~~pEnGikUt sEtiA~~


Friday, August 30, 2013

Misi Mendobi Baju Baby

Alhamdulillah semalam dah genap 33 weeks, maknanya kalau ikot due ade lagi 7 minggu je lagi nak melahirkan baby mama ni, sebulan lebih je lagi kan, rasa tak sedar je cepat masa berlalu. Minggu ni pulak dapat dua berita yang satu best dan satu lagi mula mula dapat tu perasaan bercampur campur, sampai sekarang pun bercampur lagi, tapi ade jugak rasa teruja. Cite best yang pertama hari ni encik suami last day kerje kat hospital sultanah aminah, dan mulai besok cuti sampai la 25.9, lame gile kan cuti, haruslah aku seronok kan, ni la seronoknya bile aku ni tidak bekerje kan, encik suami cuti lame ni aku pun boleh la ikot encik suami nak ke mana mana saja, cuti kalau tak berjalan memang tak bermakna la cuti tu untuk encik suami, dah ade baby nanti macam mana. Tapi tak de la boleh jalan jauh2 sangat, 33 minggu ni kire dah dekat jugak nak bersalin ni, takot jugak terbersalin kat tempat orang kan. Disebabkan cuti panjang ni, jadinya ahad ni nak duduk la bandar sri putra, nak duduk seminggu lebih, ade appointment kat klinik desa tu kene balik jugak, kalau tak duduk lame lagi la. Tak sabar nak jalan jalan cari makan, abc seksyen 2 shah alam dah memanggil manggil ni♥ tu yang bestnya kan tapi ada jugak yang tak bestnya, start 26.5 encik suami dah start kene lapor diri kat hospital lain iaitu hospital mersing, area johor lagi, tapi nak sampai sana dari umah sekarang kira dalam 2 jam jugak la. Disebabkan due pun dah nak dekat, akhir bulan 9 tu dah tak sampai sebulan nak bersalin kan, encik suami ade jugak tanya ke nak bersalin kat hospital mersing je, oh tidak la, dah buat keputusan nak bersalin kat hospital sultanah aminah kan, lagipun tu hospital besar kan, yakin sikit la. Jadinya terpaksa la kami duduk berjauhan sementara sampai la lepas pantang kan. Hujung minggu kalau tak on call boleh la encik suami balik. Sekarang dah la macam mengada sikit, bila encik suami shift malam je susah aku nak tido, bila ade kat sebelah lene je. Nanti duduk berjauhan macam mana la. Kesian makan minum gosok baju semue tak ade orang jaga, jadi bujang kejap la encik suami nanti. Encik suami memang kene pergi mersing dulu untuk cari rumah sewe yang selesa untuk kami bertiga duduk, bila dah ade si kecik ni nanti senang la kalau rumah pun dah tersedia kan. Bab rumah tu yang buat aku teruja, dalam kepala dah fikir nak deko macam mana la, ni la jakun kan, yela dah sampai nak dapat baby tak pernah duduk sendiri, bila dapat duduk sendiri ade la rasa seronok jugak. Semalam ayat encik suami comel je tau, adik memang setiap hari call aku, ada je bende nak cerita, pastu tetibe encik suami tanya semalam, abang boleh call pukul berapa je nanti, aku jawab la bile2 pun boleh la abang nak call *cam pelik la encik suami tanya kan*. Pastu encik suami cakap yela abang kene bersaing dengan adik nak call ayang, ok comel gile kan, haha aku cakap dia tak perlu bersaing pun bile bile hari hari nak call pun boleh♥ nanti ade baby boleh video call tiap hari♥ ni yang buat belum duduk jauh jauh lagi aku dah asik teringat ingat encik suami, nanti mesti rindu gila T_T

Dah dah Mukadimah bukan main panjang lagi kan. Tak masuk masuk isi lagi, tak sentuh pasal tajuk pun lagi, cerita utamanya sikit je pun ni. Disebabkan nak berjalan jalan ni, barang baby dan mama pun dah patut pack satu beg kan, letak siap siap dalam kereta, senang kalau tetibe la kan, siapa tau kan kalau anak mama teruja nak keluar awal kan, tak nak papa duduk sorang lame lame ke kan. Tapi semalam papanya dah usap usap perut cakap baby jangan keluar dulu, tunggu papa ada, keluar masa raya haji, petang lepas mama dapat makan makan dulu *papanya nak jugak bagi mamanya makan banyak banyak dulu, auwww sweet jugak encik suami kan♥*. Sekarang selalu jugak doa ni kalau nak sakit ke ape biarlah masa encik suami ada encik suami yang bawak ke hospital kan. Jadinya bila nak berjalan ni aku pun dah jalan kan misi mendobi baju baby, baju baby yang dah kering siap dah pack dah, baju aku je tak letak lagi nak tengok checklist ape barangan lagi yang perlu bawa ke hospital. Kalau orang tengok baju yang aku basuh ni bukan main banyak lagi tau, sebenarnya campur dengan anak angah punya baju ni, mama tok yang pilihkan dia cakap boleh je pakai lagi ni, jadi basuh semue sekali. Bedung dan barut pun terus basuh, ni pun campur untuk baby angah yang comming soon tu jugak, pening jugak la masa nak menjemur sampai tak cukup ruang. Last last mitten dengan booties susun keringkan atas meje je senang♥


Selesai dah melipat baju baby, bedung, barut, tinggal masukkan dalam drawer baby yang comel tu je. Malam ni nak packing baju mama dengan papanya yang nak berjalan jalan pulak♥ excited ok, esok lusa dah la banyak jemputan, makan tak ingat dunia la ni ^_^ 

TERIMA KASIH SUDI BACA, KALAU SUKE BOLEH TEKAN LIKE DAN TINGGALKAN KOMEN. LOVE -DIJA-

8 comments:

  1. Best2....seronoknyer tgok bj baby bnyk2...geramlah...selamat berjalan2...jaga diri k...

    ReplyDelete
  2. wah...dah mendobi baju bby la dija :D mesti lagi excited an tgk baju2 yang comel semua 2 :)

    ReplyDelete
  3. wah2..dah complete dah..barut baby pun dah basuh..enul punya, ade kat kg lg..tak tau mak dah start jahit ke blum...excited kan...hehehe

    ReplyDelete
  4. bestnye.. makin hampir nk jmpe baby :')
    mule2 mmg jakun nk dok umah sendiri. tp lelame, MALAS mule timbul.. rumah ke mne, deco ke mane.. hahaha

    ReplyDelete
  5. djaa...!! comel nye sarong tgn baby byk2. hehehe. comel gile.....!!! =)

    ReplyDelete
  6. Banyaknye baju baby.Comel3.Suke je tgk.Berjalan je dija ni ye.Take care taw dear. :)

    ReplyDelete
  7. ALOLOLO siap mendobi semua dah~ byk btol baju baby ni hah kalah mummy dia ni... :)
    Btw WE ada tag Dija join GA~ :p saje ngengada nak tag m2b sorang ni tau!

    ReplyDelete
  8. wah kejap sgt dah almost nak deliver.ai wish u safe and be tough ok :)

    aih bila la turn ai plak.wuwuwuwuw


    sangat comel tengok yang dijemur jemur atas meja tu ;)

    ReplyDelete

terima kasih bagi sepatah dua kate