~~pEnGikUt sEtiA~~


Monday, May 19, 2014

Shopping online tak selalu indah

Ayat ade bunga bunga sedih kat tajuk entry kan. Hari ni tutup cerita pasal zarif kejap beri laluan mama zarif nak share pengalaman shopping online. Sekarang memang kemarok sgopping online,  lagi kat instagram hashtag je ape barang kita nak selalunya mesti akan keluar kan. Jadinye sekarang dija lagi suka shopping melalui instagram. Dan dija lebih suka shopping barang yang memang dah sedia tulis harga, tak minat yang pm for the best price. Sebab kalau tanya tanya beriya pastu bukan nak belikan. Jadinye bile dah letak harga lagi puas hati kan. Kadang ada masa lepas bangun susukan zarif, boleh pulak bukak instagram cuci mata tengok handbag. Pukol 5 pagi kot. Lepastu mule la ting tong kan. Memang tak ade keje kan.

Tapi bukan tiap kali shopping online indah kan. Yang indah kan bila dapat barang yang kita nak, cantik seperti dalam gambar, quality pun baik, design yang kita nak dan quantity yang kita mintak. 

Paling berisiko pada aku bila shoppibg baju online. Memang ade ukuran tapi tak berape yakin jugak nak beli walaupun ade ukuran. Lepastu aku pernah beli dekat satu butik online, agak terkenal jugak la. Dekat description cuma tulis jarang kat tangan dan brestfeeding friendly. Tapi bila dapat bukan kat tangan je jarang kain chiffon kan badan badan pun memang jarang, memang kene pakai inner la. Sepatutnya dia tulis la yang jarang dan kene pakai inner. Tak ade la rasa tertipu sangat kan. Lepastu tak sesuai untuk bf pun. Butang tipu je kat baju tu. Aku mudah tertipu tengok model pakai tak semestinye sesuai untuk aku kan. Tapi tula kalau baju chiffon memang jarang tak payah la nak beli online. Nasib la aku beli masa tu ade offer. Stock raya tak habis kot. Masa raya jual 200 lebih. Macam tak berbaloi je orang yang beli 200 lebih tu. Masa aku beli rm70. Tapi macam tak serik aku ni kan raya nak jugak tengok online shop yang buka preorder dan measurement ikot kita. Rasa selamat sikit kan. Ni risiko kalau beli pakaian kan.

Aku order carrier hari tu. Memang service kira tip top la sebab laju gile sampai. Hari ni order esok sampai dah. Tapi bila bukak. Dush Dush kecewe habis. Sebab design lain yang sampai tau. Dah la yang sampai tu simple gila. Yang aku nak siap berbunga bunga bagai. Memang kecewe gila dahla punya excited bila nak bukak barang tu, bile tengok barang tu macam nak nangis nak marah pun ada. Tapi lepastu rasa kelakar jugak. Sebab beli senyap senyap tak beritau encik suami tu la padahnya padan muka kan haha aku pun terus la aku mesej owner tu. Tapi bukan salah dia dia kira orang tengah. Supplier yang hantar. Dia bagi tukar. Cost pernghantaran semule dia tanggung la. Aku pun hantar la balik carrier yang salah tu. Tapi nak tunggu carrier baru tu sampai orang sabar pun boleh jadi nak marah gila. Dia cakap dah post hari selasa aku ni hari harilah tunggu. Siang pun nak tido pun tido tido ayam takot tak perasan barang terlepas. Memang aku ni macam tak ade keje nak tunggu postlaju je kan. Tu yang buat kita marah kan. Bila dah cakap dengan owner tu. Dia mesej2 supplier dia tak hantar lagi pun. Dia bagi tracking no pun bila search sebelum tu not found. Dah tak hantar lagi memang la tak ade dalam system kan. Akhirnya jumaat baru dia hantar, isnin carrier tu sampai. Ni risiko yang patut kita hadapi la kan.
Lagi satu kalau kita order barangan pre order. Kene sabar nak tunggu sampai tu. Sampai sampai tak dapat ape yang kita nak. Tambah lagi kecewe. Macam kes aku dengan kakak aku beli baby bean bag. Beli akhir bulan 10 bulan 11 dia cakap dah boleh dapat. Tunggu tunggu tak dapat dapat tau. Sampai aku dah habis pantang dah balik mersing pun tak dapat lagi. Kakak aku siap mesej cakap nak buat report. Ye ye je pun tu kire ugut nak bagi takot je pun. Rajin ke kitaorang ni nak buat report. Beli dah la satu rm150, beli dua rm300. Bile dah desak desak, kakak aku siap tulis kat wall facebook orang tu sebab dia tak balas mesej, tapi boleh pulak dia delete comment tu tau. Update facebook boleh, alasan dia cakap faceboom dia problem la ape la, mesej tak balas, nampak sangat bagi alasan kan. Akhirnya dia dah tak tahan kan. Dia hantar jugak. Tu pun dua hari dia bagi tracking no tak ade dalam system pun. Kakak aku mesej lagi dia. Esoknya check baru ade dalam system bile dia kene marah, ape maknanya?  Dia baru hantar la tu kan. Sampai sampai tambah kecewe dan nak tergelak pun ade. Yang sampai pun ikot suke hati je design tu. Nasib dia hantar dua dua tau. Tapi dua dua la design yang tak dikehendaki. Bila ingat balik sekarang selalu nak tergelak. Lepastu zarif bukan suke sangat duduk atas tu. Membazir je beli sampai gadoh2 dengan owner tu. Bukak page dia baru baru ni ade jugak yang complaint beli dari bulan 10 sampai sekarang tak dapat. Bayangkan beli sama dengan kitaorang dah berape bulan tak dapat dapat. Macam mana orang nak sabar kan. Kalau kau ni jenis update beritau yang kau post lambat sikit tak adenye orang nak marah marah. Yang marah marah tu kau pulangkan je la duit. Kalau kau ni orang islam yang nak meniaga jujur la sikit, kalau kau rasa kau tak boleh jujur tak payah nak meniaga. Macam mana rezeki nak masuk kalau kau buat customer macam tu kan.

