Lagi beberape jam nak masuk tahun 2013 kan. Masing2 dah update status siap dengan azam semuekan. Aku macam biaselah tak pasang azam ape2 pun, cume nak jadi isteri yang baik untuk suamiku, anak yang baik untuk ibu bapaku dan juga mertua, dan adik dan kakak yang baik untuk adik beradik ku dan adik beradik encik suami :) Tadi pun dah review serba sedikit semue kenangan manis di tahun 2012, In Sha Allah hujung tahun 2013 nanti boleh review lagi banyak kenangan manis di tahun 2013 pulakkan..amin
Disebabkan semalam baru dapat gambar majlis bertandang ataupun sambut menantu dari kakak ipar, hari ni baru la nak update. Untuk majlis bertandang dibuat keesokkan selepas majlis resepsi disebabkan rumah kami dekat je. kalau buat lambat lambat lagi penat kan. Tapi bayangkan tiga hari berturut turut majlis tau *penat memang tak hingat la, tapi bile dah lepas semue, lege gile*. Majlis bertandang di buat di rumah mak ayah encik suami di Taman Sri Pulai.
Kami tak ade official photographer, same jugak macam majlis disebelah aku haritu, untuk majlis ni anak sedara encik suami yang amikkan, tak kisah la gambar macam mane asalkan kami nampak cantik di dalam gambar dah cukup *senang je kan, tak payah nak cerewet banyak, bende dah free kan*
Sebenarnye aku nak adik yang makeupkan mase majlis bertandang ni, boleh cut cost kat situ, tapi kawan kakak ipar yang nak makeupkan. Disebabkan tak nak cerewet banyak aku pun tak banyak soal la kan. Tapi akak tu memang baik je, dia siap tanye aku cukur kening tak, haruslah tak nak. Adik makeupkan pun tak cukur pun kening, adik lukis dan tutup je kening tu, kening aku pulak tak banyakkan, jadi tak ade masalah sangat. Cuma aku rase akak tu pakai bedak yang tak sesuai dengan kulit aku menampakkan aku gelap pulak, bile dia bedakkan encik suami pakai bedak yang cerah, nampak encik suami putih sangat pulak. Kan dah terbalik pulakkan. Warne pilihan keluarga encik suami turquoise, tapi rasenye bukan turquoise kot, baby blue kot warne baju kami tu.
Kalau ditempat aku baju modern sikit kan, di tempat encik suami lebih tradisional la, baju kebaya pendek. Tapi baju ekbaya pendek menampakkan aku gemok pulak. Ade kelainan la sikit kan, boleh merase pakai baju lain lain style kan. Jadi makeup aku pun ala ala 60 an *ni jiran aku yang cakap*. Tak kisah macam mane pun yang penting dalam gambar teruskan senyum ye. Makanan pun best jugak mase makan beradap tu, ade kupang lagi, tapi disebakan pengantin nak kene control pakai sudu garfu dapat la makan 2 je tau, adik ngan angah aku bukan main suke lagi makan, siap pakai tangan lagi. *jeles hokey*.
Untuk pelamin pun dari mak andam yang same, pakej semue dalam rm2000 kot. Disebabkan tak ade photographer kak andam tu yang tunjukkan cara macam mana nak pose tau. sangat menghargai jase jase beliau.
kek pulak anak sedara encik suami yang buat. kek cantik, tapi biaselah makan tak banyak. kek chocolate dalam dia macam ade caramel tau. doorgift untuk keluarga sebelah kami diberi cupcakes yang dibuat oleh kakak ipar, blueberry cupcakes, tu pun sedap jugak.
Bunting kitar semule je, pakai je yang aku dapat free gift mase buat kad, dah tulis dua tarikh kan senang kan. Untuk pengapit, nak senang pilih je adik sendiri memang confirm ade kan, yang untuk pengapit lelaki, kawan encik suami yang merupakan pengapit mase majlis resepsi kami *dua dua hari jadi pengapit tau, sporting habis tau* Disebabkan kitaorang pakai colour baby blue, pengapit aku suruh pakai grey same dengan family aku. Kalau pengapit same warna dengan pengantin tak menyerlahlah pengantin nanti *ni aku tengok tips kat wanita hari ini*
flower girl kami, anak sedara encik suami
aku memang pantang nampak kamera, mesti nak pandang kan :)
dayang tinggi sangat, menutupi pengantin perempuan kan..hehe pergi rumah encik suami tak sedap pulak kalau tangan kosong kan, metilah bawak buah tangan kan :)
lalu pintu gerbang
comel je ape la flower gils duk bisik bisik kan
nampak tak pantang nampak camera, boleh pulak mengepoh nak jugak pandang belakang
ni fokus pade flower girls
makan beradap
keluarga ku yang ikot berarak
my happy family
sampai anje yang comel dah tertido, mama babah nak feeling pengantin
jiranku (nazira) dan my sis
mak ngan dan izzah
inilah kek kami
potong kek pun nak tengok jugak
ape la yang aku suke sangat tu
suap suap jom
keluarga encik suami, baju satu kain ni :)
dengan mak dan bapak mertua ku
kak andam tunjuk cara nak pose pastu amikkan gambar
encik suami suke sangat sampai tutup mata
suke gambar candid cam ni..haha
comel la tu konon kan
wooo dah bunyi bunga api kat rumah ni, awal pulak bunyi nye, belom pukul 12 lagi ni. Aku sambut depan TV kat rumah je la, tapi cite tak best je kan. Happy New Year semue :) nanti update entry baru tahun depan pulak ye, padahal esok je kan :p
hehehe.comeL! eh, nmpk Laen La muke after make-up =) tp kek tu mmg havoc! hehehe
ReplyDeleteKan makeup ni nampak lain kan dan nampak gelap sikit, suke gak kek tu, dengan warns camtu :)
Deletewah...biru gitu...sume nampak biru dah...
ReplyDeletehehe sejuk mata pandang kan nampak biru haha *perasan*
Deletecolor ni cantik sayang. soft je colornya. :)
ReplyDeletekan.. dija pun suke colur ni.. sejuk je tengok..hehe
Deleteeh,biru jugak ye..sm mcm sy :)) sy pun pantang nmpk camera jugak..hehehe
ReplyDeleteHaah biru untuk bertandang, same cap saila ye? gimmie5 :) tula bile ade camera mate tros nak pandang dan senyum :)
Delete