~~pEnGikUt sEtiA~~


Sunday, December 30, 2012

Review 14: Honeymoon (Part 2) 26.12.12

Hari ni dah genap sebulan kami berkahwin, selamat ulang bulan encik suami. Aku pun dah lupe sebenarnye tau. yela, bukan zaman sekolah tulis tarikh kat papan hitam dan sekaran dah bertukar jadi papan putih yang buat kita ingat tarikh kan. pagi tadi encik suami yang mesej dulu kat twitter Selamat ulang bulan. *comel je*. Padahal boleh je nak cakap depan2 kan, nak jugak hantar mesej kat twitter tu kan :) cepat je mase berlalu, hari ni dah hari ahad, ini bermakne dah hampir ke penghujung cuti encik suami selepas hampir seminggu bercuti. minggu ni jugak baru rase berhujung minggu bersame encik suami, kalau tak sabtu ahad pun encik suami kerjetau sampai tak rase weekend pun, sebab kebosanan sorang2 kat rumah. Dapat jugak la makan kat kenduri kahwin hari semalam, last makan kenduri mase kenduri sendiri, itu pun makan tak puas tau mase kenduri sendiri. kene control la, padahal lauk pengantin la paling bestkan, selalu kalau pengantin tak abis berebut rebut aku nak makan lauk tu, bila kenduri sendiri baru tau kenape pengantin makan sikit je kan. Semalam kenduri kat rengit, kenduri kahwin adik BFF aku yang merupakan pengapit mase majlis resepsi aku. tak amik gambar dengan pengantin pun, amik gambar dengan BFF aku je sebelum balik, lepas tu singgah pulak kat BP Mall yang macam tak ade ape ape tu. Tapi sempat jugak sambar dua helai baju okey,  biase la sebelum nak beli mestila ade adegan pujok memujok encik suami supaya setuju jugak nak beli baju yang aku nak tu. Bila encik suami bagi green light baru la beli muke pun ceria semacam bukan main suke lagi, macam kanak kanak dapat gula gula. Nasib je la tak lompat lompat kat situ kan. Padahal kan mase percutian ke melaka *yang akan diceritakan sebentar lagi* dah beli jugak baju. konon dah tak nak beli, apekan daya nafsu shopping membuak buak mengatasi segalanya, tapi tetap mintak keizinan encik suami dulu tau :)



my BFF(mas), Me, Adik

dengan encik suami pulak

Sepatutnye nak review hari hari, tapi terase malas sangat, lagi lagi bile encik suami cuti, hari hari mesti nak keluar. walaupun setakat keluar pergi u mall yang berape minit je dari rumah. Hari ni pulak pergi rumah kawan satu sekolah dulu, dia baru dapat baby girl, comel gile tau. geram je, tapi aku tak berani nak pegang la, sebab baru berape hari kan, kalau dah berbulan tu berani la. Encik suami lagi pandai pegang baby dari aku, tu dia pakse jugak pegang baby. Amik berkat pegang baby, mane tau lepas ni lekat pulak kan hoho

adiah untuk baby

kekok rasenye aunty pegang alya yang comel, alya pulak nganga mulot nak susu :)


encik suami penoh gaya kepapaan *bukan papa kedana, kebapaan okey*


Panjang pulak mukadimah kan. Sebenarnye cite Melaka tak banyak sangat pun, tu yang selit cite lain. Macam tak dapat kepuasan kalau tak type panjang panjang ni tau *macam ade orang nak bace kan? Ade je *jawab sendiri kan* encik suami semangat tunggu aku publish entry ni, peminat setia yang mengikoti perkembangan isteri sendiri :). sebelum ni aku dah cerita percutian ke PD (Klik Sini) kan selama 1 hari, ni sambungannya, hari keesokkannya kami ke melaka. Kenape Melaka? Pilih Melaka sebab saje nak jalan jalan. Konon nak mengimbau kenangan mase bercinta la tu *auwww*. Mase encik suami belajar kat KL, aku kat Segamat, kadang kadang dating ke Melaka. Pergi mane je kat melaka tu yek mase dating? Tempat pilihan adalah zoo, taman buaya la, kat KL pun kami pernah dating kat taman burung. Macam pecinta binatang sangatkan, padahal kucing pun aku takot kan :p sebenarnye saje je dating tempat macam ni, asik gi shopping mall je kan.

