~~pEnGikUt sEtiA~~


Friday, August 23, 2013

Berjumpa dengan Pakar Zat Makanan

Bila dah disahkan GDM ni bertambah la appointment, 2minggu sekali jumpe doktor, dan ade beberapa tambahkan kene dengar talk dari pakar zat makanan dan bila dah genap 36weeks kene jumpe doktor pakar. Tarikh jumpe doktor pakar dah dapat masa genap 36weeks iaitu 19.9. Semalam dapat call dari klinik desa kene dengar talk hari ni iaitu hari jumaat ham 8.30 pagi.

Disebabkan encik suami kerje, kalau tak kerje boleh jugak teman dengar talk, ade 2-3 orang yang bawak pasangan. Jadi babah la yang menjadi driver hantar ke klinik kesihatan sebelum tu sempat lagi pergi sarapan dulu makan roti canai. Sampai je kat klinik kesihatan tanya misi kat mana nak jumpe pakar zat makanan, dia tunjuk kat atas. Masa tu pzm tu tengah sebok prepare slide, awal kan dia sampai, muda lagi pzm tu *motif nak cite mude lagi kan? Haha*. Baru dalam 3 orang je yang datang. 8.30 pagi dia start.
Banyak jugak info yang dapat bila pergi talk ni. Boleh la share sikit info2 yang mungkin berguna kan. Mula pzm tu cakap jangan sedih bile pregnant ni kenw GDM, bukan sebab kita makan bende manis banyak masa raya semue tu, tapi disebabkan badan kita yang tak boleh proses insulin, tu yang terjadinya GDM ni. Aku keciwa bila tau sebab frust kene kawal makan tak boleh makan banyak banyak haha *tak senonoh kan*. Bende ni dah jadi macam normal untuk yang mengandung, sebab tu sekarang umur 25 tahun ke atas bila dah 26weeks ke atas kene minum air gula tu, sebab nak pastikan ade ke tidak kencing manis tu kan. Orang dulu tu masa pregnant mana la ade check darah minum air gula bagai pastu lahirkan baby besar 4kg ke atas kemungkinan je diorang GDM tapi tak tau kan, tu kadang kadang bile dah tua kene kencing manis *aku buat kesimpulan sendiri*

Ape tu kencing manis? *aku pun dah macam pzm jugak*. Kencing manis tu bila kandungan gula dalam darah kita tinggi. Ada 3 type untuk kencing manis. Type pertama ialah baby yang baru lahir memang tak ada insulin dalam badan. Jadinya dia memang kene cucuk insulin sepanjang hayat dan kencing manis tu bersifat kekal. Second type untuk orang yang berusia, tapi sekarang yang muda pun dah ramai jugak kencing manis. Yang ni pun bersifat kekal jadi cara mengawal kene ambil ubat ubatan dan jugak cucuk insulin. Last type ialah yang aku tengah hadapi sekarang ibu mengandung. Tapi yang ni bersifat tidak kekal/sementara. Nak mengawal dengan cara menjaga pemakanan dan jugak cucuk Insulin. Untuk ibu mengandung dia tak kan bagi ubat ubatan sebab dia takut akan memberi kesan pada bayi dalam kandungan. Kira cara paling selamat dan semula jadi dengan cucuk insulin. Kadang2 tiap badan kita ni lain2 ada yang kawal makanan macam mana pun gula dalam darah dia tetap tinggi, ade yang bila tak kawal makan gula dalam darah tinggi dan ade yang boleh kawal makan dan memgurangkan gula dalam darah. Jadi bila kita buat bsp (blood sugar profile) dah dapat bacaan tu kalau bacaan gula tinggi dan kali ke dua tiga pun tinggi memang doktor akan sarankan kita cucuk insulin. Rasanya semue takot bila sampai tahap cucuk insulin kan, aku pun takot tapi bila doktor cakap tu cara paling baik dan semula jadi rasa macam kalau memang kene kita kene jugak buat kan. Sebab bila gula dalam badan tinggi, lepastu kita pulak tak nak cucuk insulin, nanti risikonya pada baby kita jugak kan. Tapi kalau boleh kawal makan dan gula pun ok cuba lah untuk kawal. Tapi aku agak ngelat jugak la, bile kene buat bsp pandai pulak nak makan sikit2, tapi sebenarnya gula rendah sangat dalam badan pun tak elok jugak. Sepatutnya buat bsp tu bacaan pertama tak boleh lebih 5, ke dua tiga tak boleh lebih 6, keempat tak boleh lebih 7. Bacaan aku 4.4, 5.9, 4.1,3.9. Bacaan pertama ke dua tu kira ok. Sebab sarapan dua biji karipap terus naik macam tu, bacaan ketiga kurang sebab aku tak amik nasi semue tu. Sepatutnya makanan yang ade kanji kita kene amik tapi kuantiti tak banyak la, protein boleh nak lebih, sayuran hijau memang kene lebih lebih, buah pun ade hadnya dan ikot jenisnya tembikai pun tak boleh sebab manis. Bacaan terakhir aku rendah pun kene tegur sepatutnya kene dekat2 7, dia takot gula kurang nanti kita sampai menggigil gigil, tapi aku ok je cuma mase singkat aku makan pun sikit je la kan.


