Google+ Followers

~~pEnGikUt sEtiA~~


Saturday, August 17, 2013

Penyakit baru datang Masa Mengandung

Hari ni dah 10 syawal, mood raya masih ada lagi, tapi disebabkan encik suami kerje hari ni, tinggal sorang sorang kat rumah, memang tak la kan jalan sorang sorang, dapat la berehat kat rumah. Penat macam tak hilang lagi, penat beraya, hari ni lepas je encik suami pergi kerje ape lagi tidur je la balik kan. Ingat nak bangun tengah hari tapi boleh pulak 10 lebih dah terjaga. Ni semue sebab sakit tekak punya hal. Dari awal raya hari tu dah sakit tekak sampai sekarang tak baik baik lagi -_-

Hari selasa baru ni aku ada appointment dengan klinik desa, appointment kali ni kene minum air gula sebab tak pernah kene minum. Nurse pun cakap lepas 7 bulan mengandung ni macam macam penyakit la tiba tiba datang salah satunya kencing manis. Nak minum air gula tu malam sebelum minum tu kene start puasa dari pukol 10 sampai la pukol 8 pagi minum air gula. First time nak minum ni, macam macam feedback yang negatif kita dengar pasal air gula ni, rasa ngeri je kan nak minum. Dekat 8.30 pagi barula turn aku minum air gula, sebelum tu amik darah dulu, dan lepastu baru minum air gula. Baca bismillah dulu, dan dua kali teguk habis je aku minum. Deria rasa aku hilang ke ape agaknya sebab aku tak la rasa manis gila. Sebenarnya aku rasa agaknya gula tak larut abis kot, masa nak basuh cawan tu ada sikit lagi air dengan yang putih2 tu. Aku pun bersihkan je la. Sebenarnya yang buat kita takot nak minum bila dengar orang cakap macam macam, lagipun tekak lain2 kot2 tekak orang tu tak boleh terima tapi takak kau ok je kan. Jadi pedulikan pe orang cakap, kau try sendiri baru kau tau. Aku pun jenis tak minum manis, kalau rasa air kat rumah orang manis pun aku tak habis. Tapi selamba je pulak aritu telan air gula tukan. Aku masa minum ru memang ok tak loya semue. Tapi part paling mencabar la untuk aku kan. Bila kene tunggu lagi dua jam, kene puasa lagi, amik darah dulu lepastu baru boleh makan. Masa tu agak tersiksa la jiwa raga, kepala mula la pening, loya semacam sebab perot kosong, tapi tahan je la, main candy crush buat macam tak ada ape berlaku. Aku duduk je la kat klinik sampai pukol 10.30 nak amik darah kali kedua. Sebelum amik darah kali ke dua, jumpe nurse dia check perot. Hb kurang lagi tapi ok la sebab 11.9 kurang sikit je. Berat baru 3 minggu dah naik 2 kilo ok, penangan masa raya agaknya, tapi nak kate makan banyak gila tak jugak. Puasa hari tu ada lah turun 1.9 kg ni cepat je naik sampai 2 kg. Result darah tu dia tak cakap pulak bila dia akan beritau.

Keesokan harinya kan, hari rabu tiba tiba dapat call dari klinik desa tu, dia beritau berita tak baik la kan, dia cakap aku ada kencing manis, aku pun ha, pastu ketawa je la, nurse tu pun gelak je la bila aku gelak. Dia cakap kepututsan darah masa aku puasa ok, kene bawah 6 tak salah aku, aku 4 lebih, tapi bila dah minum air gula sepatutnya tak boleh lebih 7.8 yang menyedihkan sadis sangat tu aku lebih 0.1 je 7.9, lebih 0.1 pun memang kira aku kencing manis jugak la. Encik suami memang cuti rabu tu. Bila dah letak telefon cite kat dia, dia cakap kesian *tu je la mampu dia cakap kan* dan dia cakap patutla berat naik cepat je.
Bila dah ada penyakit baru ni, maka akan kerap la aku berjumpe doktor dan kene kawal pemakanan. Hari khamis tu encik suami kerje malam, tapi tengah hari kene pergi hospital ade bende nak settle kan, aku pulak pemalas duduk je atas katil bermalasan dengan tak mandi tiba tiba dapat call dari misi dia ada kat depan rumah, tak macam terkejut aku. Masa tu dah kul11 lebih pun, aku je yang tak mandi lagi, kelam kabut la aku bukak pintu bagi misi misi masuk. Buatkan air untuk diaorang, alang2 dah datang ni ajak la beraya sekali. Diaorang nak terangkan pasal kencing manis penyakit baru aku tu. Next week ari selasa aku kene pergi klinik desa cucuk kat hujung jari macam amik untuk check hb tu empat kali, rabu kene jumpe doktor. Sister tu kata beli je alat tu senang nanti aku nak amik darah sendiri, sebab sampai aku dah nak bersalin la kene amik darah tu. Dan sister tu cakap kencing manis aku tu boleh hilang lepas bersalin nanti, sebab masa puasa ok je cuma bila aku dah minum air gula, badan tak dapat menghasilkan insulin secukupnya, iaitu hormon yang dihasilkan oleh pankrease. Tapi bila tiap kali mengandung kencing manis ni boleh datang lagi. Aku bila tau je pasal kencing manis tu teros google kat babycenter banyak info pasal kencing manis semasa hamil atau dikenali sebagai diabetis gestasi. Tanda tanda kita ade kencing manis semasa hamil ni keletihan, buang air kecil dengan banyak, dahaga yang terlampau, dan penglihatan kabur. Tapi mesti tak berapa nak perasan sebab kita ingat orang mengandung memang semue macam tu kan. Makan aku belum start diet pun, tunggu la jumpe pakar pemakanan nantikan. Tapi encik suami yang dah kawal tau, dia bagi aku makan satu hari satu chocolate je boleh. Masalahnya raya pun rumah orang banyak hidang kueh raya aku makan je semue. Tapi sekarang aku rasa sikit2 je la, air manis pun dah tak banyak minum, minum air masak je. Takot jugak bila kencing manis ni nanti baby besar susah gak nanti kan. Nak scan sebenarnya nak tau berat baby dah berapa, scan 27 weeks aritu tak lengkap la doktor tu tak beritau berat baby pun, minggu depan dah 32weeks nak ajak encik suami pergi klinik nak scan lagi. Nak tau berat baby dah berapa. Buku pink aku dah macam2 upgrade sticker tampal tu mula putih tak ada masalah apa, haritu naik ke hijau sebab hb asik kurang kan, ni dah naik ke kuning pulak. Haish. Doa semuenye ok dan dapat bersali  secara normal la nanti ya♥


