~~pEnGikUt sEtiA~~


Wednesday, August 21, 2013

Main Doktor doktor di Rumah check BSP

Hari ni ade appointment lagi kat klinik desa ni, sambil nak tunggu nombor 60, baru no 35 boleh la mengarang blog sendiri kan dah share info yang berguna *berguna la sangat*. Intai kat dalam tengok ari ni doktor cina yang merawat, memang lame la sikit *banyak kot*, kalau doktor melayu selalunya laju je. Tapi ni kali ke 3 jumpe doktor cina ni, macam selalu je dia, doktor lain sekali sekali je. rasanya pukul 1 lebih baru turn aku ni. Nasib la aku dah prepare awal awal mintak handphone encik suami, boleh la wifi, ade la aktiviti berfaedah *faedah la sangat kan*. Encik suami tak dapat menemani pergi klinik hari ni, dia keje, minggu ni keje siang je berderet, sabtu baru dia keje malam. jadinya dua hari ni, semalam dengan hari ni babah la yang hantar pergi klinik. Sementara tunggu turn aku ni aku suruh mama babah pergi jalan jalan dulu kat sutera mall, dah siap jumpe doktor baru aku call.

Entry lepas dah cerita penyakit baru yang bertandang masa pregnant ni kan. Disebabkan ade kencing manis minggu ni ari selasa kene la amik darah untuk bsp (blood sugar profile). Kene amik bukan sekali tau tapi empat kali tau kene datang amik darah dalam masa sehari tu. Dia cucuk sikit je macam cucuk kita nak check HB tu je. Tapi kalau dah sampai empat kali terasa jugak sakitnya kan. Dua jam Sebelum cucuk tu kita kene puasa, time amik 8 pagi, 12 tengah hari, 6 petang dan 8.30 malam. Pagi dengan tengah hari boleh la amik kat klinik desa sebab bukak lagi kan, petang dan malam kene amik kat klinik biasa atau farmasi. Tapi tak sarankan pergi klinik biasa sebab misi kata lagi mahal, pergi farmasi sekali cucuk rm5. Tapi kan macam dah buang masa. Maka kene cari penyelesaian la kan *penyelesaian bagai* sebab kene buat bsp ni sampai la bersalin kan jadinya beli je la alat tu dari klinik desa ni. Satu set alat tu rm80. Pagi tu suruh la mama tengok dulu cara misi buat kan senang nanti nak buat sendiri kat rumah. Tak mampu rasanya nak cucuk diri sendiri, mama je la jadi doktor nanti. Mula mula dapat alat tu jakun juga la, sebab kat klinik desa dia pakai yang jenis lain, lama sikit punya kot, ni baru punya, canggih sikit la, cucuk pun ada alat dia, masuk je jarum dalam alat tempat cucuk tu, tekan jarum terkeluar tercucuk sendiri. Percubaan pertama konon nak buat kat mama dulu sebab mama pun memang nak check mama ade kencing manis tak, kebetulan mama pun memang puasa, boleh la check terus kan. Percubaan pertama gagal, tak jadi pulak kitaorang guna, tapi dah tau cara la, tak nak membazir punya pasal simpan je la guna petang nanti je la.

