Google+ Followers

~~pEnGikUt sEtiA~~


Monday, August 5, 2013

Berebut Balik Raya

Hari ni perot terasa lapar lebih pulak. Dah nak penghujung ramadhan ni dugaan berat sikit la, baby pun aktif aktif je bergerak. Kadang gerakan baby tu menyakitkan pinggang jugak, sebab terasa dia tekan kuat sangat. Kira gerakan baby pun cepat je hari ni dah lebih 10. Macam tak consistent je aku kira gerakan baby ni, kadang laju je dah cukup 10, kadang ada hari tu aku rasa eh macam tak rasa gerakan sangat je, lambat jugak la nak cukupkan 10, agaknya baby ni gerak gerak manja je kot tu yang tak rasa. Cuma hari ni baby gerak bukan main kuat lagi, mungkin sebab dia sama dengan mama dia yang lapar ni kot. Tapi boleh tahan lagi perot ni tak de la sampai berbunyi bunyi lagi. Siap update blog ni nak bertidoran jap la, cepat sikit masa berlalu kan @_@

Wah Hari ni dah 27 ramadhan kan, tinggal beberapa hari je ni ramadhan dah nak meninggalkan kita dan syawal pulak akan menjelang. In sha Allah tahun depan sambut ramadhan dan syawal bersama orang baru pulak kan♥ Persiapan untuk menyambut syawal dah siap dah, baju raya settle, kueh raya pun dah buat, jadi sekarang relax duduk depan tv tak buat apa apa *serupa orang malas*. Encik suami pun masih lagi bekerja sampai ari rabu nanti. Okey ape kerje masa macam ni kan, confirm jalan lengang je kan, tak payah bersesak sesak nak pergi dan balik kerje *oh, ayat sedapkan hati encik suami*. Disebabkan malam semalam kebosanan, hujung minggu pun terperap je kat rumah kan, tiba tiba terajaklah encik suami keluar jalan jalan. Tiba tiba rasa nak pergi angsana, walaupun tau malam minggu ni confirmlah ramai orang, tapi nak jugak bersesak sesak kan. Sambil sambil tu nak selesaikan misi, nak belikan tudung bawal aidijuma untuk sepupu. Dah alang alang beli tuk sepupu tu terbeli pulak untuk sendiri, banyak sangat yang cantik cantik, dan tudung bawal tu lembut pulak. Balik tu encik suami melayan la kerenah isterinya nak amik gambar nak hantar pic pakai tudung bawal tu kat sepupu. Tapi lilit macam shawl. Pagi tadi pun siap bukak channel aidijuma nak tengok cara yang norjuma pakai, tudung bawal yang dia jadikan shawl. Maknanya aku dah tau dua cara, cara simple je pun. Ok siap pagi pagi buta tu jugak nakbteeus cuba pakai, pukol 5 lebih pagi okey, semangat gila kan. raya nanti boleh la pakai macam tu, aritu memamg ada beli tudung tribal empat segi. Tudung raya dengan baju raya semue dah siap gosok dah, tinggal nak pakai je ni, ari ari tengok tergantung belakang pintu♥

Tahun ni tahun pertama raya bersama encik suami. Perasaan mestilah teruja, tak sabar nak pakai baju sedondon dondon tu kan. Bila dah tahun pertama mestilah nak kene buat keputusan nak raya mana dulu kan. Untuk kami Tak denya nak berebut rebut, disebabkan encik suami keje sampai hari rabu, jadinya pagi raya tu raya di rumah mak mertua dulu la. Dah beberapa hari, dari hari jumaat aku dah balik rumah mak mertua. Ni Mak tengah sebok menjahit, bak pulak tadi siap kan menganyam ketupat. encik suami pun reti menganyam ketupat, semalam sempat la dia tolong sikit, aku tolong jugak, tolong tengok je la *tak berbakat*. Ni aku tak ade aktiviti duduk tengok tv je la ni. Tu plan malam raya nanti nak jalan bandar jb, nak gi bazar karat, saja nak tengok suasana malam raya sebab aku jakun tak pernah jalan malam raya -_-

Encik suami dapat cuti empat hari dari hari raya pertama sampai ke empat. Walaupun mama babah aku duduk di johor tapi kampung aku bukan kat sini. Kalau ikotkan rumah mama dengan mak mertua aku memang tak jauh mana pun ni, tapi bila raya mestilah mama aku pun nak balik kampung kan. Kampung babah kat bentong dan mama kat kuala lipis, dua dua kat pahang. Jadinya kami dah plan baik baik, raya pertama tu dah kenyang makan tengah ari kat rumah mak, lepastu barula gerak bentong. Agaknya sampai malam jugak la nantikan, harapnya tak jem la nanti, mau lenguh bontot ni duduk lama lama kan. Baby baik baik ya, raya nanti memang jalan sakan la kita. Raya ke dua pagi tu travel lagi balik kuala lipis pulak dan pagi raya ke tiga keluarga encik suami nak balik kampung kat muar, jadinya kami pun akan terus ke muar. Raya ke empat dah balik rumah semula, fuhhh memang penat la nanti kan. Tak pe nanti mama upah baby bagi makan banyak banyak ya. Untuk tahun tahun depannya pulak kita tunggu la encik suami dapat cuti berapa hari, tak de ape nak direbutkan, kalau dapat cuti lama semue kampung kita pusing, kalau tak nak buat macam mana kan.

Aku tak nak lagi bagi ucapan raya, ramadhan belum habis lagi ni, nanti nak merajinkan diri update masa raya pertama *kononnya* bosan bosan dalam kereta sambil teman encik suami memandu nak balik kampung boleh la update blog tunjuk gambar raya pertama *kalau rajin la tau, kalau, kalau* ♥ tepek gambar sikit jom gambar encik suami anyam ketupat, nak pergi jalan, dengan gambar jadi model tudung tak berbayar hoho


TERIMA KASIH SUDI BACA, KALAU SUKE BOLEH TEKAN LIKE DAN TINGGALKAN KOMEN. LOVE -DIJA-

3 comments:

  1. penat tp seronok dgn suami lain kan,kan,kan..hehehe..hati2 ye nnt..jgn over stress..nnt bleeding mcm saila..huhu..ni gara2 berjalan kat jln tar :(

    ReplyDelete
  2. Dija...

    Selamat Hari Raya
    Maaf Zahir & Batin
    Keep calm & maintain cute masa raya okey!

    From,
    WE & Husband

    ReplyDelete
  3. Selamat hari raya aidilfitri dear.. Maaf zahir batin..

    ReplyDelete

terima kasih bagi sepatah dua kate