Dari tadi nak hupdate tapi bertangguh tangguh, ni pun lepas tengok cite jodoh baru nak update. Suke la tengok cite jodoh, tengok keletah semue peserta dah macam tengok reality show betul betulkan, sampai encik suami pun terpengaruh layan jugak cite jodoh ni, malam ni encik suami kerje malam, jadinye kene la downloadkan cite jodoh untuk encik suami tengok *gigih ni, tapi tak start lagi mendownload, blog diutamakan, tak pe untuk bacaan encik suami gak ni*. Hari ni aku tak berapa kisah encik suami keje malam, bukan la tak kisah langsung, tapi disebabkan family aku ada di rumah, jadi tak la keseorangan di rumah kan. Yang penting esok encik suami cuti. Hoyeah boleh jalan lagi :)
Kalau cuti tapi tak berjalan duduk je rumah tak cuti la namanya, encik suami mana boleh cuti duduk di rumah jekan, makanya semalam encik suami cuti dapat la kami berjalan. Destinasi seterusnya ke singapore lagi tapi kali ni misi berbeze ya. Nak pergi singapore semata mata nak makan meatballs, biasa jalan jalan cuci mata je yang mampu. Kami bertolak awal, taakot nanti susah nak dapat parking pulak kalau lambat, perot aku pulak memang selalu je lapar sekarang ni, sampai dalam pukol 11 lebih sesuai la untuk makan teros ni. Kami tak sesat okey, walaupun tak pernah pergi ikea kat tampines, singapore. Haruslah tak sesat, guna gps kan haha Kat singapore ade dua ikea. Kami pergi ikea di tampines mungkim lagi dekat kot, aku tak tanya pulak encik suami. dan sebelum pergi haruslah encik suami dah buat research, ada meatball halal dan tak, yang halal campuran ayam dan daging lembu ya harap maklum. Sampai sana teros je beratur di line 3 sebab kat situ semua makanan yang halal, line 1 dan 2 makanan tak halal, jangan sampai silap pulak, ade pulak termakan meatballs tak halal, pastu rasa macam lagi sedap berlemak dari ikea kl pulak kan rupanya binatang comel bercolour pink kan yang korang makan.
Disebabkan ketamakan bila encik suami tanya nak berapa bijikan, aku yang bernafsu besar ni teros jawab nak paling banyak, encik suami beli la 20 biji seorang, nasib la dia tak belikan aku 20 biji 2 pinggan. Tapi aku mampu makan 16 biji, lagi 4 biji sengih sengih suruh encik suami habiskan. Ayat nak bagi lagi sedap, saja je mintak paling banyak, nanti boleh bagi abang makan banyak kan haha layan je la
saya dan meatballs 20 biji
encik suami dan meatballs nya yang dah selamat di dalam perot
sebelum balik jalan jalan la tengok perabot ikea, semue yang aku tengok yang rase unik nak beli, tapi bila tak ade rumah sendiri lagi rase tak best nak beli. In Sha Allah ade rezeki lebih ade rumah, memang best dapat decorate rumah sendirikan. Paling suke pergi bahagian kanak kanak, sebab perabot dia simple dan comel, kecik kecik tak dapat jadinya aku nak merealisasikan bilik yang comel comel untuk anak anak aku, untung kan jadi anak anak aku haha tapi decoration dan perabot haruslah ikot cite rase aku
nak katil macam ni tapi colour pink la kalau untuk gugurl biru untuk boboy :)
ni pun comel je kerusi ni boleh pusing2 rasenye
nak lampu ni tampal tampal kat dinding, bilik aku nak letak jugak *over*
comel cermin boleh bukak bukak
wardrobe macam ni comel gak, aritu nampak colour biru dan pink :)
ni aku paksa encik suami amik gambar masa aku pakai bende ni, sebab perasan comel, encik suami malu nak amik tapi terpaksa layan kerenah puan isteri, keluarkan hp snap picture laju laju *malu la tu*
Setelah kenyang makan meatballs dan dapat me refill air sebanyak 3 kali di ikea, tersangatlah berbaloi kan, nak balik macam masih terlalu awal, dengan berpandukan GPS kami mecari lokasi seterusnya iaitu Mustafa. Encik suami cakap Mustaffa ni banyak perfurme murah murah jadinya boleh la cuci matakan. Tapi masalahnya nak parking kat situ susah la sikit, nampak shopping mall berdekatan city square mall, kitaorang nak parking kat situ. Tapi parking memang penoh la, berapa kali pusing ntah, last last kitaorang decide berenti je tunggu orang mana tau ade orang nak keluarkan, tapi frust tau, bile tunggu depan orang belakang nak keluar, nak undur tibe tibe banyak pulak kereta masokkan. Bile tunggu kat hujung kat depan pulak orang nak keluar kereta lain masuk. Sampai aku dah fed up, dah emosi ajak encik suami balik, naik atas ade lagi parking rupenye, dah nak jalan keluar ni rezeki pulak ade parking kosong, dapat la masok. Kalau tak bubye la mustafa.
