Google+ Followers

~~pEnGikUt sEtiA~~


Wednesday, May 14, 2014

Burger bakar pemanggang ajaib

Dari minggu lepas konon nak hupdate resepi burger bakar ni. Tapi kemalasan melanda. Semangat nak menulis kureng. Hari ni terrajin lebih nak menaip ditambah pulak internet tengah laju. Nanti interneet dah slow, aku pun slow la nak menaip.

Pergi langkawi beli pemanggang ajaib bagi aku berbaloi baloi la. Sebab aku dah menggunakan dengan sebaiknye. Dah buat ayam bakar, dah buat burger bakar, kentang bakar cheese *yang tak berape menjadi*. Ni tengah fikir nak buat ape lagi ye.

Last week kononnya memule terasa nak makan burger, nak beli tepi jalan je, tapi bila search2 resepi kan rasenye baik buat burger bakar sendiri kan. Resepi pun aku google je, simple je sebenarnye, rajin ke idok je kan. Untuk permulaan sebab aku tak ade smue bahan tu kire dalam rm60++ la. Tapi yang lain boleh je nak pakai lagi sebab pakai sikit2. Satu pack daging cincang ramli * pemalas nak buat daging sendiri*. Dapat dalam 6 keping burger. Kire berbaloi kan buat sendiri. Aku terus beli 2 pack daging cincang. Senang kot pasni nak buat lasagna pulak kan ke senang kan.

Bahan2:
Patty burger:
Daging cincang *ramly 1 pack*
Oregano
Black pepper
Seasoning
Bawang holland *potong dadu kecik2*
Sebiji telur ayam
Sos bbq
Garam

Cara-cara:
1.gaulkan semue bahan dia atas
2. Bentukkan patty mengikot kesukaan anda untuk size *aku bentukkan dapat la dalam 6 patty*
3. Masukkan dalam freezer selama 30 minit *supaya mwlekat anatara satu sama lain*
4. Panaskan pemanggang ajaib yang memang ajaib tu. Bakarkan je la patty tu ke dalam pemanggang ajaib. Tutup pemanggang. Pastu dalam 7 ke 8 minit terbalikkan.
5. Agak agak dah nak masak. Letakkan cheese. Tutup pemanggang. Bagi cheese meleleh.
6.bakar roti burger. Sagat carrot dan campurkan dengan mayonis. Letak salad di atas roti burger.

Ok siap boleh makan. Sos letak la chili sos ke bbq sos ke, sos lada hitam ke. Terpulang la kat korang. Tapi serius memang sedap *ceh puji diri sendiri*. Kalah burger bakar abang burn. Tak payah susah susah nak gi makan burger kat kedai pasni. Bila bila lapar bakar je burger sendiri kan. Kire memang berbaloi baloi la encik suami belikan pemanggang ajaib * aku jadi promoter pemanggang ajaib tak berbayar lagi*. Perut suami kenyang hati pun girang. Nak suami sayang lebih? Belilah pemanggang ajaib. Haha tak pandai masak tak ap3. Yang penting rajin cube. Sedap ke tak lain cerite kan.♡ last nak hidangkan gambar burger bakar ♡


TERIMA KASIH SUDI BACA, KALAU SUKE BOLEH TEKAN LIKE DAN TINGGALKAN KOMEN. LOVE -DIJA-

3 comments:

terima kasih bagi sepatah dua kate