hoyeaaahh semalam johor cuti encik suami dapat la cuti jugak. Tak ade kene mengena pun, sebenarnye kebetulan je semalam encik suami cuti di hari bercuti, encik suami cakap rugi cuti hari yang memang cuti ni. Dah tak tau nak jalan kat mane dah kat johor ni *macam dah pergi semue tempat kat johor je kan* tempat paling femes amos sekarang ni legoland la kan, legoland memang kitaorang dah ade annual pass, jadinye dalam setahun ni boleh la nak pergi berkali kali kali lagi, dua kali dah pergi sebelum kahwin, next year pulak la nak try pergi sebagai suami isteri pulak kan, mesti lagi seronok kan. Sekarang ni kalau nak pergi mase cuti ni sangat la tak best kan, ramai gile orang, dua kali yang kitaorang pergi tu hari biase dan sebelum cuti sekolah, tak payah berebut, tak payah beratur nak main semue permainan, tak ramai orang pun, macam tu la yang kitaorang nak, planning nak pergi hello kitty town, sebab tengok gambar kawan aku pergi macam comel je tempat2 tu untuk bergambar, nak pergi berdua je rase tak berape nak seronok bukan tak seronok jalan berdua dengan encik suami ye, pergi mana mana dengan encik suami berdua pulak haruslah paling seronok, tapi yang tak bestnye bile berdua tak boleh la nak amik gambar berdua, selalunye encik suami amik gambar aku sorang je la, bila berdua gambar kat cermin, atau gambar kepala je la boleh tu pun aku kene jengket kan kaki nak bagi nampak kepala, susah jugak bile ketinggian berbeze ni kan hehe jadinye nak pergi hello kitty town kene bawak adik sebagai photographer tak berbayar :)
Akhirnye kitaorang plan nak pergi singapore, malam sebelum tu encik suami pun google la antara tempat menarik kat singapore, check bayaran masuk semue tempat tu, universal studio singapore atau uss tak ade dalam list sebab aku dah pergi dua kali dah, pergi dengan encik suami sekali mase awal tahun haritu dalam bulan empat, kire baru lagi kan, sebelum tu aku pergi tahun sebelumnye ikot rombongan sekolah angah aku, jadinye buat mase ni tak plan pulak nak pergi lagi, mungkin kalau ade orang ajak ke, boleh la pergi next year pulak kan *ayat untuk encik suami yang akan bace blog ni* antara tempat yang menjadi pilihan untuk kami lawati di singapore ialah zoo, bird park, marine life park, marina bay, orchard road *ini yang aku ingat je* jadinye dah check harge buat la perbandingan nak pergi yang mane yang rasenye berbaloi la kan, nak pergi semue tak mampu la pulak kalau sekaligus kan, sebulan pergi sekali boleh la kot haha terlebih banyak mase kan. untuk zoo per person dalam 20$, bird park 18$, marine life park tak jumpe harge pulak, marina bay 28$ dan orchard road free je la kan sebab tempat shopping, kat orchard road lebih 10 kot shopping complex dalam kawasan tu je la *encik suami yang anggarkan semalam hehe* tapi bile barang barang mahal nafsu shopping pun hilang la kan tak membuak buak seperti biase pun.
panjang berjela dari tadi seperti biase hanyalah mukadimah ye. Bersedia la pagi semalam selepas selesai sarapan dan sempat jugak aku bawak bekal roti pulak untuk makan makan nanti sambil jalan jalan kan. planning awal kononnya nak naik bas jela kan, sampai sane naik je mrt pergi marina bay, boleh pergi marina gardens by the bay, untuk bayaran masuk per person kan 28$, tapi kitaorang decide tak nak masuk pun, rase mahal pulak nak bayar tengok taman sampai macam tu kan, jadinye amik gambar kat luar pun cantik jugak, *ni tips jimat untuk korang*. memandangkan sejak dua menjak ni hujan je kan, jadinye kalau hujan boleh je pergi shopping mall kat marina bay tu, jalan jalan kat situ pun dah cukup. tu planning awal la kan tapi lepastu planning semue tersasar jauh. Dalam pukul 9 lebih pagi kitaorang menuju ke sutra mall tapi tunggu dalam 20 minit tak ade bayang bus pun kat sutera mall tu, tukar pulak ajak encik suami tunggu kat bukit indah je la, balik tu bolehlah shopping barang dapur kat jusco, kitaorang nak naik bus yang lalu second links, memang mahal sikit compare dengan yang menuju ke woodlands tu, tapi beratur tak seteruk kat woodlands la *orang malas nak beratur macam ni la*. dah pusing pusing kat bukit indah kan tak nampak la pulak bus pergi singapore, tak tau nak tunggu kat mane. akhirnye encik suami buat keputusan bawak je kereta nanti sampai imigresen parking je kerete naik bus, kalau ade tempat parking la kan.
