Google+ Followers

~~pEnGikUt sEtiA~~


Sunday, August 4, 2013

Tiada Lagi Kad Raya

Okey nampak sangat kebosanan sebab rajin mengupdate blog, hari ahad pun encik suami keje. Memang keje je ni sampai last day puasa. Raya pertama baru start cuti. Ni kat rumah mak mertua aku pun tak tau nak buat apa sangat, tengok tv pastu ngantok tido balik, serupa itu orang pemalas kan. Mengadu encik suami yang aku bosan, dia suruh pergi jalan jalan, nak gi mana ntah, dia cakap pergi la bazar, tidok la nak pergi sorang2 kan, jalan kaki pulak, kalau ada encik suami tak pe, boleh jalan kaki gi bazar sambil pegang2 tangan *mengada kan*. Dan pesanan dari encik suami kalau bosan update la blog hari hari, jadinya aku pun merajinkan diri la update blog ni untuk kurangkan bosan. Nanti raya sebok sebok mesti biar je blog ni menyepi kan.

Saje je nak cerita pasal kad raya, dulu zaman zaman sekolah bila bulan puasa kan suka tunggu encik postman,  sebab excited nak dapat kad raya, kalau ada kad raya gembira je. Dah tau sangat bunyi motor encik postmen. Kalau dia cuma lalu je rumah kita muka masing masing kecewe je tau. Pastu nanti suke kira siapa dapat kad raya paling banyak. Pantun paling femes amos bila bagi kad raya
"Pecah kaca pecah gelas, sudah baca harap balas"
Dari darjah 1 aku dengan kawan baik aku ni berbalas2 kad raya pada orang yang sama dengan pantun macam ni, tak ada kesudahan betul. Sebab asik mintak balas je kan. Tu masa darjah satu fikiran pun tak matang lagikan, budak2 sekarang ada bagi bagi kad raya lagi tak?

Tapi rasa zaman zaman sekolah je seronok berbalas kad raya, zaman dah masuk universiti kad raya pun dah kureng dah. Satu satunya kad raya yang ditunggu tunggu haruslah kad raya dari encik suami. Masa tu belum jadi suami lagi ya. Tahun ni kan tahun ke 9 kami bersama kan sejak dari sekolah lagi. Tapi tak de la tiap tahun dapat kad. Start masa kat universiti encik suami rajin la nak bagi kad raya. Seronok okey sebab post kat kolej, kad besar besar, ada yang bunyi bunyi, tapi kad je besar lebih tulisnya cenonet je pun. Encik suami bukannya pandai nak tulis jiwang jiwang panjang panjang ni pun. Tahun lepas dapat lagi kad raya dari masa tu dari kekasih dah upgrade jadi tunang kan. Tapi kad pass by hand je. Masa dah sambung degree kat shah alam pun kad pass by hand je bila jumpe. Walaupun ucapan nya sikit je. Tapi bermakna ok. Tidur letak bawah bantal kad yang baru diterima tu. Sekarang semue kad kad tu dah simpan dalam kotak♥

Ni bila dah kahwin ni, tak adanya kad kad raya dah. Orang bagi kita terima orang tak bagi kita pun diam je la. Tapi haritu ada jugak cakap kat encik suami tahun ni tak dapat kad raya pun. Dia buat tak layan je okey haha encik suami ada depan mata dan dapat beraya bersama sama lagi bermakna sebenarnya dari kad kad raya kan kan *sweet la konon, ke ayat sedapkan ati sebab tak dapat kad raya? -_-*.


TERIMA KASIH SUDI BACA, KALAU SUKE BOLEH TEKAN LIKE DAN TINGGALKAN KOMEN. LOVE -DIJA-

2 comments:

  1. haha i dgn husband tak pnh lg kad raya masa bercinta sms dgn call je. dr kwn2 pun dh lama tak dpt kad raya. skrg sume sms je kan. eh whatsapp.

    ReplyDelete
  2. tula pasal..rindu nak dapat kad raya byk2 siap boleh gantung masa raya! pastu org datang rumah boleh buat muka bangga sebab dpt byk kad raya hahahaha burokkk perangai WE hehehehe

    ReplyDelete

terima kasih bagi sepatah dua kate