Google+ Followers

~~pEnGikUt sEtiA~~


Monday, May 19, 2014

Anak lelaki ikot muke mak sejuk dan sebaliknya.

Paling seronok dalam dunia bagi mak dengan bapak bile orang cakap anak kita macam muka kita kan #LikeParentLikeKid. Kalau boleh nak berebut rebut anak tu mewarisi kecomelan mereka. Lagi lagi mak mak nikan. Dah bawak dalam perot 9 bulan, kesakitan lahirkan anak, makin terubat bersinar berbunga bunga bile cakap eh anak awak ni sebiji muka awak. Masa tu mule la perasan patut muke baby tu comel ikot mama kan. Mesti la mak mak rasa sedih bila tak ade sipi bahagian pada anak tu pun ikot dia kan. Tapi bapak bapak pun mestila nak anak ikot muke diorang kan, baru diyakini tu anak dia, tak payah buat ujian dna kan. Ooii tapi kalau ikot muke bini kau jangan pulak tak percaya tu anak kau. Tunggu la anak ke dua ke tiga nanti ade la yang terkenan muke kau sikit kan.

Zarif dari hari pertama lahir lagi orang dah cakap ikot muke mama dia. Haruslah happy kan. Memang kebanyakan ramai yang cakap macam muke mama dia. Walaupun baru first time jumpe. Sampai anak sedara sepupu yang kire masih budak budak pun boleh nampak la yang zarif tu ikot muke mama dia. Budak budak biasanya kan jarang nak nampak baby tu ikot muke siape. Kire memang terbukti la zarif ikot muke mama dia kan. Dalam hati mama zarif berbunga bangga.

Pernah tanye encik suami eh muke kita kan selalu orang cakap iras iras sama. Kenape orang tak cakap zarif macam papa dia. Tapi ade la jugak 2 3 orang jumpe cakap zarif macam papa dia. Encik suami cakap sebab ape yang dia same dengan aku ade pada zarif jugak. Jadinya tu lagi nampak macam aku je la kan. Tapi kan part mata tu tak pasti la zarif ni ikot siapa. Mata dia bulat. Mama dia sepet papa dia pun tak la bulat. Tapi dari masa mengandungkan zarif memang suke sangat tengok gambar baby mata besar, suke tengok anak tomok, lepastu selalu mintak dalam hati nak anak mata bulat, nah Allah bagi. Alhamdulillah kan. Colour mata zarif ni pun susah nak pastikan, tak nampak macam hitam. Ade yang cakap eh warna mata dia grey la, ade yang cakap nmata zarif brown. Jadi sampai sekarang tak dapat pastikan walaupun brown dengan grey tu kan warne yang sangat berbeze kan. Dan ade beberape orang cakap zarif macam orang putih. Ikot mama dia tang mane ntah macam orang putih. Mama dia kecik kecik macam anak cina hee. Tapi mama zarif perasan tengok baby korea dalam tv cakap zarif macam baby korea. Sekarang mama zarif kemarok layan drama korea. Layankan je la huahua mengandung anak ke dua kene lagi selalu tengok cite korea la

Untuk encik suami jangan sedih sedih ya. Zarif kalau tak ikot muke papa dia kan harapnye amikla perangai baik baik dari papa ya, jangan cepat emosi macam mama, lelaki kenala cool macam papa. In shaa Allah tunggu anak ke dua tiga atau seterusnye ade la mengikot muke papa dia pulakkam, baby girl mungkin, mesti lagi comel auwwww Sejuk je nanti ♡ tapi betol ke kalau lelaki ikot muke mak dia sejuk dan sebaliknya ya? Macam tu sejuk la zarif sampai besar nantikan sebab ikot muke mama dia. Zarif jadi anak yang soleh ya. Tapi kan tak semestinya anak lelaki ikot muka ayah dia panas je pulak. Yang penting doa anak kita jadi anak yang soleh dan solehah sihat tubuh badan tak kisah la ikot muke siapa pun kan. Kalau ikot muke kite tu kire dapat bonus kecomelan la tu haha perasan.

Jadinye sebab kan aku perasan zarif macam muke aku sebab orang dah cakap banyak kali jadinye aku pun masuklah contest nestle. Tapi contest ni tak kisah kalau muke tak sama dengan anak pun, mungkin gaya posing yang sama ataupun pakai baju yang sama pun boleh joim contest ni. Aku saja saja join contest ni sebab senang ikot je syarat2 dia pastu dia yang pilih kite tak payah paksa orang like like pic kita. Komen je kat page fitst solid food dengan hashtag #LikeParentLikeKid dah siap. Senang je kan. Mane tau ade rezeki nak menang kan. 




Zarif vs baby korea yang mama perasan zarif macam muke baby korea ♡

ni la gambar zarif perasan comel ketap2 bibir aku hantar untuk contes #LikeParentLikeKid

TERIMA KASIH SUDI BACA, KALAU SUKE BOLEH TEKAN LIKE DAN TINGGALKAN KOMEN. LOVE -DIJA-

6 comments:

  1. bulat mata hehe..tp tgk cam iras papa dia

    ReplyDelete
  2. kompem sejuk!! sbb baby ni mmg ikut rupa mama.. heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeaaa sep2 aunty aizu. Suke zarif tau ikot mama dia hee

      Delete
  3. btl tu sejuk org kata..mcm kitorg skrg ni husband asyik ckp nnt baby ikut muka saila lah, semua saila..hehe..kalau girl kena ikut ayah, kalau boy kena ikut mak..normal mcm tu lah kan..hihi :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan kan. Saila dah scan girl ke boy. Tak sabar tunggu baby saila. Mesti excited tau kalau baby ikot muke saila hee

      Delete

terima kasih bagi sepatah dua kate