~~pEnGikUt sEtiA~~


Friday, August 2, 2013

Malas Packing Barang

Siapa yang mengalami situasi macam aku, suke nak berjalan tau, tapi paling liat bab nak packing baju baju, kalau boleh nak seru je baju baju tu pastu gerak sendiri dalam beg kan *pastu seram pulak kan*. Sebelum nak packing dalam beg tu haruslah kene pilih pilih baju dulu, tu pun malas jugak. Nak kene fikir siang nak pakai baju ape, malam nak pakai baju ape pulak, kalau tiba tiba nak gi jalan pulak baju lain pulak, berapa helai pulak kan. Pastu kalau dah pilih baju haruslah kene pilih tudung/shawl yang bersesuaian pulak, tambah la sendat beg tu kan. Masa nak gi jalan memang la rasa excited, tapi nak kemas barang ni pulak, alahai, dulu boleh la baju untuk sorang je, pastu sumbat ikot sesuke hati kan, sekarang ni dah kene packing untuk dua orang pulak, tak lama lagi bertiga pulak. Yang barang baby lagi la kene pack betol betol kan. Kalut je rasa kan.

Aku sebok cerita pasal packing barang ni sebab malam ni dah nak balik rumah mak mertua dah. Kawasan sini pun sunyi je semue dah nak balik raya, mama babah pun dah nak pergi bandar sri putra hari ni, jadinya balik la rumah mak hari ni. Macam jauh je rumah mak kan. Walaupun tak jauh tapi banyak jugak la barang yang nak kene bawak. Encik suami dah la keje hari sabtu dengan ahad, weekend rasa macam tak weekend la minggu ni. Isnin sampai rabu pun encik suami masih kerje lagi. Start raya pertama baru la cuti sampai raya ke empat. Jadinya kene la angkut baju kemeje untuk encik suami, dah siap2 gosok dah bawak je teros dengan hanger. Baju raya pulak dah settle mendobi dan gosok, tudung/shawl pun dah siap2 gosok, semue gantung je, bawak je dengan hanger malam nanti. Bahagian encik suami dah settle dah semue baju dah pilih dah. Tinggal bahagian aku je ni tak tau nak letak baju ape. Beberapa hari ni rasanya duduk je rumah mak tak pergi mana, jadi bawak je la baju baju untuk duduk rumah. Tapi baju duduk rumah ni tak berapa banyak pulak, tu la masalahnya. Kat rumah mama ni biasanya siang2 pakai dress tanpa lengan je, seksi meksi pun tak pe. Kat umah mak mertua tak kan nak pakai cam tu segan pulak kan, kene la cari baju yang bersopan santun sikit kan. Seluar pulak dah banyak tak boleh pakai bila perot dah kedepan ni, kalau pakai tracksuit pun rasa rimas gila tau, seluar yang boleh pakai palazzo je, sebab kembang dan sejuk je rasa. Tapi palazzo bukan banyak, ada 2-3 je, ulang ulang pakai la nanti.

Cakap dengan encik suami hari ni la baru nak packing barang dia cakap ada la barang yang tertinggal nanti. Wah tak yakin betol dia dengan puan isteri dia ni kan. Macam la jauh sangat rumah mak kan. Kalau terlupe bawak barang pun boleh je datang amik kejap kan. Settle dah bab packing ni, sekarang boleh relax je baring2 tunggu encik suami balik.

Hari ni nak berbuka puasa kat luar. Kali ke dua nak buka puasa kat luar. Tapi tak pergi masa berbuka la. Encik suami habis kerje pukol 7, sampai dalam 7.30 malam, goreng je ape ape dulu untuk alas perot, tapi ari ni makan lewat sikit la kot, nak bawak2 barang teros balik rumah mak nanti. Ari ni nak berbuka mee bandung, bulan puasa makan nasi je kan, ari ni tukar menu la pulak :)

Pic barang yang dah siap dipacking, gantungan baju raya, handbeg bukan handbeg raya, handbeg hantaran hari tu, cantik lagi dan besar pulak, macam2 la boleh letakkan, tapi makin banyak letak makin berat la beg. Camera pun bawak dua ni satu bawak camera nx1000 encik suami, satu lagi instax camera. Jadi makin banyak pulak barang kan♥


TERIMA KASIH SUDI BACA, KALAU SUKE BOLEH TEKAN LIKE DAN TINGGALKAN KOMEN. LOVE -DIJA-

3 comments:

  1. kita sama la dija..malas nak packing..malas nak besiap...to suka bejalan...haha..

    ReplyDelete
  2. sama la kita pun berat bontot nak packing baju..huhu

    ReplyDelete
  3. i isnin depan baru packing sbb isnin tu i keje lg huhu

    ReplyDelete

terima kasih bagi sepatah dua kate