~~pEnGikUt sEtiA~~


Tuesday, March 12, 2013

Travellove Journal

Hoyeahh, dua hari ni internet buat hal, kenape entah tibe tibe streamyx tak boleh guna pulak, bile internet tak ade ni aku pun mati kutu la tak tau nak buat ape kan. Opss tapi tu bukan alasan kenape aku dah lame tak hupdate blog ya, seminggu sekali je entry akan muncul sekarang ni kan, tu pun kalau rajin la kan. sekarang ni rasa malas je nak menaip, kadang rajin dah bukak laptop last last aku layan movie online pulak kan. Terima kasih encik suami dah call kan orang streamyx, internet pun dah okey, tak ade la bosan malam malam ni. Kalau boleh la kan malam ni nak siapkan photobook yang aku beli murah gile tu, tak sabar nak dapatkan semue photobook tu nanti *dari semalam kononnya nak siapkan, hangat hangat tahi ayam je la aku ni*

Hari ni aku nak kongsi sesuatu yang best yang aku dah buat *best pada aku la kan*. Aku dah berjaya menghasilkan travellove journal. Ape kejadahnya travellog journal ni kan? Dah berhari hari aku mencari buku yang sesuai untuk dijadikan sebagai travellove journal ni. Mase pergi jusco taman universiti singgah la MPH mana tau ade journal yang comel boleh dijadikan travellove journal. Jumpe satu journal pink ni, hardcover, dalam dia kertas putih kosong je, harga tak pasti berapa sebab plastik pun dah terbuka kan, nak tanya pun malas dan ade tinggal yang tu je, jadinye tak ape la tengok kat tempat lain dulu. Tapi dalam hati ni memang aku berkenan gile dengan buku tu sebab rase cover dia comel dan warna pink pulak memang rase nak beli sangat la. Tapi pendamkan niat dulu sebab tengok sorang sorang, kene tanya pendapat encik suami dulu.

Beberapa hari lepas tu kami pergi lagi sekali MPH tu untuk tunjuk kat encik suami buku yang aku berkenan tu. Nasib la encik suami tinggi dapat la capai buku yang kat atas sekali kan, journal yang sama macam yang colour pink tapi bersize besar sikit dan colour biru. Ada satu je, tapi kami tak teros beli pun kononnya nak tengok kat mph lain pulak, mungkin la ade colour pink yang bersize besar macam tu ke kan. Tapi cari kat mph lain memang tak jumpe pun journal macam tu. Akhirnya hari semalam alang alang beli barang keperluan dapur kat jusco masuklah mph nak cari buku buku sebagai bahan bacaan *sekarang rajin membaca kononnya* kami pun tengok la sekali lagi journal tu sebab kali ni memang nak beli. Kononnya nak beli yang kecik colour pink tu, cari cari dah tak jumpe mungkin dah ade orang beli agaknya, jadinye kami buat keputusan nak beli yang journal colour biru tu. Serius cantik gila tak rugi pun beli. Terima kasih encik suami yang rajin melayan kerenah puan isteri yang suke mintak macam macam ni.

Travellove journal ni adalah perjalanan cinta kami mengelilingi dunia *ceh, dunia la sangat*. Aku saje je nak bagi nama travellove journal, terpulang kat korang la nak bagi nama buku korang apa pun nanti, buku masing masing kan. Travellove journal ni boleh merakamkan kenangan kenangan manis ketika kami berjalan kemana mana tak kira la di dalam Malaysia ataupun luar.  Buku ni boleh simpan buat kenangan nanti tunjuk kat anak cucu okey, bangga anak cucu kami ada atok nenek macam ni kan yang kaki jalan ni kan. Gambar gambar yang diambil menggunakan camera polaroid pink yang comel tu, tiket kapal terbang boleh la tampal dalam travellove journal ni. Kan berguna Polaroid yang korang beli untuk amik gambar tetamu nak tampal dalam guestbook tu kan, tak ade la lepas kahwin teros dah tak pakai kan, dan gambar gambar tu pun tak ade la kita letak sepah sepah tak tau dah nak letak kat mana. Kan lagi best bile kita tampal dan simpan teros letak dalam buku, setiap tempat yang kita pergi kita ada letak gambar kan. Bestkan macam tu. Korang boleh start buat dari sekarang. Kalau korang rajin boleh DIY journal tu, dalam pun letak kertas kosong tu jekan, bukan susah sangat pun. Untuk aku yang tak berapa nak rajin ni beli je la teros kan. Journal tu berharga RM19.90. Aku tak buat la karangan panjang dalam tu, malas nak tulis panjang panjang, biasa kalau pergi mana manakan dah update kat blog, untuk cerita panjang anak cucu aku boleh baca kat blog ya, dalam journal tu aku cume tulis tempat tempat yang kami dah pergi, simple je pun kan. Banyak juga tempat yang kami dah pergi bersama, tapi bila tak ade gambar teros keluar ni untuk ditampal tak best pulak nak tulis kan. Antara tempat yang kami dah pergi bersama lepas kahwin ni, bukit tinggi, PD, melaka, desaru, Singapore dan Bali. Aku start dengan Bali, tempat tempat lain tu kene ajak encik suami pergi lagi la untuk amik gambar guna polaroid *mengada gile kan*

ni la gambar travellove journal aku yang comel tu:





Sebenarnya travellove journal ni diinspirasi dari yuna, sebab aku pernah tengok yuna post kat instagram dia tour journal, dia tampal jugak tiket flight dan gambar, tapi dia tulis panjang berjela kan, aku malas tak la macam tu. 


Disebabkan aku rase comel sangat dia buat macam tu, jadinye bile dah kawin ni rase nak buat jugak *aku memang pantang tengok bende comel ni, mudah terikot ikot jugak*. Tapi best la boleh simpan sebagai kenangan kan dan terima kasih encik suami suke menyokong aku buat bende bende macam ni, love you.

TERIMA KASIH SUDI BACA, KALAU SUKE BOLEH TEKAN LIKE DAN TINGGALKAN KOMEN. LOVE -DIJA-

20 comments:

  1. bagus tau buat camni. nanti anak cucu kita boleh tengok balik. kita pun kalau tengok mesti sengih-sengih je hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan tu la dija tak rajin pulak nak tulis panjang2 nanti bile rajin sikit nak tulis panjang2 untuk bacaan sendiri, boleh senyum sorang2 dah macam diari kan, tapi tak tulis hari2 rajin sikit :)

      Delete
  2. good idea! rajin betul dija ni..! neway, lamanya x update belog.

    ReplyDelete
    Replies
    1. heee surirumah macam ni la zura, ade je bende rase nak buat tapi kadang termalas pulak nak update blog tu yang tak update :)

      Delete
  3. alololo dija...comey sgt eh buku teww..suka2
    untonglahhh jalan2 pastu boleh jadikan kenangan kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah we dija suke sebab buku ni comel sangat, we buat la jugak jom beli kat mph.. boleh jadi kenangan bila we jalan2 dengan hubby

      Delete
  4. best2....nk kn ade juga....seronoklah tgok....t le citer kat anak2..hahhaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. puan mah yang kreatif cepat diy journal puan mah... mesti cantik gile, nanti update tau :)

      Delete
  5. hai dijah! lama xnmpk dijah :)) tau2 je share psl journal.. saila dah la suka buku2 ni..mmg terbaik lah dijah share idea mcm ni..thank you dijah! muah,muah..hehe..sejak dah tua2 ni jarang sgt pegang buku..mana tau dgn ada journal mcm dijah, rajin pegang buku blk..hehe :D

    tulis dgn sharpie ke yang? hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai saila.. tula dija sekarang dah macam chipsmore pas ni kene rajinkan diri hupdate ni..hee idea yang baik mestilah kene share tau :) buat tau saila, saila kreatif mesti lagi cantik ni.. dija tulis tajuk je pakai sharpie tu, tertembus tembus dakwat tu kalao tulis pakai sharpie, kene pakai pen biase je dear hee

      Delete
  6. dijaaa:))hee

    bestnye idea tu..cam nak ikut jugakkk je heee...boleh kan;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh dear.. bende best mesti kene share, teha buat la jugak, nanti update tau :)

      Delete
  7. Replies
    1. kan MG dija pun suke dengan hasil sendiri haha bangga pulak

      Delete
  8. bestkan ada journal mcm ni.skrang ada journal utk baby je.utk dating2 ngn husband takde buat pun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe pasal baby lagi comel.. tu pun nanti dija kene buat jugak..hee

      Delete
  9. hahaha shomelll. Cha dulu masa lepas tunang ada tulis jugak. Tampal mesej2 yang hubs bagi untuk kenangan. Bila rindu baca balik. Tapi bila travel ni nan hadoo. Macam tak sempat je. Tapi dah niat nanti bila preggy mau buat. InsyaAllah, kita buat sesame ea. heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. cha comel gak buat camtu, kenangan, sekarang dah kawin boleh teroskan dgn akriviti yang korang buat bersama :) cepat tepek gambar cameron, jeles i taw..hee bila dah preggy boleh tulis perkembangn baby pulak :)

      Delete

terima kasih bagi sepatah dua kate