Mustafa ni kepunyaan India Muslim rasenya, ala ala Mydin la barang murah, dan beli secara borong. Maksudnya kalau kita beli lebih dari satu la murah. Tak pasti ade berapa tingkat, macam macam ade, dari barang makanan, perfurme, pakaian, alat elektronik dan jugak barang kemas pun ade. Banyak sangat sampai pening nak tengok, dengan ramai orang lagi.
gambar dari Mr Google
Aku nak cari chocolate Lindt, sebab teringin sangat nak makan, dan susah gak nak dapat kat Malaysia, dan mahal sikit, mane la tau kat sini ade dan murah ke kan. Tapi dah lalu tingkat makanan aku tak jumpe la bahagian yang jual chocolate. Penat jalan menyerah kalah je la kan. Dah survey jugak perfurme, agak murah la. Tapi kebanyakan dia jual lagi murah bile kita beli dua, macam DKNY Be Delicious 2 $150 tuk yang 100ml. Britney midnight fantasy 2 kotak $78. Pada diaorang tersangatlah murahkan, bile kita nak convert duit Malaysia tu yang jadi tak best kan. Banyak lagi yang aku tengok, tapi seperti yang encik suami jangkakan mesti aku lupe harga bila balik nanti, memang pun. Tunggu la kalau terase nak beli perfurme baru pergi lagi. Dah penat penat jalan sempat paw encik suami aiskrim mcd, balik dah keletihan mood pun tak berapa baik lah. Hormon tak berapa stabil memang macam ni. Singgah masjid untuk solat dulu. Tapi ade kisah yang tak best, bila encik suami tertinggal jam dia di masjid sampai rumah baru ingat. Jam tu aku yang bagi, encik suami sedih sangat sampai hari ni dia sedih makan petang aku masak pun dia makan sikit je sebab sedih lagi. Aku dah pujuk dah, pada aku tu memang bukan rezeki kita, bende nak jadi kan, maknanya tu bukan hak kita la bila Allah nak tarik balik kita kene redha kan. Harap encik suami tak sedih lagi lepas baca ni, sebab aku tak sedih bila jam tu hilang, tapi sedih bila tengok dia sedih, dan bile dia sampai tak makan macam tu. Nak bagi jela jam pink baby g tu kat encik suami kan, aku duduk rumah pun tak pakai jam :)
opps sori terbebel panjang, esok encik suami cuti, jadinya misi kami ke legoland lagi la. Nak isi travellove ke singapore la pulak
kak dijaaa, sila buat entry ke singapore pleaseee. nanti nadia nk pegi uss, boleh refer blog akak. hihi
ReplyDeletei baru nak cakap meatballs kt sane tak halal huhu nasib u dh buat research tp kwn i yg singaporean kt sane jarang jugak i tgk mkn meatballs. next time u dtg kt kl jela u senang. hee
ReplyDeleteyummy!!!! kat ikea damansara dah ada balik meatballs tew.. WE suka sgt okey!!! :)
ReplyDeletebest nye!!!! berjalan jek keje kamu! jeles2!!!!!!
ReplyDeleteamboi kemain jauhnye makan meatball.. hehe..
ReplyDeletesedapnya meatball...
ReplyDeletetertiba rasa lapar
ReplyDeleteDtg KL nanti roger ai ye.rumah ai dekat sgn dengan ikea :-) boleh la buat kawan kt KL nanti
ReplyDelete