Google+ Followers

~~pEnGikUt sEtiA~~


Monday, December 31, 2012

Review 15: Majlis Bertandang 2.12.12

Lagi beberape jam nak masuk tahun 2013 kan. Masing2 dah update status siap dengan azam semuekan. Aku macam biaselah tak pasang azam ape2 pun, cume nak jadi isteri yang baik untuk suamiku, anak yang baik untuk ibu bapaku dan juga mertua, dan adik dan kakak yang baik untuk adik beradik ku dan adik beradik encik suami :) Tadi pun dah review serba sedikit semue kenangan manis di tahun 2012, In Sha Allah hujung tahun 2013 nanti boleh review lagi banyak kenangan manis di tahun 2013 pulakkan..amin

Disebabkan semalam baru dapat gambar majlis bertandang ataupun sambut menantu dari kakak ipar, hari ni baru la nak update. Untuk majlis bertandang dibuat keesokkan selepas majlis resepsi disebabkan rumah kami dekat je. kalau buat lambat lambat lagi penat kan. Tapi bayangkan tiga hari berturut turut majlis tau *penat memang tak hingat la, tapi bile dah lepas semue, lege gile*. Majlis bertandang di buat di rumah mak ayah encik suami di Taman Sri Pulai. 

Kami tak ade official photographer, same jugak macam majlis disebelah aku haritu, untuk majlis ni anak sedara encik suami yang amikkan, tak kisah la gambar macam mane asalkan kami nampak cantik di dalam gambar dah cukup *senang je kan, tak payah nak cerewet banyak, bende dah free kan*

Sebenarnye aku nak adik yang makeupkan mase majlis bertandang ni, boleh cut cost kat situ, tapi kawan kakak ipar yang nak makeupkan. Disebabkan tak nak cerewet banyak aku pun tak banyak soal la kan. Tapi akak tu memang baik je, dia siap tanye aku cukur kening tak, haruslah tak nak. Adik makeupkan pun tak cukur pun kening, adik lukis dan tutup je kening tu, kening aku pulak tak banyakkan, jadi tak ade masalah sangat. Cuma aku rase akak tu pakai bedak yang tak sesuai dengan kulit aku menampakkan aku gelap pulak, bile dia bedakkan encik suami pakai bedak yang cerah, nampak encik suami putih sangat pulak. Kan dah terbalik pulakkan. Warne pilihan keluarga encik suami turquoise, tapi rasenye bukan turquoise kot, baby blue kot warne baju kami tu.

Kalau ditempat aku baju modern sikit kan, di tempat encik suami lebih tradisional la, baju kebaya pendek. Tapi baju ekbaya pendek menampakkan aku gemok pulak. Ade kelainan la sikit kan, boleh merase pakai baju lain lain style kan. Jadi makeup aku pun ala ala 60 an *ni jiran aku yang cakap*. Tak kisah macam mane pun yang penting dalam gambar teruskan senyum ye. Makanan pun best jugak mase makan beradap tu, ade kupang lagi, tapi disebakan pengantin nak kene control pakai sudu garfu dapat la makan 2 je tau, adik ngan angah aku bukan main suke lagi makan, siap pakai tangan lagi. *jeles hokey*.

Untuk pelamin pun dari mak andam yang same, pakej semue dalam rm2000 kot. Disebabkan tak ade photographer kak andam tu yang tunjukkan cara macam mana nak pose tau. sangat menghargai jase jase beliau.

kek pulak anak sedara encik suami yang buat. kek cantik, tapi biaselah makan tak banyak. kek chocolate dalam dia macam ade caramel tau. doorgift untuk keluarga sebelah kami diberi cupcakes yang dibuat oleh kakak ipar, blueberry cupcakes, tu pun sedap jugak.

