Google+ Followers

~~pEnGikUt sEtiA~~


Wednesday, May 21, 2014

Khalil Zarif masuk contest

Disebabkan kebosanan yang amat dirumah, nak buat scrap book zarif tak boleh start lagi, betri sampai haritu beli kat lelong macam tak boleh pakai je, tak taula ape yang problem, betri ke, charger ke, ataupun instax share tu *janganlah instax share yang bermasalah dah la baru beli kan, hadiah birthday pulak, takkan dah rosak pulakkan*. Jadinye aktiviti sampingan suke suke hati search tempat tempat menarik untuk bercuti. Search je, tak booking pun pastu berangan je lebih.

Bile dah online jeni, bukak pulak facebook, scrool2 jumpe advertising pasal contest johnson's, baby of the year 2014 #BOTY2014. Dari aritu jumpe tapi disebabkan kedekot nak beli barang baby resit minimum rm15 aku pun buat tak nampak je la contest tu. Tapi hari ni kebosanan punye pasal bukak la fanpage johnson's baby aku pun terfikir ala beli barang rm15 je pun,  beli la set mandian ke ape kan. Resit mestilah bertarikh 1 mei-30 jun. Masuk contest dulu, register, nanti hujung minggu baru ajak encik suami shopping barang mandian johnson's baby untuk zarif.
Penyertaan boleh hantar banyak kali. Tapi kalau hantar 5 keping gambar kene ade 5 resit la. Aku pun try je la mane tau rezeki zarif kan. Tapi hantar sekeping gambar je la. Cukup. Kalau ade rezeki sekeping gambar pun dah cukup kan. Yang masuk nye beribu2 mungkin sampai tarikh tutup jadi ratus ribu. Semue baby comel comel. Peratusan nak dapat tu dalam 30% je la kan. Jangan letak harapan tinggi. Sebab masuk suke suke kan. Aku suke je nak masuk sebab juri yang akan adili bukan kite pakse pakse orang like gambar kite. Untuk contest ni ade 3 kategori. Zarif categori 1 sebab dia lahir oktober 2013. Tarikh tutup contest aku tak taula bile.

Tadi ade jugak bace kriteria baby dia nak tu kulit bersih tak ade masalah kulit, ruam atau calar calar. Untuk kulit tu pada aku tak menjadi masalah, alhamdulillah kulit muke zarif memang tak ade masalah. Lepastu kriteria nak rambut sihat. Opss tu masalah besar kan. Korang tengok la zarif dah 7 bulan kepala licin tak ade rambut, macam mane ni. Haha harapnye dia tak pandang kepala sangat la kan boleh pakai topi. kriteria lain dia nak baby yang perkembangannye sihat la. Mane tau rezeki zarif walaupun kepala licingggg kan.

Encik suami tak tau lagi aku masuk contest ni tunggu dia balik keje baru cerite.  Ni la keje surirumah yang tak ade keje, zarif jadi mangsa, mama dia berangan nak jadikan zarif model. Tapi yang best hadiah dia tersangat lumayan. Tak dapat no 1 saguhati pun jadilakan. Mesti juri susah nak buat keputusan sebab semue baby comel comel kan.
Ni gambar zarif yang dipertaruhkan. Sebab gambar ni papa cakap ala ala cover majalah. Jadinye aku pilih la gambar ni. Meh meh geng geng mak mak jomla hantar gambar jom, suke suke sambil berharap menang fuhhhh


Ni hadiah untuk pemenang wooo bestkan

Gambar zarif dah ada dalam gallery yeahhh


kalau nak search gambar zarif kat gallery. Khalil zarif bin mohd zaki

tak dapat hadiah utama. Saguhati pun jadilakan ♡

TERIMA KASIH SUDI BACA, KALAU SUKE BOLEH TEKAN LIKE DAN TINGGALKAN KOMEN. LOVE -DIJA-

6 comments:

  1. Wahh...glemer zarif kecit2 da masuk contest.Gudluck dija dear. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Shaaaa. Thank you mommy to be. Nanti princess baby masuk contest next year pulak ye. Mama zarif gile glamer ni. Hee

      Delete
  2. Replies
    1. Wooo takot tau bace. Siap konfem ni. Aunty saila doakan ye. Menang nanti zarif belanje sebab bagi sokongan ♡

      Delete

terima kasih bagi sepatah dua kate