TERIMA KASIH SUDI BACA, KALAU SUKE BOLEH TEKAN LIKE DAN TINGGALKAN KOMEN. LOVE -DIJA-

15 comments:

  1. dorg ckp normal je ada kencing manis masa pregnant. huhu tp part u minum xde rasa pape tu pelik sbb byk yg i baca sume loya tekak la nk muntahla hhaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul cha sekarang dah normal je orang kene kencing manis bila pregnant kan. Tapi mmg kene jaga la pas ni. Haha part minum tak de ape2 tu agaknya tetibe deria rasa hilang boleh minum dengan selamba, mule2 takot gak termuntah balik, nasib ok je hew

      Delete
    2. i minum gak xde prasaan pun. dlm ms xsmpai 30 saat setel minum. smpai nurse pn tekejut. kalo awk suke bnd manis, try mnum air byk2..sy suka makan n mnum bnd manis tp ari2 4-5 liter air shari kena mnum utk ptong balik smua bnd2 manis/masin semua tu.

      Delete
    3. Dija tak la suke bende manis, kalau air manis sikit je dah rasa tak boleh dah. Tapi haritu alhamdulillah ok la minum air gula tak sampai nak muntah. Sekarang dija memg rajin minum air masak je, sebab skrg nak makan kueh raya je kan. Jadi dija tak minumair manis, boleh cover sikit la camtukan hee

      Delete
  2. Sabar la yer..Benda ni tak boleh kawal pun. Nasib orang. Macam saya dulu sebab ayah diabetic diaorang pun suspek saya akan diabetic. Tp alhamdulillah setelah 2 kali minum air gula tak ada GDM. Jaga makan. Makan portion sikit-sikit. Kurangkan karbo dan gula. mkn protein lebey skit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tula pasni dija kene jaga makan jela. Dija keturunan tak de diabetis tu tak suspect sangat. Bile balik raya ni baru check. Tak pela kalau tak kene macam ni tak kawal makan pulak kan :)

      Delete
  3. biasalah tu gdm masa mengandung.. jijah sekali je minum air gula tu pon bacaan low 4..posr 3.9.. haa org kata manis sgt minum air gula tapi jijah minum sedapp je tak la manis.heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha sep2 jijah same jela dengan dija. Bedal je minum tak de rasa ape2 hee tula dija kalau pose ok. Tapi kalau tak pose tu yg tak ok tu. Mmg kene kawal makan je la. :)

      Delete
  4. tu la kan..masa pregnant ni kena standby dgn byk benda..apa2 boleh berlaku yg bt kita risau..huhu..jaga diri dan pemakanan baik2 yer..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah saila masa pregnant ni la banyak penyakit baru nak menjengah kita. Kencng manis masa pregnant ni dah macam normal pulak, selalu je org kene. Sebab tu la dia suruh gak mnum air gula, walaupun kita tak berisiko.

      Delete
  5. Risiko NNJ tu ape maksud dia??
    Minggu depan kena minum air gula.. ntah cmne agaknye bacaan nye.. huhu

    ReplyDelete
  6. Kena banyak bersedia n berjage2 time pregnant ni kan.Pape pon dija take care taw.InsyaAllah sha doakan dija dapat bersalin secara normal.Amin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin thanks dear sha. Dija doakan sha pun cepat2 dapat baby ya. Tula bila dah pregnnt mmg kene sedia je, rasa mmg yakin xde kencng manis sbb bukan jenis makan manis sgt, sekali terkena jugak, tak pe ni nak suruh dija jaga makan sikit kalo tak bedal je semue hee

      Delete
  7. slamat ari raya dija!!
    cian dia.. xpela, jg kesihatan, pemakanan semua elok2 yer. nak2 musim raya ni.. pembawakan ler tu kot *memandai jek.. hhehe*
    insyaallah, bsalin normal nnt.. aizu doakan dija n baby sihat :)

    ReplyDelete
  8. salam :)

    boleh cuba Jus Delima Bio Emas kami. baik untuk ibu hamil kerana mengandungi vitamin tambahan yang diperlukan & baik untuk tumbesaran serta minda bayi. untuk maklumat lanjut boleh lawati website kami;
    http://bioemas.com


    semoga berada dalam kesihatan yang baik :)

    ReplyDelete

terima kasih bagi sepatah dua kate