Hari ni tarikh cantik la 13.3.13, kalau hari ni jatuh pada hari jumaat atau sabtu atau ahad mesti ramai yang langsungkan majlis perkahwinan, akad nikah, tunang kan? Tarikh cantik senang kita nak ingat annivassary nanti kan, terutama pasangan kita yang kebiasaannya tak mengingat tarikh2 penting ni kan. Tapi encik suami aku bab bab tarikh penting ni sepanjang kenal dah nak masuk tahun yang ke 9 kami bersama dia tak pernah lupa la. Cepat je masa berlalu dah nak masuk 9 tahun kami bersama, kalau kahwin awal dah ade 5-6 anak dah ni..hehe Tak ape sekarang pun boleh lagi nak melahirkan anak yang ramai kan in shaa Allah.
Ok berbalik kepada tajuk yang dah macam motto hidup tu kan. Disebabkan sekarang nafsu makan aku yang kuat sekarang ni tajuk ni pun berkenaan dengan makanan jugak ni. Untuk wanita yang bekerjaya ni kan mesti korang nak sediakan makanan yang segera, cepat dan sedap untuk dihidangkan. Tapi suri rumah pun kekadang ade mase kan rase macam hari malas nak masak. Jadinya masa ni la makanan yang segera, cepat dan sedap diperlukan untuk mengikat perut encik suami kan.
Untuk aku yang bergelar surirumah sepenoh masa yang kadang kadang perasaan malas menguasai diri ataupun tak tau nak masak ape, bende ni sangat la berguna, ditambah lagi kadang kadang tekak ni terasa nak makanan ala barat kan, tak payah la nak susah susah makan kat secret resepi kan, bayar pulak boleh tahan mahal jugakkan *masa macam ni baru la rasa mahal*, yang segera ni sangat la berguna kerana cepat dimasak dan sedap dimakan *pinjam meggie punya trademark* :)
*maaf gambar tak berapa nak cantik, tunggu encik suami belikan handphone baru haha *taktik mintak tulis kat blog**
ni la pasta dalam bungkusan sebelum dimasak. harga pun boleh tahan murah je, cukup okey nak makan sorang, konon kat jusco harga promotion rm4.90, bila aku pergi giant harga memang macam tu jugak. tapi tak apela sebab tetap murah kan. Aku beli semue jenis nak try. Ada yang dah selamat dalam perut tak sempat nak amik gambar. cara nak masak dia korang tengok je instruction kat belakang tu.
haritu pulak terasa nak makan lasagna, nak try jugak beli yang segera, harga dalam rm9.90 tapi agak kecik la. Okey la rasa dia sedap je, boleh je lepas ni kalau nak beli lagi, ni aku kongsi je dengan encik suami makan pasta+lasagna sepinggan untuk eratkan kasih sayang suami isterikan. Nampak tak kemalasan aku, lasagna pun beli yang dah siap encik suami tolong panaskan dalam microwave je.
masa jalan kat giant tu terjumpe pulak makana yang dimasak oleh chef terkemuka tapi disejuk bekukan. ni pun senang kita panaskan je. Masakan melayu dan pelik pelik jugak la. Brand MyChef. Okey ape kalau tak reti masak panaskan lepastu amik gambar masakan tu letak kat instagram, mesti semua orang tertipukan haha macam aku buat la letak gambar pasta pasta tu padahal segera je pun.
image dari Mr google
Kalau korang nak tengok makanan dari mychef boleh click {Facebook MYChef}, boleh la check kat mana nak dapatkannya.
Dulu sebelum kahwin aku beriya tau dengan angah aku search nak cari mana nak dapatkan makanan sejuk beku MyChef ni, nanti boleh panaskan je, tapi tak sangka pulak lepas kahwin ni kira aku rajin pulak masakkan. Lagipun masak sendiri lagi best kan, lagi bila masak dengan encik suami untuk eratkan kasih sayang. semalam kami masak sama sama nasi goreng ayam padprik. encik suami tolong masakkkan nasi goreng aku masak ayam padprik, terima kasih encik suami rajin tolong di dapur dan kemas kemas untuk ringankan bebanan puan isteri.
Romantik tu bukan sekadar dari perkataan yang kita ucapkan, Romantik tu boleh ditunjukkan melalui perbuatan. Kita yang tahu suami kita tu romantik, sweet atau tidak walaupun orang tak nampak tapi kita yang merasai kan :)
amboi...hehe, zaman sekarang ni semua senang kan. Yang penting jimat masa. :)
ReplyDeletehaha ni untuk lynda yang bekerjaya ni, pas kahwin kalau balik kerje rase tak larat nak masak boleh la buat yang segera :)
Deletewah2 kemaen rajin dija eh masak memasak ni :)
ReplyDeletewe rajin lagi kalau bile encik suami kerje, boleh masak sesame tau :) bila tak rajin segera pun sodap :)
Deletemudah dan cepat, beli readymade je ;)
ReplyDeletebetol tapi time malas je la.. kalau rajin boleh cube sendiri..hee
Deletewahh kemaen dija. Sonang keje cenggini. heee
ReplyDeletehaha jom cha join dija buat keje senang..hee
ReplyDeletenape ramai sgt yg memasak ni? hehehe..nmpk sedap..disebabkan mudah n cepat,boleh lah try..ihehehe :D
ReplyDeletehehe saila kan rajin buat spaghti tukar pasta pulak la..hee tula dija pun perasan ramai pulak post makanan ni hee
Deletei tak suka sgt yg instant tp kalau senang cepat and murah apa salahnya kan. dulu i pn x pandai masak tau u tp lama2 dh kawen ni automatik ada bakat sikit haha
ReplyDeletehaha kan dija pun dah nampak bakat sikit la, tapi ni tengah malas saje nak try haha dija masak biase2 je dulu belum yang luar biasa hee
Delete