Kalau ikot pemakanan yang betul kan, kita kene makan 6 kali sehari, 3kali yang berat, 3 lagi sampingan. Aku siap lukis timeline pemakanan ni bagi senang nampak macam mana nak makan 6 kali *aku nak jadi pengganti pzm*. Yang 3 ke bawah untuk yang berat dan 3 ke atas sampingan. Untuk sarapan boleh je nak amik roti nasi tapi ikot kuantiti yang dibenarkan. Roti boleh 2 keping, makan dengan telor goreng pun boleh *pzm kata goreng2 tak ada masalah sebab badan kita perlu jugak minyak* letak je sayur tomato ke timun ke atau salad nak letak tuna pun boleh, kanji je yang kene kurangkan, yang lain semue boleh lebihkan. Cuma yang tak boleh letak cili sos. Itu yang aku suka kan. Pasni nak makan ayam kfc boleh je tapi jangan makan dengan cili. Untuk pukol 10.30 makan je kueh yang tak ade gula macam karipap tapi amik 2 keping je la, sebab ade kentang jugak dalam tukan, popiah pun ok tapi jangan cicah sos. Next adalah makan tengah hari. Makan tengah hari boleh nak makan nasi, tapi nasi cuma letak dua senduk atau setengah cawan je, kalau tak tahan sangat la baru lebihkan nasi tapi maksimum 1 1/2 cawan je. Sayur hijau kene lebih dari 1 cawan *tapi aku tak suke sangat sayur2 hijau ni* protein pun boleh lebih, ayam ikan boleh lebih. Cara masakan ayam ikan tu kan orang selalu cakap paling baik kukus, rebus, bakar. Tapi untuk pesakit kencing manis boleh je nak makan ayam goreng ke, kari, kurma, asam pedas, masakan yang tak ade gula, tak guna sos cili, tomato, kicap, sos tiram. Yang paling tak boleh padprik la kan. Dah la aku suke masak padprik kan. Tak pe pantang bape bulan je ni sampai lepas bersalin je kan, lepastu boleh dah makan *positif sangat*. Dalam pukul 3.30 tu boleh la makan kueh ke biskot ke. Goreng pisang tak digalakkan sebab manis. Biasanya kita dengar buah elok makan sebelum makan makanan lain kan. Tapi untuk pesakit kencing manis tak boleh makan buah ketika perot kosong, maknanya kene makan dulu makanan lain baru makan buah. 6.30 tu kira makan petang makan mee hoon ke tapi bila goreng2 letak sos tak digalakkan sangat la. Makan nasi pun boleh. Dan last sekali malam pukol 9.30 makan la biskot tawar, boleh makan 3-6 keping, aku selalu nak 7 keping la baru kenyang kan. Dan kene minum susu. Susu baik untuk tulang tak kisah susu ape ape pun susu yang fresh tu pun boleh asalkan rendah lemak.

Last nak bagi tips macam mana nak kurangkan berat badan selepas bersalin dengan nak kecutkan rahim dengan cepat. Cara dia senang je dengan breastfeeding selama 6 bulan tu kita boleh kurangkan kalori. Kalori berkurang dua kali ganda dari orang yang jogging kat padang *bape pusingan terlupe la pulak haha*. Jadinya marilah kita breastfeeding selepas bersalin nanti, harapnya susu pun keluar banyak la kan. Sepatutnya dah kene makan ni sebok pulak mengupdate blog kan, nak kene kawal pemakanan ni. Next kene buat bsp 10.9. Balik dari bercuti yang kononnya jalan nak makan banyak banyak tu.

TERIMA KASIH SUDI BACA, KALAU SUKE BOLEH TEKAN LIKE DAN TINGGALKAN KOMEN. LOVE -DIJA-

12 comments:

  1. Semangatnya dijah...jaga diri elok2 yer..InsyaAllah tak ada ape2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semamgat type je fiqah. Ikot ke tak len cerita.. haha amin mudah mudahan♥

      Delete
  2. jaga makan sangat tak best kan.. saya yang kena jaga berat pun rasa dah sangat2 tak best.. tapi takpela, sebab GDM bukan bersifat kekal.. tak lama dah kena sabar.. chaiyokkk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan awak tula time pregnant ni la nak mimtak macam2 dan ade org tunaikan rasa ruginya haha. Tula amin pas bersalin bila bf in shaa Allah ilang.

      Delete
  3. jg mkn lelok ye dijah. sy pun tkot ni next apoiment kene buat test air gula. dahla asek lalu makan bnd manis je T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan risau rina kalau badan kita mmg xde problm makan bende manis skrg pun xde masalah. Dia cume nak tau bila kt mnum air gula dlm 2 jam tu dia cpt brtndak bls tak, kalau tak tu yg mslhnya. Problmnye bukan pd mknan kt, tp badan kt yg xleh proses insulin :)

      Delete
  4. ok. da paham da.hehe

    p/s: Dja penah kene cucuk ker?? sram nye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sya pun nanti dah nak kawin pastu In shaa Allah pregnant pulak, ni antara risiko yg dihidapi ibu pregnant. Tp sya jgn risau kalau badan ok ok je♥ dija tak pernah lagi sampai cucuk insulin seram gak tu hee

      Delete
  5. mcm mcm eh pregnant ni huhu byk kene pantang. take care dijah. tulah i busy la skrg stress keje :(

    ReplyDelete
  6. memang betul breastfeed tu kurus kan...kawan2 i sume bf..sume kurus2 belaka..hehe

    ReplyDelete

terima kasih bagi sepatah dua kate