Petang tu berjaya la mama jadi misi gunakan alat tu dan mama pun check la untuk diri sendiri. Aku tak berani la nak cucuk2 orang, ngeri je rasa. Malam tu incik suami balik, pukol 8.40 cam tu suruh incik suami yang cucukkan, time ni la nak cucuk isteri sendiri kan, bagi chance je ni, bila lagi nak jadi doktor untuk isteri kan hoho bacaan semue ok la, bila dah nak buat bsp ni pandai pulak nak kawal makan kan. Bacaan dari pagi sampai malam 4.4, 5.9, 4.1, 3.9. Lepas je kita buat bsp ni sebelum tu kan puasa 2 jam lepastu kene makan teros sebab nanti nak puasa semula kan. Pagi tu makan dua biji karipap, naik banyak jugak kan, aku rasa naik banyak sebab aku pun tak buat aktiviti ape ape, lepas je makan teros tido sementara tunggu tengah hari. Tengah hari balik tu makanan memang dah jadi rutin harian buat minggu ni minum vico tanpa gula 1 mug, makan biskot tawar. Biskot tawar takdenya 2-3 aku makan, 6-7 jugak la. Lepastu mula la rasa lapar lagi makan 2-3 biji chocolate chip, bukak peti ais amik 1 biji chocolate *encik suami dah pesan 1 hari boleh makan 1 chocolate je*. Lepastu aku Tengok balang kueh raya kat depan, makan maruku pulak, jadi macam tak diet kan. Tapi lepastu minum la air masak banyak banyak. Mata mengantuk tidur lagi. Bangun tidur rasa takot tinggi pulak bacaan tu nanti kan sebab dah makan macam macam tak ade aktiviti pulak, nak bagi berpeloh sikit turun naik tangga je la, tapi cepat mengah jugak la turun naik tangga, dapat la peloh sikit. Bila Dah start puasa , aku minum air masak je. Yang pukol 6.30 lepas amik darah tu pun makan lagi biskot chocolate chip dengan maruku, minum memang air masak je. Tapi lepas 8.30 dah amik bacaan terakhir barulah aku makan nasi, sebab encik suami baru balik keje, tunggu dia balik baru makan sama sama. Minggu ni memang aku makan nasi sekali je, makan malam pulak tu. Tapi dia tak check malam kira cam selamat je la kan haha

Roti pun sekarang aku dah suruh mama beli yang brown roti tu *ape ntah namanya*, yang tak berape sedap untuk tekak aku ni tapi nak kene jaga jugak kan makan. Pagi ni sebelum pergi klinik bakar je roti tu sikit tak la terasa sangat, makan dengan telor. Bila dah tau kencing manis aku pun rajin la menggoogle tengok diet macam mana untuk orang yang kene kencing manis, walaupun aku tak ikot sangat pun kan tapi saje nak bace. Selain kene jaga makan kene jugak bersenam sehari 30 minit. Aku sekarang malas pulak nak bukak youtube menari nari, tu yang turun naik tangga je tu, dan sekarang rasa bila dah banyak baring je kan, aku pun jalan la keliling rumah, asalkan aku rasa ade aktiviti je kira ok la kot. ha, Tadi timbang turun 500gm. Aku cakap kat misi sebab minggu ni saya tak pergi beraya kot tu yang turun. Ni semue salah orang masak sedap sedap masa raya kan. Raya aritu cepat je naik, 3minggu naik 2 kilo, ni dah turun balik pulak. Esok dah masuk 32 minggu, nak sangat scan la, nak tau berat baby dah berapa dah ni. Takot jugak kalau baby nanti besar sangat kan.

Semalam incik suami dah amikkan ubat batuk, dari minggu lepas batuk tak baik baik, ikotkan aku memang la tak nak makan ubat, tapi tak selesa pulak bila batuk je tak baik baik ni terpaksa la makan semalam, dah la berkahak je ni, tak best betol -_-

Lame lagi nak tunggu giliran aku ni, nak main candy crush la dulu. Dah la lupe bawak air masak haus pulak la ni.

Ni pic alat untuk check bsp.


TERIMA KASIH SUDI BACA, KALAU SUKE BOLEH TEKAN LIKE DAN TINGGALKAN KOMEN. LOVE -DIJA-

2 comments:

  1. Takutnya nak cucuk...kalau saya tak boleh cucuk diri sendiri atau orang..

    ReplyDelete
  2. ehhh murahnya alat tu dijaaa.beli kt mane?

    wah perot..kemain lagi..

    xsabar tunggu baby keluar!!:)

    wish u ok and healthy!

    ReplyDelete

terima kasih bagi sepatah dua kate