tengok. Tengok dengan encik suami, izzah dan adik. sebelum tengok wayang makan dulu ayam penyet agus yang sedap, lepastu teros je pergi u mall tanpa booking tiket. Wayang sepatutnya start pukul 8.40 malam, kitaorang sampai 8.45 malam, haruslah tiket dah habiskan. kene tunggu pukol 10.30 malam pulak, kitaorang okeylah mata boleh tahan, izzah yang baru umur 6 tahun tu confirm mengantok kan. Suruh encik suami tengok kat internet kat mana lagi ade tayangan dalam masa terdekat pukul 9++. Ada pun jusco tebrau pukol 9.30 nak booking dah full, confirm sana dah penoh kan. Akhirnya encik suami check ade pun kat pelangi leisure mall pukol 9.30 malam. Kira setuju je la masing2 sebab nak tengok jugak, berdesup pergi pelangi, sampai dalam pukol 9.30. Izzah yang tertido dalam kereta sepanjang perjalanan, bila sampai je, cakap izzah bangun, nak tengok hantu kak limah, teros segar hokey. Sementara tunggu encik suami parking, beli tiket dulu, tiket masih banyak dan kat sini lagi murah hokey, rm7 je, untuk izzah rm5 je tau. Siap bawak bekalan pashmina takot kesejukan dalam panggung wayang nanti, tak sejuk langsung pun. Sepanjang cerita dengar orang ketawa je, sebab cerita memang kelakar gila. Dan izzah langsung tak tidor tau, yang lagi kelakar, bila part hantu je teros dia berkelubung dengan pashmina, memang teros buat aku gelak je la tengok. Dalam tengah kelubong tu busy body jugak nak tau apa yang jadi tu? macam mana rupa hantu tu? hantu ada lagi tak? Tapi lege jugak la sebab dia tak ajak keluar kan bile dia takot. Dan esoknya masih semangat lagi tu nak pergi hello kitty town tu, boleh pulak bangun awal, walaupun malam tu kitaorang sampai rumah pukol 12. Kalau korang nak baca pasal hello kitty boleh klik [sini].
gambar izzah dan adik yang kecewe tiket kat umall dah abis, sementara tu amik je la gambar dekat poster untuk puaskan hati haha

pss menyampah salah gunakan wordless wednesday kan.

TERIMA KASIH SUDI BACA, KALAU SUKE BOLEH TEKAN LIKE DAN TINGGALKAN KOMEN. LOVE -DIJA-

10 comments:

  1. best ke ? kawan2 linda kate cite tu mengarut, terus terbatal hasrat nk tgok muvie ni, last2 tgok muvie die hard..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe lynda mmg mengarot jugak la, tapi best untuk kalo nak gelak2 sebab cte dia kelakar, cume dah akhir tu la byk mengarot.. tp sebab dah tau cte ni mmg sedia mngarot jadi boleh terima la..:)

      Delete
    2. Sya dgr org kate kurangg Lawak???

      Delete
    3. ntahla sebab dija rasa kat wayang tu orang asik ketawa je, maknanya kelakar la kan orang ketawa? hehe tapi boleh la kalau nak layan suke2 je sebab memang ade ubsur mengarot lebih bile dah akhir2 tu :)

      Delete
  2. best eh?kitorang dah tgk.tp rs kurang menyengat compare yang first ari tu.haha, kurang2 pun, sarah asyik tutup muka ngn kotak popcorn.haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe part yang kelakar tu best la dear.. tapi yang ni mengarot la lebih..hehe tapi cte mamat khalid mmg selalu ngarot, jadi layan jela..hee tp kalo compare ngn yg 1st, 1st tu tetap lagi best :)

      Delete
  3. sye pun da tgk..mmg klaka jgkla
    nti jnguk2 cni ye
    http://sophiepariskiosk.blogspot.com
    mekaseh..

    ReplyDelete
  4. nadia belum tengok lagi kak. bagi akak mana lagi best, yang 1st ke yang ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. dear, kalau nak hiburkan hati tengokla, tapi ade mengarot2 jugak la..hehe tapi akak lagi suke yang first, biasalah first selalu yang terbaikkan..hehe

      Delete

terima kasih bagi sepatah dua kate