Kami dah booking hotel melalui online beberape hari sebelum la kan. baru lepas cuti krismas ni ditakoti hotel semue penoh pulakkan kalau main redah je. kali ni nak save budget pilih hotel yang bawah rm200, tak taula berape star, 3 kot, dan senang pilih hotel dekat bandar hilir, boleh teros jalan kaki je nanti kan. Hotel pilihan Aldy Hotel , bangunan warna merah. Bilik okeyla selesa la untuk dua orang, untuk tido je pun kan.

Melaka memang ramai gile orang tau, nak parking berdekatan hotel pun susah, full je, hotel tu pulak memang tak sediakan tempat parking pulak kan, akhirnye parking jela kat Dataran Pahlawan. Sampai makan dulu kat food court Dataran Pahlawan, jalan jalan kat situ terjumpela 3 baju yang berkenan di hati, mule mule tanye satu berape kan. Dia cakap rm49, dua rm40. Pastu cakap tak apela, jalan dulu, sambil tu cakap kat encik suami, rase nak beli 3 la, encik suami pun layankan suruh mintak rm110. Orang kedai tu bagi pulak. dapat la 3 helai baju. Bestnye orang Melaka boleh dapat 3 peplum dengan harga RM110 okey.

Malam tu kononnye nak pergi night safari pun tak jadi. Akhirnye tengok wayang je, tengok cite jackie chan, CZ12, best jugak la, layan, pukol 11 lebih habis teros balik bilik, malam tu tak ade jongker walk pulak, kalau tak memang best la nak jalan, cuci mata, cuti purse sekali kalau jumpe bende best kan. Tak ade tempat best nak jalan balik bilik je la kan.

Esok pagi kitaorang jalan sekitar bandar hilir, amik amik gambar je pastu balik. Macam kanak kanak Ribena, Teros je pakai baju baru okey *gediks* layan je la gambar gambar ni.

memang kitaorang suke amik gambar dengan cermin

muke suke pakai baju baru :)


posing kat depan hotel, feeling macam pelancong sangat mak cik ni.







Esok nak habiskan review *ye ye je kan*. dah dapat gambar untuk majlis bertandang. boleh la review yang majlis bertandang :) Lepas ni kitaorang ade next trip, bulan 2, luar Malaysia, dah booking tiket, rasenye kitaorang ke mane? second honeymoon maybe? tapi pergi dengan mama babah aku, bukan diaorang kacau daun tau, kitaorang yang nak ikot diaorang hehe


TERIMA KASIH SUDI BACA, KALAU SUKE BOLEH TEKAN LIKE DAN TINGGALKAN KOMEN. LOVE -DIJA-

6 comments:

  1. honeymoon ke malaka ye? Aldy hotel tu ok x? satu malam berapa RM ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dear, lebih kepada jalan2 je ni.. short honeymoon..hee ok la hotel dia, ni kalo nak dave budgt la, sbb before tu kami dah gi PD, dalam 160 lebih kot tuk 1 bilik :)

      Delete
  2. Comel je dija.Beshnye dia berhoneymoon and berjalan2.Wahh...siap nak g oversee.Nak ikot!!Hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks dear :) Jom2 sha nak honeymoon gak kan next year :) tp nak honeymoon dekat je, saje nak buat suspend ni hee

      Delete
  3. rajin nye amik2 pic. Sya duLu kLW date suke amic pic. skang 2-2 da maLas.mencik! uhukk

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe.. yeke.. dija memang suke bergambar.. encik suami pulak layan je tau.. :)

      Delete

terima kasih bagi sepatah dua kate