Google+ Followers

~~pEnGikUt sEtiA~~


Saturday, December 22, 2012

Review 11: Hantaran

Disebabkan pagi tadi aku dah sarapan nasi goreng kat rumah mak mertua, tahap kemalasan tinggi lagi lagi bile tinggal sorang sorang ni kan, rasenye macam eh memang malas je nak masak dan makan tengah hari tau. boleh kurus kalau macam ni selalu kan, *kot je la kan* .petang nanti baru bukak buku resepi, pilih nak masak ape untuk encik suami. lepas je encik suami hantar aku balik rumah dia teros je pergi kerje aku pun sambung tido balik, bangun tido dapat mesej encik suami cakap rindu pun dah berbunge *gedik.
duduk sorang sorang kat rumah tak keje ni bosan jugak kan, aku sebenarnye nak pergi ppd, nak try mohon untuk jadi guru sementara, tapi kaki ni tak jugak melangkah ke ppd, minggu depan dah sebok nak pergi bercuti pulak kan, sekolah pun dah nak bermula januari nanti, tunggu encik suami free la  baru ajak dia pergi ppd. Rase macam nak cari kerje saje untuk suke suke, hilangkan bosan, dan dapat duit untuk shopping *yang last tu je yang paling best kan. sekarang dah kawin ni boleh je nak shopping, tapi terhad la kan, kalau ade duit sendiri lebih luas untuk shopping. tengok primadona topik kaki shopping macam terkene batang hidung sendiri, lagi lagi part sazzy cakap tak tau nak pilih yang mane last last amik dua dua je la dengan kalau suke baju tu semue colour nak tau hehe Dan pilihan ke dua, kalau aku dah pergi ppd tapi tak dapat jadi guru sementara, rasenye kan aku nak jadi cikgu tadika la, seronok jugak layan budak budak kan, tapi tolonglah bukan budak jangan yang mengada ngada okey! haha. demand pulak kan. aku suke je layan budak budak tapi bile yang mengada tu rase nak sepuk je kan *mesti semue takot nak hantar anak kat tadika, takot dapat cikgu cam aku*. tapi kan budak budak yang selalu buli aku, sebab mungkin walaupun aku ni garang jugak *aku rase la kan* tapi aku tak marah pun budak budak, tu diaorang selalu buli aku. Kalau aku nak mengajar pun aku nak ajar sekolah rendah je, tapi adik dah pesan siap siap, acik nanti kene garang garang tau, supaya budak sekolah tu tak mengada ngada dan tak kene buli, ni buktinye aku selalu dibuli! Sekolah menengah rase macam takot pulak nak mengajar lagi kalau budak yang nakal terlebih ni. Mengajar macam seronokkan, tapi mengajar sekarang pun penat jugak, walaupun half day selalu ade meeting la, akhirnye cikgu yang mengajar pagi balik petang jugakkan. tu yang kita try je dulu, kalau jadi cikgu sementara yang ganti cikgu bersalin pun paling lame dalam 3 bulan je kan, kalau rase best dapat offer sambung la lagi mengajarkan, kalau tak best duduk je la rumah kan *ayat orang malas nak keje sebenarnye saje nak isi masa lapang*

Dah dah, hari ni aku nak sambung review pasal hantaran. hantaran untuk mase kahwin same je macam tunang dulu 7 berbalas 9. hantaran pihak aku bagi ke pihak encik suami digubah sendiri oleh aku, adik dan mak ngah dan hantaran pihak encik suami diberi kepada aku pulak kakak encik suami yang gubah.

Hantaran pihak aku kepada encik suami
1. Handphone (Samsung SIII)
2. Chocolate (Ferraro Rocher)
3. kek lapis cheese (Mama buat sendiri)
4. Kasut (Pedro)
5. Perfurme (Boss)
6. Set wallet, belt, pen (bhpc)
7. Kemeje(Crocodile) dan Tie
8. Sirih junjung
9. Buah buanhan tempatan (Rambutan dan Manggis)

Hantaran pihak encik suami kepada aku
1.Sirih junjung
2. Mas kahwin
3. Gelang (Tomei)
4.Perfurme (Gucci)
5. Handbeg (Sacha) Chocolate (Ferraro Roche)
6. Kasut
7. Al Quran



hantaran pihak aku untuk encik suami


maaflah kalau gambar kurang jelas, aku tak ade gambar yang fokus satu satu kat dulang hantaran tu. Aku suke sirih junjung yang mak ngah aku buat tu, tak tido malam mak ngah siapkan. keseluruhannya, suke dengan dua dua hantaran walaupun simple je :) untuk hantaran encik suami  bagi kat aku tu kan mule mule aku tulis handbeg kan pastu aku padam balik sebab handebeg dah beli, tapi besar pulak tak sesuai letak kat dalam dulang hantaran tu. jadinye takkan la nak beli handbeg lagi, tu yang encik suami gantikan dengan chocolate. kira macam aku dapat lapan dulang jugak la kan. *citarase handbeg aku besar betol rupenye bila aku tengok balik, mase beli haritu tak perasan pulak handbeg tu besar, minggu depan nak jalan jalan boleh la merasmikan handbeg baru*. kasut aku yang tinggi gile tu aku beli kat metrojaya nasib baik murah je dalam rm60++ tau. aku mulenye nak pakai mase resepsi tau, tapikan tinggi gile, kurang keyakinan diri nak pakai tau. jadinye aku tak pakai pun. sampai sekarang tak rasmikan lagi, bile ntah nak pakai. untuk duit mas kahwin aku dah selamat beli loket, hari tu pun dah cerita kisah loket yang hilang tu kan.

Encik suami dah semangat tau nak berjalan minggu depan, semalam dah ajak packing barang dah tau, comel je encik suami ni :)  sekarang aku dah ade perunding imej tau, encik suami yang akan pilihkan tudung mane yang sesuai dengan dress atau baju yang nak dipakai bile keluar. mase pilih tu tibe tibe encik suami tergelak\ tau. dia teringat mase dia pergi raye rumah cikgu sekolah kitaorang dulu, cikgu tu cakap mesti nanti encik suami kene belikan baju macam macam warne dengan tudung sedondon untuk aku. amboi, cikgu tu sempat mengumpat aku ye, nampak sangat ikoti perkembangan aku kan haha. okla nak sambung tengok kat tonton episod akhir cinta itu milikku dengan putera rayyan haritu jalan kat singapore sampai lupe semue drama yang aku ikuti.


TERIMA KASIH SUDI BACA, KALAU SUKE BOLEH TEKAN LIKE DAN TINGGALKAN KOMEN. LOVE -DIJA-

No comments:

Post a Comment

terima kasih bagi sepatah dua kate