~~pEnGikUt sEtiA~~


Thursday, May 8, 2014

Ayam bakar pemanggang ajaib

Ohoi sejak ade pemanggang ajaib ni kan memang macam keajaiban la yang berlaku. Aku rajin gila nak memasak. Semue nak bakar bakar je guna pemanggang ajaib. Sampai aku fikir macam ni boleh try buat macaroon guna pemanggang ajaib ni. Boleh ke? Tak try lagi. Kot kot menjadi kan. Aku beli pemanggang ajaib masa pergi langkawi hari tu. Cari jugak brand ikan tu tapi takde jual kat sana. Masing2 sebok jual brand sendiri. Tapi bila fikir2 serajin mana aku nak gune beli yang mahal mahal tukan. Jadinye masa pergi hig tengok2 pemangang ajaib dia macam ok jugak. Aku pilih yang harga rm69.00. Tak besar sangat dan tak kecik sangat.

Aku baru je rasmikan hari isnin. Dah puas dah berjalan banyak makan kat luar. Minggu ni macam nak masak puas puas *kononnya*. Boleh la cakap kan sekarang baru ari ape kan. Ok untuk permulaan makan malam hari tu saja nak try buat ayam bakar. Bila dah buat ayam bakar kombinasi yang sesuai adalah wedges je la kan. Wedges segere je, senang, malas nak buat sendiri. Aku bagi tajuk siap ada pemanggang ajaib sebab 2 3 hari semue resipi aku akan letak belakang dia pemanggang ajaib. Kirenye aku nak memudahkan korang jugak nanti kan.

Sebelum nak bakar ayam. Kenela perap dulu. Kalau perap lama lagi best kan. Tapi aku biasalah buat last minit. Perap jap je terus bakar. Bahan perapan ayam:

Bawang merah *blend*
Bawang putih *tumbuk*
Sos bbq
Kicap masin
Sos tiram

Ni resipi encik suami aku. Resipi sesuka hati. Bahan pun letak sesuke hati je. Tapi guna pemanggang ajaib ni memang mudah la. Ayam masak pun cepat, tak payah tunggu lama lepastu kan ade effact hitam2 konon macam bakar guna arang la kan. Layan kan je la kan. Yang bestnye bile masak ni encik suami cakap sedap ayam tu. Sedap sehingga menjilat tulang la kan. Hari ni aku dah try buat burger bakar sendiri. Nanti aku share resipi burger bakar pemanggang ajaib pulak. Ajaibnya guna pemanggang ajaib ni semue masakan sedap. Haha ye ke? Try la beli kalau nak tau korang buat sedap ke tak *promoter pemanggang ajaib tak berbayar*.


TERIMA KASIH SUDI BACA, KALAU SUKE BOLEH TEKAN LIKE DAN TINGGALKAN KOMEN. LOVE -DIJA-

2 comments:

  1. pemanggang ni menjimatkan masa ...ika suka!

    ReplyDelete
  2. pernh try gak bakar ayam...tapi hangit...api dapur dah slow dah

    ReplyDelete

terima kasih bagi sepatah dua kate