sempat woo posing dalam kerete
akhirnye dah sampai second link, foreigner(bukan rakyat singapore ye) kene beli autopass untuk kereta keluar dan masuk singapore. Disebakan tak ade pun tempat parking, akhirnye kitaorang redah je la, encik suami bawak kereta hokey masuk singapore. plan bertukar, dengan tak ade maps la main bantai jela kan. ingat nak parking kat stesen mrt pun tak jumpe stesen mrt. nak pergi marina bay terus tak jumpe tande jalan. akhirnye encik suami buat keputusan bijak dengan mencari jalan ke arah bandar, parking je kat sana, naik mrt pergi marina bay. lame jugak la perjalanan nak pergi bandar, encik suami risau je,dia cakap takut nak parking nanti diaorang kene guna cashcard pulak, kat singapore agak leceh la kan, semue tempat parking nak kene bayar pakai cashcard, untuk orang yang sekali je bawak kerete macam kitaorang ataupun secare tak dirancang terbawak kerete tersangatla leceh kan. Dalam tak tau tu kan, jumpe jugak orchard road, bandar diaorang pun tak besar sangat, nampak ade je parking kitaorang parking. memang betul tekaan encik suami kene pakai cashcard, autopass pun boleh jugak pakai tapi bila masuk dalam tempat card tu error pulak. disebakan encik suami baru beli pagi tadi, dia belum masukkan dalam system. kelam kabut la kitaorang kan, orang makin panjang kat belakang beratur tunggu kitaorang yang dah gelabah dalam kete, nasib la diaorang tak hon hon kalau tak lagi gelabah, ataupun diorang tengok no malaysia dan dah biase kot jadi macam tu. dengan bantuan pekerje kat situ, dia bagi kitaorang masuk, lepastu dia suruh encik suami beli cashcard kat 7 eleven dalam mall tu jugak. kat sini memeng kene topup card kat 7 eleven, tiap shopping mall, mrt ade 7 eleven tau, berlambak.
penat dah berpusing pusing je dah pukul 1 petang, haruslah perot berkeroncong untuk ana kan. tempat makan pilihan mestila mcd, senang dan harga pun standard same kat malaysia kan *teringat subjek global marketing pulak, standardization untuk product global, mcd la salah satunye*, parking memang strategik kitaorang pun tak perasan pun yang kitaorang parking sebelah mcd, dah lintas jalan cari mcd, sementara nak lintas jalan lagi aku toleh belakang rupenye mcd ade kat belakang je, kitaorang pun patah balik je la kan, perot pun dah lapar.
menu pilihan mc chicken, encik suami cakap rase dia same je, tapi aku rase len sikit la, sos dia memang betul betul lain la, dia ikot citarase orang sini la kan, air tukar milo la *minum milo anda jadi sihat dan kuat, sempat buat iklan, tapi aku jalan pun lembik je cepat je dah penat hehe*
disebabkan cuaca macam nak hujan je, kalau pergi marina gardens by the bay pun hujan macam mane nak amik gambar kan, jadinye mari jalan jalan di orchard road.
dah nak krimsmis kan, semue shopping mall hias cantik cantik la kan
yang tak bestnye kat singapore, toilet tak ade air, disebabkan tak ade air agaknye tu yang toilet free *encik suami yang cakap* dan surau payah nak cari, shopping mall banyak surau tak ade pun. 1 je masjid kat orchard road tu tapi tak nampak macam masjid la. disebabkan perubahan cuaca nampak macam cerah je kitaorang ubah lagi plan, naik je la mrt pergi marina bay boleh amik gambar kat sane kan. sebelum tu cari masjid, lenguh jugak la kaki berjalan kan.
next destination, ke marina bay.
tempat yang ade cermin je boleh amik gambar berdua tau
ni semue gambar kat luar je kitaorang tak masuk dalam pun, kaki dah lenguh2 + melect, konon pakai kasut baru nak selesa lagi melecet, padahal malam sebelum encik suami dah lilinkan tau, bukan salah encik suami, kaki aku ni yang memang sensitif susah nak cari kasut sesuai. bila kaki sakit jalan pun tak ade mood kan, tapi amik gambar ade pulak mood datang kan. sampai malaysia dalam kereta dah tukar kasut, nak pergi jusco pakai selipar encik suami je la, tak sanggup seksa kaki sebab nak cantik.
ni saje nak rase macam princess
sori entry berjela, banyak sangat nak share, sampai kat Malaysia pun masih tak percaya yang encik suami dah berjaya bawak kereta pergi dan balik, pastu ketawe ketawe. penat berjalan bukan main lagi, lepas encik suami pergi kerje sambung tido balik. bangun je teros update entry pulak. next week kitaorang pergi bercuti lagi, tempat dirahsiakan *gedik* honeymoon maybe? hehe
saya pun pergi singapore semalam, sempena johor cuti. naik kereta juga. huhu. sib baik ada GPS... kalau x, susah juga...
ReplyDeleteazura pergi mane? memang kene ade gps kan kalau tak memang sesat la kan :)
Deletepergi marina bay, sentosa island, tp x masuk USS pun sebab dah pergi dulu. pastu pergi bugis junction nak shoping, tp x de parking. so balik je... pasni klu nak pergi lagi, naik MRT je senang. n kalau nak naik kereta pun, baik amik 2nd link
Deletetula kitaorang amik second link, tapi cam better naik mrt parking mahal sangat dear.. gi marina bay tak terserempak pulak, kalau terserempak pun mesti zura pun tak perasan dija :)
Deleteamboi...pnjngnyer entry...best ek jalan2...cntik bj dijah....
ReplyDeletesebab best sangat jalan tu entry jadi panjang berjela cik mah hehe thanks dear, rase cam merak..hee
DeleteBulan 4 haritu saya gi USS naik kereta juga. En BF (masa tulah. Sekarang dah jadi en suami) google siap siap map untuk tahu jalan. Sebabnya Singapore memang kedekut signboard plus signboard die semuanya shortform. Gps telepon pulak bengong. Sesat jugakla. Tapi akhirnya sampai jugak Vivo City. Parking kat situ, pastu ambil lrt ke Sentosa island. Oh yea... kitorang drive dari Kl. Bermalam kat Jb.. Wah baru nak g honeymoon ke? Selamat berhoneymoon k
ReplyDeletehehe ok la tu zarith terer jugak la sampai jugakkan, memang pasni kene sedia gps la kan :) zarith mesti dah pergi honeymoon kan? kitaorang tak sempat lagi, en suami tak dapat cuti lame..:)
Delete