Bunting kitar semule je, pakai je yang aku dapat free gift mase buat kad, dah tulis dua tarikh kan senang kan. Untuk pengapit, nak senang pilih je adik sendiri memang confirm ade kan, yang untuk pengapit lelaki, kawan encik suami yang merupakan pengapit mase majlis resepsi kami *dua dua hari jadi pengapit tau, sporting habis tau* Disebabkan kitaorang pakai colour baby blue, pengapit aku suruh pakai grey same dengan family aku. Kalau pengapit same warna dengan pengantin tak menyerlahlah pengantin nanti *ni aku tengok tips kat wanita hari ini*


flower girl kami, anak sedara encik suami

aku memang pantang nampak kamera, mesti nak pandang kan :)


dayang tinggi sangat, menutupi pengantin perempuan kan..hehe pergi rumah encik suami tak sedap pulak kalau tangan kosong kan, metilah bawak buah tangan kan :)

lalu pintu gerbang

comel je ape la flower gils duk bisik bisik kan

nampak tak pantang nampak camera, boleh pulak mengepoh nak jugak pandang belakang


ni fokus pade flower girls



makan beradap



keluarga ku yang ikot berarak

my happy family

sampai anje yang comel dah tertido, mama babah nak feeling pengantin


jiranku (nazira) dan my sis

mak ngan dan izzah

inilah kek kami

potong kek pun nak tengok jugak

ape la yang aku suke sangat tu

suap suap jom

keluarga encik suami, baju satu kain ni :)



dengan mak dan bapak mertua ku



kak andam tunjuk cara nak pose pastu amikkan gambar

encik suami suke sangat sampai tutup mata

suke gambar candid cam ni..haha


comel la tu konon kan

wooo dah bunyi bunga api kat rumah ni, awal pulak bunyi nye, belom pukul 12 lagi ni. Aku sambut depan TV kat rumah je la, tapi cite tak best je kan. Happy New Year semue :) nanti update entry baru tahun depan pulak ye, padahal esok je kan :p



TERIMA KASIH SUDI BACA, KALAU SUKE BOLEH TEKAN LIKE DAN TINGGALKAN KOMEN. LOVE -DIJA-

Bubye 2012, Hello 2013

Sebelum nak abiskan review majlis perkhawinan aku, nak buat short review pasal 2012 disebabkan hari ni merupakan hari akhir bagi tahun 2012. Diharap tahun 2013 nanti lebih baik dari tahun sebelumnye. Azam tahun baru? Kalo bercakap pasal azam tiap tahun same jekan, nak kurus. Tahun ni masih kekalkan azam yang same,tapi nak kurus dan sihat la, yela kalau kurus tapi tak sihat tak bermakne jugakkan. azam tahun baru cepat dapatkan baby *haha*. Jom amin kan secara berjemaah okey. jom start review dari awal januari sampai hujung disember. Alhamdulillah banyak kenangan manis untuk tahun ni dan diharap tahun depan lebih manis lagi dari sekarang.

Januari
Untuk bulan januari mase ni sebok final exam untuk part 5, jadi mase banyak dihabiskan untuk study *ececeh, ye, ye je study kan*. Alhamdulillah keputusan pun mengembirakan. 
ini buktinye study kat library seksyen 13 Shah Alam, first time pergi, library dia best wooo

tapi sempat lagi tengok 5D kat situ, bayar rm10, sekejap je, kurang dari lima minit la


Februari
Bulan februari aku start praktikal kat utm penerbit. Bulan dua ade penambahan ahli keluarga, permata hati yang kedua dalam keluarga Hishamuddin, anak angah yang sulung aira Humaira. Bulam dua ni jugak aku dengan adik pergi melancong kat Jakarta, Indonesia. Pergi berdua je, tapi kat sane ade orang kenal jadi tido rumah diaorang dan diaorang jugak yang bawak gi shopping. Konon untuk menjual tapi hangat hangat tahi kambing, beli pakai sendiri je lebih.

*aira humaira yang bam bam dah sepuluh bulan*


Mac
Bulan mac tak berape nak ingat pulak aktiviti yang dibuat, sebok dengan kerje kot *sebok la sangat*

ni pic ngan ika, dia practical jugak kat UTM Penerbit, ni last day iqa tu amik gambar.
April
Awal bulan April aku pergi USS bersame adik aku, encik suami dan kawan kawan dia. Bulan ni jugak pesta buku antarabangsa kat pwtc, utm join jugak, bukak booth kat pwtc. Jadinye aku bukan tolong jage pun kat sane , aku jalan jalan je lebih, kebetulan mase tu birthday aku, jadinye encik suami *mase ni encik kekasih lagi :)* datang KL dan sambut birthday aku kat TGI Friday, Mid Valley. Beli birthday cake kat baskin robins lunch kat TGi. Kenangan tak boleh dilupekan, kene berdiri atas kerusi, kene pakse nyanyi, mestila aku malukan, tak mungkin aku nak nyanyi kan. Last last semue pekerje kat TGi yang nyanyikan lagu birthday untuk aku :) Sambut birthday dua kali, sebelum tu dah sambut sekali birthday aku, adik dengan riena :)







