Google+ Followers

~~pEnGikUt sEtiA~~


Wednesday, December 19, 2012

Review 9: Doorgift

hari ni encik suami cuti jadinye kemalasan sikit la nak update blog, semalam berjaya tinggal sorang diri, tahniah untuk diri sendiri, tapi takot takot je tido pun tak tutup lampu hehe memang penakot tak pernah tinggal sorang kan, semalam sebab keadaan yang mendesak kalau tak jangan harap la nak tido sorang. malam ni review sikit je la, sambung review pasal doorgift pulak, doorgift yang diberi simple je, beli je kotak kat nilai tiga, kebetulan pulak separuh harge, jadinye macam beli 450 dapat lagi 450 la kan, pastu kotak tu comel jugak siap ade reben tau, dengan tambahan lagi 100 kotak lebihan masa angah kawin dulu, tak payah membazir guna je yang sama kan. untuk doorgift seperti yang aku pernah cakap dulu aku lebih suke kalau orang bagi makanan berbanding bagi cawan ke perhiasan ke,sebab mintak maaf la bukan tak menghargai kalau sorang je bagi tak pe, kalau dah 10 kenduri dapat bende cam tu kita pun tak tau nak letak mane kesudahannya buang je, aku tak suke mengumpul bende bende kecik ni, jadinye aku memilih beri makanan kat tetamu untuk mengelakkan pembaziran, aku tempah 1000 biji muffin choclate, sebiji dalam rm0.80, kalau tak makcik tu jual sebiji rm1.00 dapat la diskaun. mungkin sebab dia dah biase dengan mamakan, mase angah dulu pun tempah muffin dengan dia, tempah semue muffin sejenis iaitu muffin chocolate  sebab rasenye orang lebih menggemari chocolate berbanding yang lain kan, ke aku je ye? ni ikot cita rase aku ni, makcik tu jugak yang tolong buatkan kotak2 masukkan muffin dan ikatkan reben tiade caj tambahan ye :)







geng penyambut tetamu lelaki bersame dengan NC UTM

geng penyambut tetamu perempuan bersame isteri NC

geng geng penyambut tetamu deketuai oleh mama dan babah, tuan rumah kan, dan mak cik pak cik jiran jiran, terima kasih mak cik pakcik, doorgift ni diberi mase tetamu bersalaman mase dah nak balik, dah namenye doorgiftkan bagi kat pintulakan, dulu sebelum ni mase angah dulu bagi mase tetamu tengah makan, tapi yang sepatutnye menjalankan tugas bagi gift tu tak tau la curi tulang ke ape, sampai separuh lagi tak abis tau, kan membazzir tu, tu yang aku cakap kat mama bagi mase bersalam dah nak balik tu lagi senang, semue pun dapat kan, tak perasan pulak ade berlebih ke tak, penganting habis je teros gi outdoor dah tak tengok dah meje meje tu hehe ok la dah nak tido dah ni esok encik suami cuti tau, dapat la gi jalan jalan kat singapore esok bertambah excited dapat kasut baru tadi, boleh pakai nak jalan esok, encik suami dah lilinkan belakang kasut tak nak bagi melecet tau, sayang encik suami lebih hehe gediks


TERIMA KASIH SUDI BACA, KALAU SUKE BOLEH TEKAN LIKE DAN TINGGALKAN KOMEN. LOVE -DIJA-

12 comments:

  1. cantik la kotak doorgift tu.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. tula suke sebab ade reben sekali harge pun tak mahal :)

      Delete
  2. comel kotak doorgift...

    ritu ada g majlis kawan, dia bg doorgift apam polka dot, sampai je umah, tgk2, apam dh berkulat...kulat dh tukar warna kelabu.bukan saya sorg je kena gitu, bila tanya kwn2 yg pegi sekali, sama je keadaannya...macam kecewa gak la, g kenduri jauh2, dapat gitu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks cik awin 4 the komen, masalah gak ye bagi makanan macam tu, kadang2 jadi lagi masalah bile order dgn orang tau, orang kadang nak untung tapi wat macam tu kan

      Delete
  3. cntiklah kotak tu...comel je..bestnyer dapat muffin coklat...teringin pulak dah..hahhaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. amboi cik mah teringin pulak dia ye hehe tula rase tak rugi beli kotak ni dengan harge yg ditawarkan :)

      Delete
  4. Sha pon plan nk bg muffin.Dija beli kt mane ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. dija beli kat johor, order kat taman universiti, dwkat dengan rumah :)

      Delete
  5. Replies
    1. best dear, sampai lenguh la jalan :)

      Delete
  6. Replies
    1. maaf dear, dija dah tulis dalam entry

      Delete

terima kasih bagi sepatah dua kate