Google+ Followers

~~pEnGikUt sEtiA~~


Tuesday, May 20, 2014

Penyakit 'PM'

Dewasa ni penyakit 'pm' yang melanda di Malaysia semakin kronik *ceh, ayat macam nak buat karangan bahasa melayu khen*. Ni bukan penyakit yang melanda perdana menteri okey. Penyakit pm ataupun private message aku rasa untuk rakyat malaysia dah makin kronik. Rakyat negara lain aku tak taula pulak kan kalau pembeli online diaorang pun suke dengan perkataan pm. Kadang aku tak berape pasti diaorang ni tau tak pm tu ape. Sebok duk tulis pm pm kan. Kot kot sebab orang atas tulis rasa best nak join sekali ke kan. Boleh terime lagi la kalau mintak pm kat facebook, kalau mintak pm kat instagram kau dah kenape pulak kan, nak pm macam mana.

Aku rase penyakit pm ni makin berleluasa disebabkan kemalasan rakyat malaysia nak baca. Kadang owner tu dah elok tulis caption panjang2 pasal product description beserta harge tapi ade jugak makhluk tuhan yang paling seksi *jangan sentap, ni untuk semue*. Komen kat bawah pm. Kau nak suruh owner tu pm ape. Dan kadang aku tertanye yang suke komen tu haruslah pembeli tegar online kan, ataupun dia memang tak pernah beli pun cume suke komen pm je ke takkan la diaorang tak tau kalau fanpage facebook tu owner tak boleh nak pm dulu. Lagipun dia dah tulis panjang2 kalau korang nak mesej je la cakap nak beli. Lain la kalau kau nak tanye detail lagi kan. Ala kalau nak tanye detail pun kau la yang pm dulu. Dah kite pembeli. Kalau 10 yang mintak pm macam mane la owner tu nak balas. Aku memang suke membeli secara online. Tiap bulan mesti ade je nak beli, ke tiap minggu? Jadinye aku kesian kat seller yang dah tulis panjang2 tapi ade jugak yang tak reti baca. Kadang aku tertanye jugak mungkin caption tu tak keluar kat handphone dia ataupun laptop dia kan. kuar gambar je kan. Ade ke macam tu? Kot ade mari share tak ade la online seller ingat korang2 ni kene penyakit pm.

Memang la customer always right. Tapi jangan la sampai menyusahkan orangkan. Jadilah pembeli yang bijak dari segala aspek ye. Kalau keypad korang ade huruf p dengan m harap korang jangan sentap ye haha kalau aku jual online lepas ni mesti orang tak nak beli dengan aku takut aku emo haha dah jangan ade yang mintak pm kat ruangan komen pulak lepas ni ye hehe

TERIMA KASIH SUDI BACA, KALAU SUKE BOLEH TEKAN LIKE DAN TINGGALKAN KOMEN. LOVE -DIJA-

No comments:

Post a Comment

terima kasih bagi sepatah dua kate