kek birthday
red velvet cheese cake yang sedap gile

kek afriena yang comel

Mei
Mase ni keluarga encik suami datang merisik dan tetapkan tarikh tunang kami iaitu 9.6.12. Bulan ni jugak my BFF kahwin iaitu Sarah, dia kawin kat jengke. Aku naik bas je ke jengke. UTM Penerbit pulak anjurkan trip ke Melbourne, Australia. Haruslah aku pergi kan, babah aku pun pergi sebab dia pengarah penerbit UTM, mama dan adik aku jugak pergi. Selain pergi Melbourne kami jugak pergi ke Sydney. Tak pernah lagi review percutian ke Melbourne kan *cite dah basi, jadi malas la* tengok gambar je la kan

my bff kahwin
mas, me, sara, fana


Melbourne and Sydney
dalam flight layan movie jela



me, adk, babah and mama









kangaroo wooo, muke takot je ni









Jun
Alhamdulillah 9.6.12, aku officially tunang kepada mohd zaki b. Yunos. Mase ni tetapkan tarikh majlis perkahwinan, mulenye tetapkan tarikh majlis pada 15.12.12 Tapi ditukar sebabkan dewan kat UTM dah ade orang booking. Jadinye tukar ke 1.12.12 Mase ni la tamatnye aku punye praktikal dan viva untuk research dan Alhamdulillah usaha membuahkan hasil. Research dapat A.


saat disarungkan cincin oleh kak ngah, my SIL

kawan kawan dari uitm segamat, fyza, mey, mas

my family

kawan sekolah ku, mira dan aliaa

dengan encik tunang, eh sekarang dah jadi encik suami


last day practical..hoyeaahhh

dapat pulak mesej dari encik advisor macam ni :) happy gilekan

Julai
Bulan ni birthday encik suami. Belu hadiah ape ye untuk encik suami? Aku pun dah lupe. Terok betol kan haha lepastu dah start puasa.

Ogos
Bile dah puasa sebulan mestilah rayakan. Raya balik kampung balik bentong, lepastu balik lipis

raya pertama

siblings

ni raya kedua

raya dengan fahrin ahmad, eh? ni raye rumah fahrin bile dah balik johor, dia orang johor jugakkan, jiran dekat je dengan rumah, tapi dia tak kenal aku hokey, ni datang tak malu nak beraye..haha

September
Mase ni dah start buat preparation, untuk 3 bulan lagi, jadi preparation pun tak seberape, tapi banyak dapat ilham dari kawan kawan blogger yang rajin kongsi idea. Thanks korang :)

Oktober & November
Mase ni memang rajin update preparation kat blog kan. Orang tak ade keje rajin jugak la update blog, hari hari la nak update, dan Alhamdulillah 30.11.12 dengan lafaz aku terima nikahnya, aku merupakan isteri kepada Mohd Zaki b. Yunos

December
Awal bulan ni majlis respsi dan bertandang. Dan juga merupakan hari besar untuk aku, konvokesyen bersama encik suami. Frust jugak la,tak dapat first class, boleh cube untuk master kot? *ye je*Dan sejak kahwin ni memang banyak jalan je dengan encik suami. Semalam berbbq di rumah.

gigih encik suami bakar bbq

aku dengan adik keje posing je la

dengan mamaku

ni la orang kuat membakar bbq

payah betul nak amik gambar dengan anje ku yang comel ni

Dah dah, ni short review ke? panjang pulak cite kan..hehe bubye 24. Hello 25. Terimalah hakikat umur dah suku abad kan ohoiii

TERIMA KASIH SUDI BACA, KALAU SUKE BOLEH TEKAN LIKE DAN TINGGALKAN KOMEN. LOVE -DIJA-