dah sembilan hari aku bergelar isteri, Alhamdulillah rasa bersyukur dikurniakan seorang suami yang sentiasa sabar melayani kerenah aku, susah nak digambarkan perasaan aku ketika ni, bahagia yang teramat sangat dan semoge perasaan ini berpanjangan dan mendapat kebahagian yang berterusan..amin
sebenarnye bile dah kawin ni nak update entry pun dah rase malas malas je tau, nak review untuk majlis semue gambar pun belum dapat sepenohnye tau, hari ahad sepatutnye mase untuk berjalan jalan bersama encik suami tapi aku keseorang je kat rumah, encik suami kerje di hari ahad? kene redha dah tu tugasan encik suami sebagai seorang doktor kan, buat mase ni aku masih lagi bekerja sebagai suri rumah sepenoh masa, belom lagi cari kerje, in sha Allah kalau ade rezeki dapat la kerja kan, ade sape2 nak recommend ke? *promote diri sambil sambil* pagi ni bangun seawal 5.30 pagi siapkan sarapan untuk encik suami, itu pun liat2 nak bangun, lepas bunyi alarm boleh tido balik tu, cakap dengan suami 3 minit lagi baru nak bangun, encik suami jugak yang kejotkan akhirnya tau, dengan muke selekeh selekeh siapkan sarapan untuk encik suami sementara encik suami bersiap, tak ade la masak power sangat, masak nasi goreng yang paling simple tu pun sempat google resepi nasi goreng simple dan sedap, terima kasih encik google sebab sangat berjasa, lepas ni rajin la google resepi kan, hari hari nak masakkan encik suami, tambat hati melalui masakan hehe perasaan bertambah bahagia bile tengok encik suami makan masakan yang kita masak dengan berselera dan tambat best bila terima pujian, walaupun tau masakan aku tak la seberapa, tapi rase dihargai bila encik suami suke dengan ape yang kita masak :) semue nak kene ubah bila dah kawin ni, kalau sebelum ni set alarm 6.40 pagi bangun untuk semayang subuh *dah nak akhir waktu baru nak bangun solat* sekarang 5.30 pagi dah kene bangun siapkan sarapan untuk encik suami, dan encik suami keluar bekerja jam 6.30 pagi dah siap semue tadi dah tertido balik lepastu baru sambung buat kerje rumah :)
membebel dari tadi tu baru mukadimah tau. amboi mukadimah panjang berjela kan, konon tak nak cerita pasal kahwin terselit jugak cerite pasal kahwin kan. pada 4.12.2012 merupakan majlis besar untuk aku selepas 3 majlis sebelum tu iaitu majlis konvokesyen. Rasa penuh bersyukur i'm officially graduate, dapat mengenggam segulung ijazah, agak frust jugak bila tak dapat first class, tapi bersyukur sebab berjaya menghabiskan degree walaupun banyak halangan sepanjang nak abiskan degree tu, encik suami antara salah seorang yang sentiasa ade disisi selepas keluarga tercinta sepanjang nak abiskan degree dan mase sakit dan terpaksa ulang semule satu sem, kenangan yang memang tak dapat dilupakan. majlis lebih bermakna bila ditemani encik suami sepanjang majlis walaupun tak duduk sebelah pun, encik suami join group mak cik pakcik tengok anak konvo, keluarga yang lain tak dapat hadirkan diri atas urusan tak dapat dielakkan.
