Google+ Followers

~~pEnGikUt sEtiA~~


Wednesday, May 14, 2014

Kepandaian baru khalil zarif 6 bulan

Duduk rumah ni boleh pulak sampai tak perasan tarikh kan. Semalam 12hb zarif genap 7 bulan la. Sebab lupe tak amik la gambar zarif genap 7 bulan. Ya Allah cepat je rasanye masa berlalu. Terhibur je dengan keletah dia. Gelak tawa dia irama lagu yang paling merdu. Bile dia buat muke comel, geramnya la hai *ok puji anak sendiri kan*. Semoga zarif mebesar dengan sihat, jadi anak yang soleh. Semoge kami dapat membesarkan amanah Allah ni dengan sebaik baiknya.

Masa sepanjang 6 bulan tak banyak perubahan zarif. Perubahan makin lasak dan aktif kot. Nak berdiri terlonjak lonjak penat mama dia.

Zarif bergerak dengan mengesot bontot sambil duduk.
Zarif sekarang ni tak nak merangkak lagi. Dia suke duduk. Tapi tak pandai duduk sendiri. Kita dudukkan. Lepastu kalau dia nak gerak dari satu tempat ke tempat lain dia mengesot je sambil duduk tu. Tapi dapat gerak jauh jugak la. Risau gak kene tengok2. Sebab kadang jatuh terlentang gak. Kalau atas katil lagi risau. Aritu dah ngantok sangat tertido biar dia main. Dia golek golek sampai jatuh katil. Insaf dah tak nak tertido atas katil biar zarif tak tido. Bile siang kalau ngantok sangat tido je kat depan biar dia main.

Zarif dah pandai nak memanjat.
Ni pun baru baru ni dia dah pandai akmngkat bontot paut kat kite nak berdiri nak memanjat. Lasaknye la anak mama ni. Ni kat umah tak ade sofa kalau tak lagi la suke dia dapat memanjat. Rasa macam zarif tak nak merangkak la. Mungkin la dia nak berjalan je terus. Ni oun dah sebok nak berdiri. Memanjat. Ni dah 7 bulan gigi pun tak tumbuh lagi. Orang kate la kan, orang la kate lambat tumbuh gigi cepat jalan. Tengok je la nanti. Tak sabar nak beli kasut comel comel untuk zarif bagi dia jalan.

Zarif sekarang dah tolak tak nak makan bubur aku masak. Dia wek wek kan. Dia lagi suke makan biskot segere tu. Hari ni try lenyek lenyekkan pisang. Empat lima kali dia buat muke sambil wekkan. Makan pisang manis tapi dia buat muke macam makan bende masam *comel gile*. Tapi sambil wek makan jugak la sampai dah nak abis. Esok nak try bagi lagi. Pasni kene fikir resepi lain pulak la nak bagi zarif. Nak tery reseoi oat campur epal pulak. Arapnye zarif suke la.

Pss zarif dah tido mama zarif layan drama korea ♡


TERIMA KASIH SUDI BACA, KALAU SUKE BOLEH TEKAN LIKE DAN TINGGALKAN KOMEN. LOVE -DIJA-

2 comments:

  1. boleh bygkan die duk ngesot2 bontot die tu nk gerak g mane2...eeee geram nak pok2 bontotnye

    ReplyDelete

terima kasih bagi sepatah dua kate