Tu antara pengalaman yang pahit la kirenye. Tapi aku tetap je suke shopping online serik nya setengah jam je lepastu lupe dah, shopping semule kan. Aku suke online shop yang ownernya ramah tamah sudi jawab walaupun kadang aku cuma nak tanye tanye je dulu kan. Semoga rezeki korang lebih murah lagi ya. Sebenarnye bende ni terpulang pada korang tak ade siapa yang paksa kau beli kan jadinye fikir dulu sebelum beli cuma owner online shop tu pun perlulah jujur dengan customer. Supaya customer tu loyal dengan korang dan kalau barang tu best mesti dia akan datang beli lagi. Pehhh terasa macam jawab exam marketing ni. Rindunya nak study *tetibe*

asik shopping online je kan. Lepasni rasenye nak berjinak secara serius dengan menjual secara online. Nak belajar dulu strategi marketing online. Amin moga ade rezeki untukku. boleh la menolong menambah pendapatan suami *kononnyalakan* padahal nanti aku gune duit tu untuk shopping senyap senyap jugak. Hee


TERIMA KASIH SUDI BACA, KALAU SUKE BOLEH TEKAN LIKE DAN TINGGALKAN KOMEN. LOVE -DIJA-

6 comments:

  1. mmmmm...so far ika xpenah kena lagi la pengalaman mcm ni :p tapi hubby ika memang xpercaya la jual beli online ni dia kata :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha tapi dija suke jugak beli online walaupun kadang terkena jugak. Kepuasan kot bile beli online kalau dapat ape yang kita nak la. Kalau tak merana jiwala hee

      Delete
  2. saila mmg kureng kalau online shopping nie..kalau saila beli mmg ikut kata hati..kalau rasa ok xde rasa was2..saila beli..so far ok la :)

    tp saila x pandai la nak cari brg kat IG.. huhuhu! boleh ajar x? heeee..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saila jangan la kureng. Nanti dija nak jual barang online saila kene support haha paling best saila shopping kat ig saila. Senang je. Saila search je hashtag, tapi kadang hashtag menipu menyakitkan jugak, ade penyalahgunaan hashtag. Kalau saila nak cari baju baby search je sayajualbajubaby bajubabymurah macam2 hashtag la. Jgn lupe follow dija kat ig haha retis sgt

      Delete
  3. Saya suka beli online..Dah jarang beli kat kedai..dan dari pengalaman, saya takkan beli kalau rasa tak sedap hati..hihihi...Tapi sama jer..beli online ke beli kat kedai ke..dut habis jugak...hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Beli online macam lagi mudah kan fiqa. Tapi risiko jugak la. Tapi dija tak serik pun. Shopping jugak online. Siap install app track postlaju hee

      Delete

terima kasih bagi sepatah dua kate