Walaupun 3 hari kepenatan sepanjang majlis dari ari jumaat hingga hari ahad, hari isnin kami dah bergegas ke subang dan menetap di empire hotel subang, malam malam tu jalan2 dating dengan encik suami pergi i city, makan wong solo, sebelum tu mengada gedik2 nak baju warna sama dengan encik suami masa konvo nanti, encik suami dengan murah hatinye belikan dress dengan shawl warna merah,encik suami pakai baju batik warna merah, pergi icity mulenye nak masok snow walk, nak feeling macam lisa dengan shaheizy sam dalam cite sam la kononnya tapi server down pulak, tak ade rezeki la nak masok, jalan2 cuci mata je la mata pun dah ngantok tapi sempat la amik amik gambar
masa majlis konvo tu dapat double wish, congrats untuk konvo dan selamat pengantin baru, soalan yang rata2 ditanya oleh rakan2 yang excited "dah weekk2 ke belom", hari jumaat akad nikah, selasa kalau dah weekk2 advance sangat kan hehe
cuci mata tengok gambar masa konvo je la ye
dengan encik suami
rasya dan ieqa, diaorang datang mase majlis bawakkan jubah konvo sebab nak amik gambar kat studio
encik suami bagi bunga :)
ngan kak bel, kak bel pun gigih datang dari puchong masa resepsi, love you
ngan lia
beli baju baru sebab nak sedondon dengan encik suami
balik dari konvo, singgah pulak makan abc seksyen 2, abc yang paling best, tak pernah lagi aku makan abc kat mane2 dapat mengatasi kesedapan abc kat seksyen 2 ni, kalau mengidam abc macam kat seksyen 2 shah alam ni, kat johor agak2 nye boleh cari tak? hehe
permulaannye memang planning lepas je habis konvo nak teros balik johor, sebab khamis encik suami dah start kerje, mase sebelum pergi tu dah berubah fikiran pulak, alang2 konvo kat shah alam ajak encik suami teros naik bukit tinggi, tapi tak payah tido sana, sebab tau mahal kan, tido kat kampung aku je, kat bentong, pahang, encik suami memang bab berjalan tak kisah je, jadinye terosla naik ke bukit tinggi, tapi bila dah gi bukit tinggi rase tak ade la best sangat bukit tinggi tu, bayaran masok untuk dua orang rm24, dan tempatnye kecik je, tapi mase aku kecik2 dulu aku rase tempat tu macam besar gila la dan best gila haha dah lame tak pergi bukit tinggi, tapi ade satu insiden yang tak boleh dan tak akan dilupakan, mase balik dari konvo bile nak pergi kat pintu kereta tiba2 pintu tak berkunci pulak, encik suami cakap tak ape dalam kerete tak ade barang berharga, bila dah sampai bukit tinggi aku dengan penoh keyakinan ni kan yakin yang aku letak loket yang dibeli menggunakan duit mas kawin dalam dashboard tibe tibe rase tergerak hati nak bukak dashboard dan aku kecewe gila tengok loket tu dah hilang, encik suami suruh check dalam beg pun aku tak nak sebab yakin yang memang aku letak dalam tu dan rase lagi tersentap bila encik suami cakap yakin ke letak dalam tu selamat, aku tak salahkan encik suami tak lock pintu, aku rase bersalah sebab aku punce bende tu hilang dan loket tu dibeli daripada duit mas kahwin, memang kecewe la, amik gambar kat bukit tinggi pun dah tak ade mood, arah nak ke bentong tu bile encik suami bergurau pun aku dah over sensitif, memang rase nak menangis dan menangis je, tapi lepastu rase bersalah jugak la tak layan encik suami bercakap,bila dah sampai bentong tu malam nak mandi tu aku bukak la beg, tadaaa rupe2 nye loket ade dalam beg, haha aku yang letak mase kat hotel subang tapi aku yang lupe, teros encik suami gantungkan loket kat gelang buat sementara dengan cakap jangan sedih sedih lagi. aku sangat pelupa kan, sebenarnye dalam dashboard aku cume letak kad untuk cuci loket tu je :) lepasni dah cakap dengan encik suami kalau aku yakin pun dia kene check je untuk pastikan, dah sekarang menyesal tak amik gambar banyak2 masa kat colma tu, encik suami cakap ingat selamat letak dalam dashboard tu sebab kawan dia pernah pergi jogging dan letak wallet, handphone dalam dashboard bile lepas jogging dia tengok dalam dashboard semue dah hilang, jadinye jangan la letak barang berharga kat dalam dashboard sebab tempat tu memang tak selamat pun kan
selain sejambak bunga, encik suami ade bagi kad ucapan tahniah,tapi dia bukan bagi masa konvo, dia lupe pasal kad tu, semalam baru dia bagi, comel je encik suami hehe ok la nak dengar encik suami nyanyi sambil main gitar ni :)
hehe.tahniah da jadik wifey. tahniah da konvo. (doubLe tahniah nih! ngeee)
ReplyDeletethanks dear :)
Deletetahniah....konvo dgn hubby lagi...nape xckp klu tak nona leh g tgk dijah, nona keje kt sna. Klu ngidam abc sec.2 nti nona leh pos hehehe
ReplyDeletehehe ala kalau tau dija inform nona mesti dapat sejambak bunga nona gubah hehe ala kalo nona post mau cair tau,nona turun johor la leh jalan johor hehe
Deletetahniah dija...amboi suka dia yer dah jadi puan wifey :P
ReplyDeletethanks dear.. mestila suke hehe
Deleteyeaa sep2.. dija amik marketing.. diyana course ape?
ReplyDelete